Monday, October 19, 2009

Raya Open House 2009 : Part 1

17/10/2009=28 Syawal (Sabtu) - Syawal dah hampir habis, tapi baru sampai turn Mummy untuk buat open house. Nak buat awal2 semua date dah orang booked so 28 Syawal baru boleh buat open house. Cambiasa lah kalu nak buat jamuan apa2 sure mummy ambik cuti awal sehari. Dan daddy selalunya ambik halfday, tapi tahun ni daddy cuti full day...nak tolong mummy ler tu ...heheheh...
Preparation dah buat awal2 sikit dulu. Mana yang boleh buat dulu kami buat ler dulu. Nanti kalau semua nak buat serentak sehari sebelum open house mau bersilat sampai tak cukup kaki tangan.
Buffet set kena keluarkan dari stor dulu sebab nak kena lap. Mummy punye buffet set cuma ada tiga so kena import Mama Miraki punye da Kak Noor. Malas ler nak guna mangkuk coserol kaca yang berat2 tu. Pinggan, cawan, mangkuk, sudu dan garpu polisterin pun dah beli awal2.
Ha ini kerja bibik la, jerang air. Sampai empat periuk besar bibik masak. Yalah tak kan nak bagi tamu minum air paip mentah pulak. Nanti ramai la pulak yang sakit perut dan kena selsema sebab minum air mentah.
Hah ngko, satu periuk besar mummy rebus ketupat segera. Hajat dihati memang cam nak menganyam daun kelapa buat kelongsong ketupat, tapi ahhhh dah tak cukup masa dan tenaga la pulak. Ketupat mini segera jer lah...
Rendang daging tunggu nak kering jer. Meehoon yang dah direndam tinggal nak celur jer.
Kacang tanah untuk sambal kacang dan air gula untuk buat air.

Ayam goreng rempat special...heheh...
Agar2 santan dan khemah yang siap terpasang

Selepas bersilat kat dapor dan bersengkang mata finallay by pukul 11.30am semuanya ready dah terhidang atas meja beffet, tinggal tunggu tetamu datang je. Apa menu Mummy kali ni? Jom layannnnnnnn kat bawah ni.

Main menu nasi briani gam (melekat sapa yang makan...hihihi) dengan aksesorinye. Ayam masak merah, daging masak briani, jelatah, papedom dan dalca (eh...mana lak gambar dalca ek..apa lah camerawoman ni, tak complete betul amik gambar). Yang ni mummy order jer kat Restoren Anje. Tak sanggup le nak masak banyak2 nasi ni...


Nasi himpit, sambal kacang dan masak lodeh. Ni sempoi je so mummy masak.


Ketupat palas dan rendang daging. Ketupat palas ni ikhsan dari Mama Miraki...tima kasih ye Mama Miraki... ada orang tu kata tak suka ketupat palas yang ditanak sebab lembut sangat, tapi habis gak 3-4 ketul kan..hehehe... Rendang daging ni Mummy buat sendiri. Tengok sampai naik muscle kat lengan ni...

Pecal 'maut' dan ayam goreng rempah. Memang mencungap lah sapa makan pecal ni, sebab 100% mummy guna cili api. Tapi dah nama dia pecal kena lah pedas baru ngam. Kalau sambal dia tak pedas tu dah jadi rojak atau gado2...

Side menu wajib Mummy, meehoon soto. Satu periuk besar mummy buat. Dan mee kari laksa tu mummy order dari Chef Kadir (jiran masa kat Nilai). Mee kari laksa special. Makan mee kari tapi rasa cam laksa, camna tu? Sapa tak rasa dua2 ni rugi...

Kuih seri muka dan koleh kacang pun sodap gak (ni order ler...). Buah2an pencuci mulut dan biskut2 raya. 'Air traffic light' , pilih je mana berkenan. Merah sirap rose, kuning oren sunquick dan hijau sirap pandan.

Kerusi meja semua dah tersusun. Menu pun dah terhidang so pose dulu le sementara tunggu tamu datang.
Entry ni open house ni tak habis lagi...tunggu untuk entry seterusnya. Jenuh le nak upload gambar.

3 comments:

  1. Dah ditakdirkan duduk kat Kulai... kalau dulu aku terima kerja kat Putrajaya tentu aku adalah salah sorang tetamu yang datang. Tengok menu dah terlior... kontrol2... rugi Jusmate5.

    ReplyDelete
  2. Walau memu berbagai tapi aku seakat makan meehoon soto jer yin, tu pun lepas siap berkemas kul 11:00 mlm (selepas kaki cam mengeletar jer...). Siang nak makan tak lalu dan ramai tamu.

    ReplyDelete
  3. tu lah yin...bila tgh2 ni baca blog ni nampak makanan tu cam terliur kan...hihihiihih tulah hari tu suruh makan banyak2 x nak...setakat makan daun2 aje...cam kambing ler pulak...

    ReplyDelete