Sunday, October 25, 2009

Kurang Kerja??? Keterlaluan!!!

Wanita dituduh menjual produk tidak cukup protein!


DUNGUN: Seorang pembungkus belacan dijatuhkan hukuman denda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah menjual belacan yang tidak cukup kandungan protein seperti yang tertera pada label produk itu, April lalu.

Rahani Ali, 56, dari Kampung Kuala Setiu Fikri, Bandar Permaisuri yang membungkus belacan menggunakan label Belacan Cap Udang dituduh menjual tiga bungkus belacan di premis perniagaan Kedai Runcit Aminah Mamat beralamat 780, Jalan UiTM, Kampung Sura Hujung, di sini, jam 11.25 pagi pada 7 April lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 13B (2) (e) Akta Makanan 1983, yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Dungun, Mohd Yusoff Othman manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Selepas rayuan meringankan hukuman, Majistret Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman denda ke atas Rohani RM600. Denda dibayar oleh suaminya Dzurudin Abdullah, 62.



Mengikut fakta kes yang dikemukakan di mahkamah, pada jam 11.25 pagi pada 7 April lalu, Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, Rani Mohd Yatim melalui Badrulhisham Abidin, 31, membeli tiga bungkus belacan berharga RM2.50 setiap satu.



Pegawai berkenaan kemudian menghantar sampel belacan itu ke Jabatan Kimia di Jalan Cherong Lanjut, Kuala Terengganu untuk dianalisis dan mendapati belacan berkenaan hanya mengandungi 23.75 peratus sumber protein, sekali gus melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang mensyaratkan belacan perlu mengandungi tidak kurang 25 peratus protein >> Berita Penuh <<

protien yang patut ada 25%
belacan makcik tu ada 23.75%
bezanya 1.25% je..

Ini ke belacan yang Makcik Rahni jual??

Ada tak u all terbaca berita ni dalam paper? Apa perasaan u lepas membacanya? Tak ada perasaan apa2? Mustahil! Mummy rasa majoriti yang membaca berita mesti mengutuk mamat yang gi buat pendakwaan ni. Mummy tak tau camana nak gambarkan perasaan Mummy masa baca berit ni. Sedih, kasihan, marah semua ada. Yang pasti sedih dan kasihan untuk Makcik Rahani penjual belacan ni dan marah tersangat pada Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, Rani Mohd Yatim.

Mamat ni dah tak ada kerja ker? Atau nak tunjuk bagus? Kenapa dia beria2 bawak belacan tu gi jabatan kimia untuk dianalisa. Ada ke orang peduli kalau belacan tu cukup protein ke tidak. Kalau betul2 nak tunjuk bagus bawaklah benda2 makanan yang lain untuk dianaisa bag pastikan kandungan protein dan lain2 tu betul dan sama dengan yang dicetak dilabel atau tidak. Bawak lah nugget, burger, chicken drumet dan yang sewaktu dengannya keluaran kilang2 besar ke jabatan kimia dan pastikn kandungan semua ada. Betul-betul kerja gila. dah takde kerja lain ke? kesian la kat makcik tu. Pasal belacan tak cukup protien pun siasat bagai nak gila. Mahkamah pun cepat jer bersidang. Bukan ke banyak lagi kes2 yang lebih utama yang patut disiasat dan didakwa Tu stadium runtuh tu dah siasat dengan teliti ke belum? Bila pihak yang terlibat akan didakwa? Mana laporan sampai sekarang tak siap2? Tulis dengan tangan ke laporan tu maka tak siap? Kekadang Mummy hairan dengan siap sesetengah pihak, tak tau nak bagi priority....RM 600 tu terlalu besar untuk Makcik penjual belacan. Belacan tu bukan dia buat pun so berapa banyaklah untung ya dia dapat.

12 comments:

  1. belacan banyak protein erk....yelah makcik tu silap kira kot. cuba gi ambil sampel mee kunig yang banyak dalam pasaran tu...mask aje terus jadi warna merah....kurang kandungan protein x apa kot...jangan terlebih bawah pewarna ker...pengawet ke....perisa ker.....

    ReplyDelete
  2. Patutnya Makcik tu tulis 20% je...kan selamat? Agaknya dia timbang pakai TIMBANG BUAT KUIH? patutnya Timbang DIGITAL....

