Tuesday, October 27, 2009

Jambatan gantung putus!!!

Hari ni ramai ibu bapa dikejutakan dengan peristiwa jambatan gantung putus di Kuala Dipang, Tapah yang menyebabkan 22 orang pelajar hanyut. As of now seorang lemas dan 2 orang masih belum ditemui. Pelajar2 ni sedang mengikuti Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Jambatan yangmenghubungkan tapak perkhemahan dan dewan makan. Air sungai yang dalam dan nampak deras.

Selepas ni mesti ibubapa cuak untuk memberi keizinan anak2 mereka untuk mengikuti perkhemahan sempenan cuti sekolah. Memanglah ajal maut ditangan Tuhan tapi kita tak boleh leka dan kenalah waspada selalu.


Jambatan yang patah, putus dan sewaktu dengannya.

Jambatan gantung tu baru jer 2 minggu dibina, tak sampai pun setahun tak kan dah putus. Buat guna talia rapia@plastik ke. Mesti jambatan gantung ni tak cukup 'protein' kan sebab tu dia putus. Nak tungu le mamat dari Dungun tu hantar sample tali yang digunakan utk dianalisa kat lab , check samada cukup 'protein' ke tak tali tu.

Keadaan jambatan

Selepas ni macam biasa selepas sesuatu tragidi berlaku mesti Jawatankuasa akan ditubuhkan untuk menyiasat dan menyediakan laporan. Apa yang kita tak pasti apa dibuat dengan laporan tu? Ada ke tindakan diambil terhadap pihak2 yang berkenaan? Jangan fikir sumbangan wang ringgit yang diberikan kepada keluarga mangsa dapat mengembalikan anak mereka semula. Dan dapat ke kegemberian mereka ditebus segera.

Lepas ni adalah projek untuk membina semula jambatan. So ngkorang submitlah proposal.

6 comments:

  1. mamat "Belacan" tu lum baca paper lagi kot....atau pun tgh check kopok lekor kot. Tulah takutlah pulak nak hantar anak2 gi kem2 cam ni kan. Ni camana nanti ni Ika nak gi Kem Permata Pintar...3 weeks lak tu....

    ReplyDelete
  2. sms la atau tpon mamat dr trengganu tu cpat2 ambil sample jmbatan tu mana tau yg mati tu leh hidup smula kalau takat kndungan prorin dlm blacan lambat mati kut kahkahkah brtindak x srupa bikin

    ReplyDelete
  3. tak kisahlah mana2 kontraktor yang dapat projek ni tapi kena pastikan buat ikut spec. Klu kata ramai sgt budak2 atas jambatan sbb tu putus, tak boleh ke buat jambatan yg ada indicator cam lif tu..bila lebih berat berbunyi ke apa ker..alah semua tu boleh puat punya, kan teknologi semakn canggih...

    ReplyDelete
  4. Saya sbgai guru...pasti merasai degupan jantung guru2 yang terlibat dgn peristiwa itu.

    Pengajaran, usah terlibat dengan aktiviti yang berisiko...jalan2 naik kereta api...tak berisiko kan?

    ReplyDelete
  5. MS - semua ada risiko, baru2 ni kan ada gak keretapi berlanggar lah, terbabas dan segal macam musibah...senang cakap kat mana2 memang ada bahaya...

    ReplyDelete
  6. jalan2 naik keretapi...pastu gi Danga Bay kan....hiihihihihi

    ReplyDelete