Saturday, October 10, 2009

Open House Lagi...

10/10/2009=21 Syawal (Sabtu) - Semakin nak habis Syawal, aktiviti open house semakin rancak. Dan hari ni Mummy dah berjaya memecahkan rekod sebab pergi ke 4 open house dan 1 open office. Mula2 Mummy pergi ke rumah jiran depan rumah. Dua jiran depan rumah kami masing2 buat jamuan raya. Dari rumah jiran2, kami pergi ke open office kawan Daddy kat Sek 3 Bangi. Lepas tu kami bergi pulak ke rumah sepupu Daddy kat Equine Park Puchong. Dan dari Puchong kami menyerbu pulak rumah Kak Lah @ Mama Shasha. Masa kami sampai sana semua orang dah sampai. Semua orang? Allah muka2 yang sama ler Kak Noor & fmaily, Kak Mah & family, Mamam Miraki & Family dan Arif. Dan masa tu dia orang tengah sibuk berposing, cit nasib baik ler tak ketinggalan aktiviti paling best ni....hhi...posing2 tetap posing walau sibuk beraya...

Rasanya muka2 yang sama jer yang datang open house, cuma lokasi dan menu jer berlainan.


Kita orang sibuk berposing kat dalam, kaum suami santai jer sembang sambil ngeteh dan 'bakar diri sendiri'...(hisap rokok ler...) kat luar....

Agak2 ngkorang apa yang dikerumuni oleh dia orang ni???? Kalau nak tahu dia orang ni sibuk tengok gambar2 kenangan, bukan setakat gambar2 raya terkini utk tahun ni tapi gambar lama yang dah masuk dalam komputer semua....hihih...selain dari tengok gambar standard le sesi kutuk mengutuk gambar...tapi paling teruk kenu kutuk ada sorang tu ler... baju hijau eyeshadow hijau....hahaha...jangan marah le ain, ok apa make-up cam tu, susah tau nak cari make-up artis yg kreatif cam tu sekarang ni...hihihihi

Kiri - Handsome tak budak ni? Cam anak orang arab sikit kan...hihih...Kalau nak tau inilah Danish masa umur dia 3 tahun. Gambar ni Mummy snap dari komputer Hafeez.
Kanan- Hah cuba bandingkan Danish masa kecik ngan Dais sekarang mana yang lagi handsome???


Gaya ala2 ayu nak tunjuk baju baru...jangan jeles ek


Asyik2 terselit jer gambar Mama Miraki ni...bosan sungguh....

La dia lagi...


Kiri - Inilah sebahagian menu, ada nasi dagang, kari ayam, gulai ikan tongkol, jelatah, meehoon goreng, tauhu + tempe cicah sambal kicap, bubur kacang, kuih muih dan banyak lagi ler. Taklupa ketupat palas dan rendang Mama Miraki.
Kanan - Rasalah ketupat palas Mak Bedah buat ni, sedap tau...ingat tak terror ker orang Johor boleh buat ketupat palas dan masak nasi dagang...'multi purpose' wife zaman sekarang katakan... jadi pekerja, cooker, blogger, camera woman dan yang sewaktu dengannya..

Mana lagi anggun? Couple muda ke couple 'senior' (heheh bukan tua tau ...)

Lepas makan2 kat dalam lepak2 lak kat luar rumah...

Kiri - Jom sapa nak ikut Dania gi jalan2 naik motor...cepat sikit sapa lambat kena tinggal.
Kanan - Eh! Ni rampasan kuasa ni, tadikan Dania yang bawak motor, apasal korng tolak Dania ke belakang?

Alahai tak senang betul le, orang nak bawak motor pun Mummy ngan Mama Miraki kacau.


Datuk 'T' dan Datin 'S'. Woit pegi open haouse pun balik bawak berkat ker??? Johorean betul ler...mana2 pergi berkat tak tinggal.

Lepas Datuk T ngan Datin S balik turn Mummy pulak nak balik. Tapi sebelum tu sempat dulu petik buah cherry...

Kiri - Bye2 kami balik dulu, Mummy dah ngantuk ni...hihih
Kanan - Mama Miraki sama tuan rumah. Mama Miraki masih mengekalkan rekod sebagai tetamu yang balik paling lambat kat semua open house...hihi...kekalkan rekod itu kat rumah Kak Mah esok dan Sabtu depan kat rumah Mummy yer...


Mummy berjaya mengimport anak2 Mama Miraki, Ika dan Iki ikut balik rumah. Anak2 mummy memang suka betul le. Apa aktiviti dia orang???? Lepas bateri kereta remote control habis, masing2 main computer games ler !!!

No comments:

Post a Comment