Thursday, October 22, 2009

Carta bengong

Masa on the way balik ke office dari meeting kat Plaza Glomac Kelana Jaya Mummy dengar radio Sinar.fm. Biasalah tengahari2 cam 10-2pm ni turn si Abby Fana bertugas. Mummy sekarnag ni memeng suka dengar Sinar.fm tak der dah dengar hot.fm ker, era ker, rmkl ke..ye lah sejak dah 'retro' ni kena lah dengar stesyen retro gak kan..hihihi...

Biasa lah bila Abby on air memang banyak segmen ngok ngek dia, yang kuiz cepuput la...bebola kristal dll lain2 lagi. Hari ni mengikut carta si Abby, sekiranya seorang ibu mempunyai anak 4 orang ke atas, pitching suara akan lari sebanyak 80%....heheh...sebab si ibu ni asyik terjerit2 jer panggil or marah anak...emmm...rasa cam betul ler kalau ikut carta merapu si Abby tu...

Mummy ni start jer budak2 bukak mata sampai budak2 tutup mata tido asyik potpet2 jer...ada jer yang tak kena ngan bebudak ni, kekadang kesian gak kat dia orang...(tapi tak der la Mummy ni sampai mendera anak...hihihi)

Bebudak2 ni pun saja jer nak test Mummy dia, kalau kita panggil buat2 tak dengar, bergaduh tak tentu pasal dll. Sekarang ni si Danny, Danish & Dania ada perangai yang sama. Semuanya penakut. Suruh tidor kat bilik masing2 takut, suruh ambik baju kat bilik takut, tapi pegi main kat taman or rumah kawan2 tak takut pulak. So bila pagi bangun tidur masing2 dah siap2 ambik baju dua pasang bawak turun. Satu baju nak pakai balik dari sekolah dan satu lagi baju tido..alasan petang nanti takut nak ambik baju kat atas.

Petang jenuh ler Mummy terjerit2 suruh mandi, mandi pun cam kambing mandi jer...emmm tapi bila dengar bunyi kereta Daddy tengah khusyuk main games komputer pun cepat2 lari masuk bilik air....

Memang betul2 lari ler pitching Mummy, camna nak masuk AF???

No comments:

Post a Comment