Showing posts with label farmville. Show all posts
Showing posts with label farmville. Show all posts

Sunday, August 29, 2010

Indah ciptaanNya...

Pagi semalam kat kampung Daddy tak tau dah nak buat apa so Mummy keliling rumah dan snap2 pokok2 bunga yang arwah MIL tanam. Walau tuan yang menanam dah tak ada tapi pokok2 bunga ni tetap subur sebab FIL dan SIL sambung jaga pokok2 ni. Jom la layan dan cuci2 mata menikmati ciptaan indah yang Esa.

Bunga kertas gabungan warna pink dan oren... pokok dia besar sangat...

Bunga kerta warna purple

Setangkai orked yang panjang...

Bird of paradise ... cakap Melayu pokok apa ni ek...

Tak tau pokok apa..  mula2 dia warna hijau keputihan cam gambar kat bawah ni, lama2 jadi warna merah

Bunga cam yang merah kat atas tu...

Bunga kenanga

Bunga seri sianan....versi kuning

Bunga siantan versi merah

Ni pun tak tau bunga apa, mula2 dia warna putih, lepas tu dia warna pink cam kat bawah ni

Bunga yang dah nak layu .. dari putih tukar ke warna pink dan akan layu

Bunga janda kaya

Bunga raya yang sangat cantik... patut tiap rumah kena tanam bunga kebangsaan. Kat rumah Mummy ada tapi warna putih...

Senduduk berbunga putih...

Pokok ulam raja yang dah berbunga

Ntah pokok apa...

Ni pun tak tau nama dia, kat rumah Mummy pun ada gak...

Wednesday, August 25, 2010

Freshner ori...

Dalam minggu ni bila lalu kat kawasan porch rumah bau wangi cam daun pandan je, Mummy ingat anak2 main botol freshner. Kalau sorang2 duduk kat porch ngan bau2an wangi cam tu mesti teringat pontianak harum sun*al malam.... Hairan gak la dalam 3-4 hari ni, emm finally punca keharuman tu dah dikenal pasti. Rupa2nya pokok kesidang yang kami tanam tu dah kembang berbunga, camanalah boleh tak perasan. Sedap sangat bau dia, ambik 3-4 kuntum letak dalam kereta, wangi je kereta.

Inilah rupa paras pokok dan bunga kesidang... Pokok ni jenis menjalar so Daddy bagi pokok ni menjalar ikut tiang pagola.

Banyak gak dia berbunga , dalam 6 jambak

Pokok santalia ni pun keluarkan bau yang wangi gak tapi tak sewangi bunga kat atas tu. Dulu dah nak mati... nasib baik panjang umur pokok ni...

Pokok yang tumpang menjalar...

Pokok morning glory....

Gambar ni lari dari topik, Mummy ambik sebelum pegi kerja pagi tadi... cayang buchuk Mummy, si Dafiy demam dah dua hari. Selain demam dia kena sakit mata gak, Tengok tu mata dah sepet sebelah dan melekat ngan taik mata... tidur malam pun tak lena dia... Orang makan sahur kul 5am dia ikut bangun tapi dia layan Ultraman Cosmos... demam cam tak demam...

Monday, December 14, 2009

merajuk

ditinggalkan 3 hari sbb balik kg Daddy weekend lepas, pokok2 Mummy dah merajuk. Masing2 layu jer sebab tak dapat air. Selalu tu hujan jer bila petang, ni bila Mummy balik kg langsung pulak hujan tak turun so mmg kekeringan le pokok2 tu....

Kiri - Pokok daun kesum yang dah menguning...tak tau la ada harapan utk panjang umur ke tidak pokok kesum ni
Kanan - Pokok terung dan cili yang Mummy baru pindahkan ke tanah dua minggu lepas pun ikut layu gak

Nasib baik pokok tomato dan kacang botol ni tetap subur.

Kiri - Pokok2 jagung yang dah start berbunga pun nampak layu sikit.
Kanan - Pokok ubi yang Mummy baru cacak minggu lepas, baru naik daun kecik selai dua

Pokok pandan dan lengkuas ni je yang tetap subur menghijau.

Saturday, October 10, 2009

Real 'Farmville'

Masa gi open house rumah Kak Lah tadi kita orang sempat melawat ke 'farm ville' dia. Ni real punye 'farmville' , orang lain sibuk berkebun di 'facebook' tapi real 'farmville' kat depan dan belakang rumah dia. Jom kita tengok apa ada kat farmville dia...bukan setakat pokok buah2an, ulam2 tapi herba2 pun ada.

Ini kawasan belakang rumah Kak Lah. Subur2 kan pokok2 dia. Pegawai Pertanian tengah buat lawatan
Pokok kari, pisang, limau kasturi dll
Pokok2 cili yang dah lama memberikan hasil, ini tunggu utk replacement

Mummy baru tau yang pokok kari ada keluarkan buah. Pokok kari ni memang subur hijau betul Tengok ler daun dia lebar2 ...jiran tetanga memang tak yah beli daun kari lagi ni

Ini pokok ubi utk ubat. Pokok ubi ni tak de getah pun. Lupa la pokok ubi apa nama dia.

Pokok ciku
Daun kesom, baru ditanam semula

Ini pun tumbuhan herba gak...

Ini pokok hempedu tanah...jangan silap masuk dalam kuah laksa atau masak asam pedas sudah ler. Ya la sekali tengok kan cam daun kesom.

Herba lagi...


Dan herba lagi...


Close-up pokok tengek burung. Pucuk dia boleh buat ulam. Masa kat kampung dulu melambak pokok ni tak der sapa peduli. Bila dapat suami yang kuat makan ulam Kak Lah ambik anak pokok ni kat kampung dan tanam sendiri.
Ini pulak pokok2 kat depan rumah.
Close-up sikit...ada pokok langsuir, tanduk rusa, periuk kera, orkid hutan, paku pakis (klu kat kg ni melambak panjat kat pokok kelapa sawit jer)