Saturday, October 10, 2009

Real 'Farmville'

Masa gi open house rumah Kak Lah tadi kita orang sempat melawat ke 'farm ville' dia. Ni real punye 'farmville' , orang lain sibuk berkebun di 'facebook' tapi real 'farmville' kat depan dan belakang rumah dia. Jom kita tengok apa ada kat farmville dia...bukan setakat pokok buah2an, ulam2 tapi herba2 pun ada.

Ini kawasan belakang rumah Kak Lah. Subur2 kan pokok2 dia. Pegawai Pertanian tengah buat lawatan
Pokok kari, pisang, limau kasturi dll
Pokok2 cili yang dah lama memberikan hasil, ini tunggu utk replacement

Mummy baru tau yang pokok kari ada keluarkan buah. Pokok kari ni memang subur hijau betul Tengok ler daun dia lebar2 ...jiran tetanga memang tak yah beli daun kari lagi ni

Ini pokok ubi utk ubat. Pokok ubi ni tak de getah pun. Lupa la pokok ubi apa nama dia.

Pokok ciku
Daun kesom, baru ditanam semula

Ini pun tumbuhan herba gak...

Ini pokok hempedu tanah...jangan silap masuk dalam kuah laksa atau masak asam pedas sudah ler. Ya la sekali tengok kan cam daun kesom.

Herba lagi...


Dan herba lagi...


Close-up pokok tengek burung. Pucuk dia boleh buat ulam. Masa kat kampung dulu melambak pokok ni tak der sapa peduli. Bila dapat suami yang kuat makan ulam Kak Lah ambik anak pokok ni kat kampung dan tanam sendiri.
Ini pulak pokok2 kat depan rumah.
Close-up sikit...ada pokok langsuir, tanduk rusa, periuk kera, orkid hutan, paku pakis (klu kat kg ni melambak panjat kat pokok kelapa sawit jer)

1 comment:

  1. ini baru betul farmville
    makan betul bukan virtual

    ReplyDelete