Wednesday, August 25, 2010

Freshner ori...

Dalam minggu ni bila lalu kat kawasan porch rumah bau wangi cam daun pandan je, Mummy ingat anak2 main botol freshner. Kalau sorang2 duduk kat porch ngan bau2an wangi cam tu mesti teringat pontianak harum sun*al malam.... Hairan gak la dalam 3-4 hari ni, emm finally punca keharuman tu dah dikenal pasti. Rupa2nya pokok kesidang yang kami tanam tu dah kembang berbunga, camanalah boleh tak perasan. Sedap sangat bau dia, ambik 3-4 kuntum letak dalam kereta, wangi je kereta.

Inilah rupa paras pokok dan bunga kesidang... Pokok ni jenis menjalar so Daddy bagi pokok ni menjalar ikut tiang pagola.

Banyak gak dia berbunga , dalam 6 jambak

Pokok santalia ni pun keluarkan bau yang wangi gak tapi tak sewangi bunga kat atas tu. Dulu dah nak mati... nasib baik panjang umur pokok ni...

Pokok yang tumpang menjalar...

Pokok morning glory....

Gambar ni lari dari topik, Mummy ambik sebelum pegi kerja pagi tadi... cayang buchuk Mummy, si Dafiy demam dah dua hari. Selain demam dia kena sakit mata gak, Tengok tu mata dah sepet sebelah dan melekat ngan taik mata... tidur malam pun tak lena dia... Orang makan sahur kul 5am dia ikut bangun tapi dia layan Ultraman Cosmos... demam cam tak demam...

6 comments:

  1. Bagus tu, sebagai satu rawatan aromaterapi semulajadi.
    Biasanya, depan rumah dimonopoli aromaterapi lori sampah.

    ReplyDelete
  2. Umah aku pun bnyk tanam bunga2 yg bau wangi....bunga melor,santalia, kenanga, limau purut pun baunya wangi tau!

    ReplyDelete
  3. MSom - betul tu memang sangat wangi bunga2an tu...

    ReplyDelete
  4. aroma2 bunga ni mengingatkan I pd arwah jiran kat kg yg rajin menanam bunga beraroma...hingga skrg klu terhidu aroma bunga tu (tak tau la bunga apa) pasti teringatkan arwah tu.

    ReplyDelete
  5. adik beradik ketua persidangan....diringkaskan jadi kesidang...

    ReplyDelete