Tuesday, October 6, 2009

S -> M -> L -> XL

Mummy tension ler sekarang ni, berat badan ni cam dipam2 jer. Puasa sebulan berat turun 3kg, raya baru dua minggu dah naik semula 2 kg. Camna ni. Dari lepas bersalin Dafiy mummy pasang niat nak turunkan badan, tapi tu lah niat tinggal niat tak der nye terlaksanapun. Zaman2 belum kahwin dulu berat badan 45-48 kg jer. Tapi tak nak ler kurus sangat cam tu pulak, sampai orang kata tiang berjalan dan jerangkung dalam almari (lagu popular Wings zaman tu). Nasib baik ler Mummy ni kategori tinggi so gemuk tu 'tercover' sikit, kalau mummy pendek sure nampak gemuk yang amat sangat. Sepatutnya dengan ketinggian Mummy sekarang ni berat ideal Mummy dalam 58-63 kg. Nak kata makan banyak sangat tak ler gak, Mummy rasa Daddy makan lagi banyak tapi Daddy slim jer. Tapi tu lah daddy selalu gi exercise 'menebas' kat padang2 mummy di bersilat kat dapor jer, so rasanya lepas ni nak beralih angin lak ler...hehhe...dah 'tua2' cam ni (emmm tua ker???) cam malas nak bersukan kan...nak kurus punya pasal mummy dah 'terbeli' minuman Jus Mate 5. Tengok testimonial orang gila2 betul, tak tau ler betul ker atau iklan dan propaganda semata. So nak tau betul ke tidak esok mummy ikut program diet dia le....harap2 mummy berjaya ler, alah bukan nak turun sampai 20-30 kg pun setakat turun 5-10kg pun cukup ler....
Sebelum beli product ni Mummy ada survey gak few product dan kaedah diet dia tapi product lain2 tu cam tak bagi kita makan jer...hihih...setakat makan sayur2 ngan buah2, ingat kambing apa.....jus mate 5 ni program diet dia kit aboleh makan apa yg kita makan sekarnag cuma kurangkan kuantiti jer... tunggulah sebulan dua nanti mummy update apa progress dia ok or not....tungguuuuuuuuuuuuuuuu

1 comment:

  1. salam mummy gee itteww singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww..

    ReplyDelete