Sunday, October 25, 2009

My real 'farmville'

Syawal dah habis, so weekend ni tak de la nak g mana2 open house lagi. Cuma malam tadi ada perjumpaan penduduk Bangi D'7 cum raya (jamuan lepas raya actually). Busy dengan open house dan buat open house pokok2 Mummy pun tak terjaga dah. Banyak yang nak mati dan kena makan ulat. So weekend ni memang aktiviti Mummy dan Daddy 'membaik pulih' tanaman dan mini-taman.


Posing dulu la sebelum buat kerja...

Make-over in progress.

Kiri - Pokok kunyit yang tak sempat nak meninggi. Mana nak meninggi daun dia tiap weekend kena ambik jer, samada untuk lemak cili api, rendang atau balut bakar ikan.

Kanan - Daun pokok limau ni asyik kena makan ulat bulu je. Asyik g kedai terlupa je nak beli racun. Last Mummy sembur jer ngan spray nyamuk (??? boleh gitu..ala kan racun gak). Merasalah gak ambik daun limau ni untuk masak tomyam.


Kiri - Subur kan pokok kesum dalam pasu ni. Nak merasa gak ambik untuk masak asam pedas.
Kanan - Pokok kari yang tak besar2. Rasanya Mummy tanam pokok ni masa mula2 pindah. So umur dia dah hampir 5 bulan tapi kemetot je.

Banyak2 yang Mummy tanam kat belakang rumah, serai dan pandan yang betul2 subur. Satu kerja lah pulak nak mencantas jer. Daun pandan tu selalu Mummy ambik untuk buat sirap pandan. Sedap air sirap tu wangi jer.



Pokok meranti dan kangkung. Kangkung tu dah banyak kali kutip. Senang betul di membiak kira nak menguasai kawasan tanaman yang ada. So terpaksa ler Mummy cabut dan tinggal kan sikit2 jer. Pokok meranti tu tak cuup banyak untuk dimasak. Ada biji dia yang dah tau, Mummy semai tapi tak tumbuh2 la pulak.


Pokok cili yang dah berbuah dan yang baru Mummy pindahkan ke pasu2. Mummy semai cili tu kat pasu panjang tu.

Pokok2 kat dry kitchen pun kena make-over gak.

Dalam kolam mini tu tinggal dua ekor ikan jer, seekor ikan bandaraya dan seekor ikan koi. Panjang umur pulak ikan2 tu, gang2 dia yang lain semua dah mati.

Pokok cam kelapa tu baru beli semalam kat nursery. Pokok2 tepi pagar tu pun baru tanam. See through le pulak dari depan kalau Mummy nak lepak2 kat kerusi tu. So tanam pokok sikit nak cover.

4 comments:

  1. pokok kat pagar tu sebab nak cover badan yang x kecik2 lagi kan hihihihihih

    ReplyDelete
  2. bukan tak kecik tapi besar sikit jer....

    ReplyDelete
  3. rugi je bli ubat diet kalau x kurus2

    ReplyDelete
  4. kalau sekali makan terus kurus, camana penjual nak cari makan beb!!!

    ReplyDelete