Thursday, October 22, 2009

Layannnnnnnnn jer ler

Cuaca mondom kat luar opis, hujan baru jer reda. Sejuk sampai ke tulang walau aircond dah tutup. Sejuk2 cam ni perut cepat laparkan. Emm...kalau ada ubi rebus panas2 cicah sambal tumis ikan bilis sedapnye. Pas tu ada kopi-o kaw-kaw ori pulak tu....pergggggggg...memang ngam ler...


Jemputlah makan....heheh

Tapi tu semua cuma 'kalau'.... realitinye memang susah nak dapat la ni...so sementara tu kita layan falsampah2 yang Mummmy terjumpa masa surfing internet tadi....
  • Mana lebih tak baik, buat tak baik tapi niat tak jahat atau buat tak jahat, tapi niat tak baik (tak paham...pening ler...apa punye bahasa da...)
  • kita hidup bukan untuk org lain, kita cuma hidup bersama orang lain (... err jadi xyah la nak susah2 puaskan hati orang lain kan...heheh)
  • Menjadi pandai-impian semua org; berasa pandai-penyakit kebanyakan org.
  • Senang takkan dpt tanpa susah; tapi susah memang senang dapat tanpa susah payah.
  • Tak tumbuh tak melata; tak sungguh pun orang mengata (kalau tak tanam camana nak tumbuh???).
  • Ulat dalam batu boleh hidup; batu dalam ulat, belum tentu ulat boleh hidup (batu karang ler tu...).
  • Wang bukan penyelesaian masalah; tak ada wang lagi banyak masalah (no money no talk maa).
  • Makin senang hidup anda; maka makin susahlah anda hidup.
  • Lilin membakar dirinya bukanlah kerana berkorban, tetapi kerana terkorban (alamak stok lilin dah habis ler kat rumah...mana tau tetiba black-out).
  • Pelajaran itu ibarat lilin; berguna bila 'blackout'.
  • Berniaga umpana roda, kadang-kadang naik, kadang-kadang tak naik; kadang-kadang tak naik-naik.
  • Duit mmg tak boleh bawa kedalam kubur; tapi tak berduit mungkin mati tak berkubur.
  • Kalo nak hidup goyang kaki, jadilah org kaya; tapi kalo nak kaya, mana boleh hidup goyang kaki.
  • Hanya org bodoh yg suka menipu; tapi biasanya mereka berjaya menipu org yg cerdik.
  • Ciuman: mudah didapati oleh kanak-kanak, terpaksa dicuri-curi oleh org muda, terpaksa dibeli oleh org tua.
  • Duit: dh tentu boleh mendatangkan penyakit, tapi belom tentu boleh menyembuhkan penyakit.
  • sekuat-kuat badang; apabila mati, tidaklah mampu mahu mengangap diri sendiri
  • Jgn mencari masalah... tapi jika bermasalah jgn lari dari masalah...kalau tak akan terus bermasalah
  • biar selekeh tapi pandai daripada macho giler tapi bangang
  • be wise not waste, be good not goat, be smart not semak
  • whoever follows a crowd will never be followed by a crowd (setuju 200%)
Falsampah 'frust bercinta' - Jika cinta ini adalah sebuah permainan bolasepak, akulah pemainnya yang telah dibuang padang. Andainya cinta ini adalah sebuah film, akulah pelakonnya yang gagal screen test. Kalau cinta ini adalah ombak, akulah yang telah kehilangan pantainya. Kalau cinta ini adalah sebuah belantara yang luas menghijau, akulah pepohonnya yang tumbang dilanda ribut maha dahsyat.

1 comment:

  1. falsafah tu masuk dalam sukatan pelajaran UPSR ke PMR ke tak?.......haah lahh gee..ada orang berniaga kan....ada masa naik...ada masa tak naik...time naik..banyak semut datang menghurung kan...time terbenam....cacing dalam tanah pun bertempiaran lari kan...hiihihihi apa-apa pun...sedap erk...ubi kayu tu...makan ngan ikan bilis goreng...puhhh kalah pizza hut tu.....

    ReplyDelete