    ReplyDelete
  3. Saya pernah jual krepek kat pasar,jd saya tau kerenah penguatkuasa. Satu hari sorang pegawai tu datang kat meja saya.
    "Ini apa ni?"
    "Krepek pisang, encik tak pernah makan krepek pisang ke?"
    Muka dia merah padam, terus marah saya.
    "Lain kali awak bubuh label, beratnya berapa, dibuat daripada apa? Kilang mana?"
    Hati saya berkata:
    "Aku jual cuma 3,4 hari nak raya,banyak kerenah pulak orang ni, tu orang2 lain tu jual berlori-lori tak kena warning pulak? Geramnya aku..."
    Sejak tulah saya tak jual kuih raya lagi.
    Pengajarannya...kalau nak bisnes SENJATA mesti cukup dan mematuhi segala arahan kementerian dalam negeri...Makcik tu pun satu...main suka-suka tulis aje...sekarang sape yang susah..kalau pegawai tu jenis tak kisah selamatlah...kalau kena jenis tak boleh lebih kurang macam tulah jadinya!

    ReplyDelete
  4. MSOM, makcik ni mesti tak senang2 tulis, mesti dia ikut apa supplier dia provide, kenapa tak pegi check kilang supplier dia tu...still tak puas hati ni kat mamat sorang tu...so MSOM pastikan barangan yg dijual tu kandungannya seperti apa yg tertulis kat label, kut2 nanti ada penguasa kesihatan yang beli product tu dia tak puas hati dan di bawak gi lab utk analisa pulak...heheheh

    ReplyDelete
  5. lain kalikalau jaul kerepek pisang tu..letak le label selain dari bahan utama dia pisang...kami ada campur stawberi, blueberry, kacip fatimah, micai kucing...so jadilah Kerepek Pisang Herba.

    ohhhh "Kopi Janda" tu kena tak erk....sebab dalam kopi tu tak ada janda pun...hihihihih

    ReplyDelete
  6. Kadangkala ada yang cari populariti... publishiti murahan. Ikan bilis mudah kena tangkap... ikan jerung dah kena tangkap boleh melepaskan diri... itulah lumrah dunia sekarang. Yang susah makin susah yang senang makin senang... Hidup zaman sekarang kena berani dan kena kurang ajar... kalau kita tak buli orang, orang akan buli kita... konsep merendah diri seolah-olah dah tak ada nilai dalam kehidupan sekarang. Kalau nak naik ke atas... pijak kepala orang tak apa... kalau nak naik pangkat kipas kena besar... we must smart working not hard working... kerja bila boss nampak... kalau boss tak de... pandai-pandai lah.... ( aku tak macam tu ye... ) tapi sebenarnya macam tu lah kehidupan sekarang... hipokrit... ego...sellfish...

    ReplyDelete
  7. cencaluk dgn tempoyak x nak anta buat analisis ke ataupun rugi nanti klu buat analisis bah x leh mkn lak sbb benda2 dh expired itu pasalbau busuk

    ReplyDelete
  8. Aku dah hantar kat ruangan surat dan email Berita harian. Tak tau la diterbitkan ke tak...tryla dua tiga hari ada ke tak... aku hentam Pej. Kes. Dungun tapi dalam nada puji kerana sikap dedikasi pegawainya.

    ReplyDelete
  9. penjual2 produk2 berikut patut hentikan penjualan sebelum kena denda sebab product yang dijual tidak mengandungi apa yang tertera di label. Kalau nak jual pun jangan jual kat Dungun sebab Penguasa Kesihatan kat sana terlebih rajin.
    - Kopi Janda (sebab tak ada janda kat dalam tu)
    - Teh Misai Kuching (langsung tak de misai kuching ditemui, dan kita tengok kucing2 masih bermisai lagi)
    - Jambu batu (mana ada batu...)
    - Ikan parang (langsung x de kandungan besi buat parang)
    - Belimbing besi (tidak mengandungi 'besi')
    - Kacip Fatimah (langsung tak ada rupa kacip pinang dan pompuan Fatimah)

    hiii rasa nak sumabt je belacan kat mulut mamat tu...biar terlebih2 protein masuk dlm perut dia..

    ReplyDelete
  10. tapi minum teh misai kusing....muka jadi cam "abang misai" dan asyik "mengiau...mau..mau..." macam kucing jantan ...hihihihihiihih

    ReplyDelete
  11. Sebut fasal Kopi Janda, almaklumlah saya ni pengedar macam2 kopi kat PS ni, ada sorang janda tu warning saya, kopi lain engko boleh jual, tapi jangan Kopi Janda...memalukan kami janda-janda sedunia. Ko dengar iklan tu...Kopi Janda Yang Menggoda...bla bla bla

    Apa-apa pun aku setuju 100% ulasan YIN tu...!

    ReplyDelete
  12. tu ler lumrah dunia jrung jauh lompatnya tp ikan bilis x smpai 1 meter dh kondem so hati2la.rm 2.50 tu lebih bsar nilainya kut dr rm 25,000 itu yg jadi prioriti:RASA CINTA PASTI ADA;PADA MAKHLUK YG BRNYAWA;DR DULU HINGA KINI TETAP SUCI DAN ABADI RENUNGKANLAH................!!!!!!KESIAN...KESIAN...

    ReplyDelete