Wednesday, September 30, 2009

'Princess' Dania Batrisya



Tengok lah aksi2 Dania Batrisya depan camera ni. Ini lah satu2nya puteri kesayangan Mummy & Daddy (as of today ler heheh... klu tuhan nak bagi sorang lagi pun Alhamdulillah). Walaupun sorang jer perempuan dalam family tapi tetap kena marah, cubit, pukul dan yang sewaktu dengannya sama jer cam abang2nya, dalam kes ni tak de pengecualian pun. Dia ni suka tengok cartoon disney, suka sangat dengan watak2 Princess Disney, Snow White, Cinderella, Barbie...so kalau panggil dia nak cepat dapat respond, panggil le 'Princess' cepat jer dia menyahut, kalau panggil nama mau 2-3 kali baru dengar jawapan!

Ada ala2 model tak? Em jangan nak berangan Dania, belajar jer pandai2.
Orang bangun tido pun nak amik gambar ke?
Amboi gedik jer anak Mummy ni...
So sweettttttttt...
Mana lagi sayang, Mummy ke Daddy?
Close-up...emmm nasib baik tak de jerawat lagi...
Mana lah kawan2 ni tak datang. Penat dah orang tunggu.
Emm dah lepas makan ketupat Dania nak gi beraya la. Ada sesiapa nak ikut?
Janganlah amik gambar, malulah....
Leka main belon buih...

2 comments:

  1. salamm aidilfitri mummy-gee itteww maaf zahir bathin..

    ReplyDelete
  2. en me - salam aidil fitri untuk awak gak....x buat open house ker?

    ReplyDelete