Tuesday, October 20, 2009

Cuainyeeeeeeeeeeeeeeeeee



Ku meniti awan yang kelabu
Ku tempuhi lorong yang berliku
Mencari sinaran menerenagi kegelapanku
Kupercaya nanti suatu masa
Sang suriakan menyinar jua
membawa harapan yang .......
Lagu Pelangi Petang Sudirman ring tone handphone mummy... ah berbunyi lagi telefon, ni mesti ada kawan2 yang sesat tak jumpa cari rumah Mummy utk dtg open house...

Miss A : Hello...ini Pn Fauziah ker?Mummy : Bercakap...
Miss A : Puan, saya Miss A dan call dari Bank MMM. Hari ni Puan ada isi minyak tika kali kat P******* ke?
Mummy : Tak ada, kenapa ? (mummy bersilat kat dapor dari pagi tadi mana sempat nak keluar rumah)
Miss A : Kami kesan kredit card puan digunakan untuk isi minyak 3 kali hari ni? Puan pasti ke puan tak ada isi
minyak?Mummy : Saya buat open house hari ni, tak sempat nak keluar rumah pun.
Miss A : Credit card puan ada pada puan ke?
Mummy : Sekejap ye saya pergi check. (Gelabah mummy berlari naik ke bilik, rasanya dua anak tangga sekali lompat....hilang ciri2 Wanita Melayu Terakhir...hiii..., terus amik handbeg dalam laci dan ambik wallet. Check dalam wallet berkali2, eh mana ni credit aku? cari lak dalam poket2 handbeg, tak ada gak, cari sekali lagi dalam wallet, memang sah tak de). Card saya tak adalah.
Miss A : Puan rasa card puan tercicir ke kena curi. Atau ada anak2 guna ke?Mummy : Tak tau lah rasanya tercicir. (emm anak2 guna, cik kak oooi anak2 saya baru darjah satu ler...nak isi minyak apa, minyak basikal ker????)
Miss A : Tak apa puan kami akan blog sementara card puan, tapi selepas ni puan kena telefon bahagian card hilang untuk buat laporan yer.
Mummy : Boleh tolong semak tak, selain dari 3 kali transaction isi minyak tu ada transaction lain tak.
Miss A : Sekejap saya semak....so far itu je transaction terkini puan.
Mummy : OK terima kasih.
Miss A : Puan jgn lupa ye contact lost card dept utk laporkan kehilangan dan dapatkan replacement card. Ini no dia..blablabal...
Mummy : OK terima kasih.

Terbantut mood open house sekejap. Penat kepala otak memikir agak2 kat manalah mummy tercicirkan credit card tu. Rasanya last sekali isi minyak minggu lepas. Lepas tu ada guna kat parkson dan giant. Tu je yang mummy ingat. Tak sedar pun card tu tercicir@hilang. Nak buat camana, dah hilang. Mummylah careless (kata daddy le...). Emm... dah hilang nak buat camna, baik Mummy layan tamu lagi bagus...hihih

Malam selepas open house tu mummy tergerak pulak utk check credit card yang lain. Berderau sekejap darah, mana pegi mastercard dan visa bank ABC ni pulak. Jenuh ler menyelongkar dalam wallet dan handbeg. Habis semua2 barang2 dalam compartment handbeg mummy keluarkan tapi tak jumpa pun. Memang sah le cicir@hilang gak. So mummy kejutkan daddy yang tengah tidor nak mintak hotline no bank ABC. Kebetulan daddy pun ada credit card dari bank ABC. Teruslah mummy call ke hotline no tu. Nasib baik senang dapat. Dan tak ada recent transaction. Hopefully offline transaction pun tak ada gak.Memang pening ni mana Mummy cicirkan credit card tu. Klu nak kata orang bukak wallet mummy kenapa dia tak ambik cash dan credit card lain, AMEX pun ada dalam tu sekali.

So kesimpulan mummy, anak2 main wallet mummy (memang selalu mummy letak je handbeg ngan wallet dekat meja telefon) dan keluarkan credit card tu (dia orang ingat itu playing card dia orang kut). Pas tu bibik ingat card tak guna so dia sapu dan masuk dalam tong sampah. Dan ada le kut orang jumpa kat tong sampah tu...atau minggu lepas masa Mummy sibuk bayar masa shopping card2 tu terjatuh....

3 comments:

  1. Kisah Mummy Gee ni membuatkan saya makin menjauhi kad kredit. Saya dikira masih kuno kerana yang ada pada saya sampai sekarang cuma kad ATM dengan kad2 Direct Selling!

    ReplyDelete
  2. MSOM - Baguslah kalau belum 'terjebak' ngan credit card. Ada credit card ni kena pandai manage, dan jgn guna utk shop2 ikut suka...heheh. Saya gunakan pun utk internet purchase ngan isi minyak jer, sbbmalam nak g kaunter beratur...

    ReplyDelete
  3. dulu...orang shooping pakai card...ohhh orang ingat orang kaya & banyak duit. La ni...sapa ada cash banyak orang tu lah kaya...hihihihihihi sebab syarat nak dapat kredit kad senang sangat kan....

    ReplyDelete