Sunday, October 4, 2009

Open House @ Datuk T & Datin S

3/10/2009 = 14 Syawal (Sabtu) - Dah dua minggu raya nampaknya aktiviti open house kat KL ni semakin rancak dan untuk hari ni kami ada 3 undangan open house, satu rumah jiran, rumah kakaak Mummy (Kak Noor) dan rumah kawan Daddy kat Klang. Tapi cuma rumah jiran dan rumah Kak Noor yang mampu kami pegi.
Sebelum g rumah Kak Noor kami pegi dulu rumah jiran. Dia buat open house cum house warming, ok ler tu 2 in 1. Si Danish dah ulang alik ke rumah jiran mummy tu sebab tu rumah best friend dia (Danisy). Kul 3.30pm baru Mummy g rumah Kak Noor.
Masa Mummy sampai cuma Kak Mah jer yang dah ada, Mama Miraki dan Kak Lah belum sampai lagi, dia orang masih bersantai2 kut kat rumah...tapi tetamu ramai memang dah ramai datang.

Tenda biru setia menyambut tetamu, tak muat kat khemah dalam rumah pun dia orang duduk.
Kesesakan 'lalu lintas' dilaluan buffet. Kat khemah dan dalam rumah penuh ngan orang
Menu utama nasi briani, ayam masak merah, dalca, nasa himpit, rendang daging, sambal kacang, masak lodeh, sate, laksa, soto...emm yang mummy makan soto ngan nasi himpit jer..

Side bemu...ada roti jala cicah kuah durian, homemade choc moist cake s (Ain buat ni...emmm ya ke ain yang buat, ntah2 si Ariel yang buat...), rojak buah, kuih muih yang berbagai, buah2an dan lain2 ler...
Oh ya, acara BBQ pun tak tinggal. Danish & Iki sibuk membakar... ini boleh didakwa sebab penggunaan buruh dibawah umur ...hehe

Nak gak bergambar kat kerusi PGA mahal ni, emm klu ada kat rumah Mummy rasanya sehari jer dah calar-balar ku...hehehe
Kak Noor (tuan tanah, ops ! silap tuan rumah le) Dania dan Kak Mah

Ambik jer lah makanan tu, sibuknye nak posing...
'Cucu kami' si Echah
Bosannye tak der muka lain ke...

Muka ni lagi....
Makan makan gak tapi posing pun tak blh tinggal

Daddy dah tersandar selepas kekenyangan...rasanya kejap lagi zzzzzzz tu
La kan betul Mummy cakap, Daddy dah zzzzzzzzz. Ni dah lebih ni, orang suruh datang makan open house, daddy boleh layan mata lagi...

La Dafiy pun zzzzzzzz sama. Memang bapak borek betul ler...

No comments:

Post a Comment