Sunday, October 11, 2009

Kak Mah's Open House

11/10/2009 = 22 Syawal (Ahad) - Pagi ni Mummy goreng mee untuk breakfast. Selain tu goreng gak nugget dan sosej. Tengahari mmg dah plan nak g open house rumah kak mah so cam malas le nak masak kat rumah. Tapi bila kenang2kan Daddy hari ni gi main golf sure dia balik paling cepat dalam kul 2-3pm...mesti lapar nanti sementara nak makan kat rumah kak mah, so lastnya mummy buat meehoon soto dan buat roti jala cicah kuah durian utk makan tengahari...ntah apa2 lah mummy ni kan.

Kul 2pm mummy dah kerah anak2, ika dan iki mandi dan siap2 nak ke rumah Kak Mah. Budak2 ni punye ler liat bila suruh mandi, asyik melekat jer depan komputer. Menunggu Daddy balik sampai nak terlelap mata dah, Mama Miraki call kata dia dah keluar rumah.


Mana ni Daddy tak sampai2 lagi, Dafiy dah marah ni, penat tunggu tau. Tengok muka Mummy tu serius semacam jer....
Dania pun dah pakai bukak stokin. Danish dah hampir layan mata.

Last dekat pukul 4.10 baru Daddy sampai rumah... Terus bertolak ke rumah Kak Mah. Pas tu on the way ada lah pulak lori petronas bawak gas terbalik, kejadian baru jer berlaku. Tong gas bertaburan kat tepi jalan.

Lori bawak gas Petronas yang terbalik. Harap2 tak der lah tong gas yang meletup. Tak tau camana lori tu boleh terbalik. Rasanya dia tak de langar sesiapa. Jalan pun kering jer dan kereta agak banyak so mana boleh drive laju. Ke tayar pecah kut...ntah ler...

Masa mummy sampai rumah Kak Mah semua orang dah ada kecuali Kak Lah & family. Sebelum Mummy sampai tadi Kak Noor dah nak balik tapi Mama Miraki suruh tunggu Mummy sampai dulu...

Kiri - Deretan menu sedia untuk di'ngap'. Kak Mah masak nasi putih ngan lauk yang berbagai. Ada kari daging, kerabu, telur masin, ikan masin (khas utk Daddy ni..hihii), sambal goreng, ayam goreng rempah. Selain dari tu ada meehoon sup, bubur caca, kuih koci pulut hitam
Kanan - Tuan rumah yang hampir terlelap sebab kepenatan masak dan layan tetamu. Apalah Kak Mah ni nak tidor pun tunggu ler kita orang balik dulu.


Jom2 ambik makanan. Emm tengok kita orang makan sikit jer (ye ker sikit???), tu pun kongsi.



Apa Mummy makan? Kat ajer nak diet tapi tengok apa yang Mummy dah ambik. Nasi + kerabu + telur masin + sambal gorengn + kari daging...ha sapa nak jawap ni. Cam ni kalu telan jusmate 10 kotak sehari pun tak de kesan...hihihi....

Rasanya semalam kita baru jumpa kat Cheras kan? Hari ni jumpa pulak kat Klang. Bini2 kita ni mmg kaki makan dan kaki gebang kut, tengok le badan masing2....emmm tu ker yang daddy ngan ipar2 mummy sembangkan..hihihi...
Kiri - Pertandingan tepok batang aiskrim antara Danish & Danny, Ika jadi pengadil...tepok kuat2 (apa lak pekdahnya dia oragn main bendalah ni ek. Mana dia org tiru. Hari2 duit belanja sekolah p beli aiskerim sebab nak dapatkan batang aiskrim tu
Kanan - Penonton pertandingan tepok aiskerim. Budak2 ni kalau dah jumpa sepupu2 masing2 memang tak ingat makan, asyik nak main jer...


Kiri - Emm sedapnye ayam goreng ni...makan jer lah, nanti kalau badan gatal2 mintak ubat kat Mummy jer...

Kanan - Dafiy layan mata lagi besttttt
Ingatkan Mummy yang paling lambat sampai, rupanya Kak Lah lagi lambat...Masa K.Lah sampai Kak Noor dah nak gerak balik.

Oklah kita orang balik dulu, bye2. Ijah ngko bawak apa kat plastik tu? Emm cam biasa ler gi open house adik beradik sure dapat 'berkat' punye. Dah nak balik tetiba org aiskrim lalu la pulak. Cepat2 sapa nak ice cream, Cik Noor nak belanja ni...emm bukan budak2 jer yang nak, emak budak pun sama gak.

Amboi ngkorang bila orang belanja aiskerim pandai pilih yang mahal2 yer. Kalau bayar sendiri ambik aiskerim Malaysia jer..ihihihi

Kalau semalam buat lawatan ke farmville Kak Lah hari ni, buat lawatan ke farmville Kak Mah pulak. So kita tengok ler farmville sapa yang lagi menjadi...

Kiri - Tuan tanah sempat posing dulu sementara tunggu Pegawai Pertanian sampai.

Kanan - Datuk T, Pegawai Pertanian Negeri Selangor sedang meninjau ladang. Oklah I luluskan pinjaman RM 2juta untuk besarkan ladang ni....yee ha....

Kesibukan tuan tanah sampai tak sempat nak balut dan sembur racun perosak kat pokok jambu ni. Tengok ler daun lubang2 kena makan ulat. Bunga warna putih tu wangi sangat, klu tak silap pokok kemuning.

Bunga kertas dan herba apa ntah

Tak tau pun nama pokok2 kat atas tu tapi dua2 tu pokok herba boleh buat ubat darah tinggi dan kencing manis.
Bunga kenanga @ bunga kantil. Wangi bunga ni. Dulu atuk kutip bunga ni letak dalam minyak kelapa buat minyak rambut.

Ok, aktiviti open house raya ni akan bersambung di rumah Mummy Gee, Sabtu 17/10/2009. Datang jangan tak datang.

3 comments:

  1. Hebatnya...raya tak habis-habis lagi....saya betul2 kagumlah dengan orang kota metropolitan ni. Moga2 open house berjalan dengan jayanya

    ReplyDelete
  2. MSOM - posa 30 hari (klu cukup ler) tp org KL raya 35++ hari (kes tak dpt hari utk buat open house sbb asyik clash jer.....hihihi)... utk family belah saya rasanya majlis penutup open house sabtu ni kat rumah saya lah...dengarnya kak long kota tinggi dan abg kat kulai pun nak turun KL...bestnyaaaaaaa boleh ngobrol adik beradik lagi...hehehe...

    ReplyDelete
  3. Mintak mahaap le... abang ko sorang asyik tak sihat ajerr...

    ReplyDelete