Showing posts with label open house. Show all posts
Showing posts with label open house. Show all posts

Thursday, September 23, 2010

Raya 2010 : Episod (Open House)

Salam. Buat apa tu?  Tengah layan tamu datang beraya ke atau tengah bersiap2 nak g beraya. Hari kerja ni kurenglah sikit xtvt beraya. Tapi tunggu hari sabtu ahad ni sure bersusun2 jemputan ke open house.

So far camana tetamu kat rumah uols? Ramai ke yang datang? Atau budak2 assalammualaikum je yg datang? Ke langsung tak ada tamu yg datang..... emmmm klu x de langsung yg datang feng sui rumah tak bagus tu... hahahah.... pandai2 je Mummy ni kan.

Sebenarnya rumah Mummy ni cuma ada jiran satu family dan SIL & biras yang datang beraya tau. Yang lain2 tu semua kawan anak2 dan budak2 assalammualaikum yg dtg... sebab tu stock kuih raya kat rumah tak susut2... terpaksalah bawak ke opis sebelum expired...


Dia orang tunggu Mummy buat open house agaknye baru nak datang rumah... emmm... as of now tak sure lagi nak buat open house ke tidak, majlis raja2 tak bersidang lagi. Tapi kalau uols calling2 Mummy sebelum datang rumah insyallah Mummy masak special sikit la... klu datang terjah je bakal dijamu ngan kuih2 raya dan air sirap pandan la jawabnye... hehhe....

Sunday, August 22, 2010

Jamuan Buka Puasa - Menu

Jom kita layan apa menu yang ada, sebahagian besarnye Mummy masak sendiri dan banyak gak yang tamu2 Mummy bawak. Sampai tak cukup2 meja nak letak makanan. Jomlah layan je.... ahhahahha...pagi2 dah tengok gambar2 makanan ni....jangan ada yang puasa yang yok pulak....hahaha...eh tapi sebelum tu jangan pulak ada yang kata Mummy ni riak pulak sebab menunjukan menu2 berbuka semalam...hahahah... Mummy satu pendapat ngan MMiraki, baca blog yang tak ada gambar cam baca buku sekolah jer... kejap je dah ngantuk....hahahha... itu pendapat Mummy la...

Daging black pepper

Lemak kuning teman tapi mesra ikan parang dan nenas

Hati goreng kicap

Paul The Octopos goreng tepong...... ayam goreng berempah lupa nak snap la pulak... Mummy rasa cam nak saman je si Paul ni, sebab masa Mummy goreng ni dia dah mengamuk dan menyumpah seranah Mummy ni

Sambal goreng JaWorld

Ikan bilis petai... jangan saman Mummy kalau ada yang sakit perut dan keluar masuk toilet balik dari rumah Mummy. Sambal ni amat2 pedas....

Rupa buruk tapi boleh menambahkan selera makan dan bertambah nasi 2-3x

Ikan kembung dan jaket bakar cicah cili kicap

Soto dan aksesori

Carrot walnut cake dan agar2 santan

Fruit punch ... F&N fruity flavour + aiskrim soda + fruit cocktail + ais .... walaaaaaaaaaaaa....sejukkkk

Fruit cocktail - sumi jeli + fruit cocktail + laici + susu cair + ais ... dessert sempoi yang sedap...

2 ketul kari kepala ikan saiz 'XXXXL'. Makan kari ni seminggu bau kari melekat kat tangan...hahaha. TQ Datin S & Datuk T 

 Kerabu mables mangga dari Desa Baiduri... kalah yang jual kat kedai tomyam...

Kerabu @ keluban tauge & daun meranti dari Klang. Makn cam tu je sedap! 

Bubur kacang & pulut hitam dan kuah durian cicah roti my SIL

Sosej roll & pulut inti

Ketupat palas cicah serunding ayam... tak ingat dah sapa yang bawak

Kuih tako vs tepong pelita Mama Miraki
 
Rambutan dan dokong... segar dari kebun Mummy orang... hehhe

Banyak2 menu kat atas, ni je yang Mummy makan masa buka... kerabu... sure awet muda la cam ni... hahah... Bila kita dah masak seharian, tengok menu2 yang sendiri masak dah tak lalu....

TQ lah kepada penaja2 makanan untuk sesi bukak posa ni ye. Insyallah panjang umur, murah rezeki tahun depan kit abuat lagi... tunggu n3 seterunsya untuk aksi sana-sini... tungguuuuuuuuuuuuuuuu ... nak mandi dan solat subuh dulu... mata ngantuk sangat ni....

11 Ramadhan 1431

Salam uols. Hari ni Mummy nak buat jamuan buka puasa untuk adik beradik, ipar duai, anak2 saudara dan saudara terdekat. Kira jamuan pra raya la, lagipun tahun ni turn kami balik ke rumah mertua masing2 so ada yang tak dapat balik ke PS.

Anak2 yang paling suka, bila Mummy bagitau nak buat jamuan dan sepupu2 dia orang akan datang. Dari awal pagi si Daniel sibuk tanya bila Ika & Iki nak sampai... sampai dia tak nak ke kelas ganti sebab takut nanti Iki datang awal dan tak adapat main sama.

Mummy biasalah seawal pagi dah pergi kepasar. Tunggu Daddy sampai kul 7am tapi dia tak balik2 dari surau so Mummy pergilah sorang2. Lupa pulak Mummy kat surau tiap Sabtu dan Ahad ada ceramah agama sampai pukul 8am.

Balik dari pasar teruslah bersilat dan bersenam kat dapor dengan bibik. Cerita pasal pasar, hari ni harga ayam daging RM7.20 sekilo. Dan brother penjual tu kata raya nanti ada kemungkinan naik sampai RM8++.

Tuan tanah rumah menunggu ketibaan para VIP

Tunggu n3 seterusnya yer... ngantuklah...hehehhe

Tuesday, October 20, 2009

Raya Open House 2009 : Part II

Bersambung dari Raya Open House 2009 : Part I

Antara tetamu yang terawal datang Mama Miraki dan Kak Lah @ Mama Shasha. Masing2 datang dengan anak2 je sebab hubby masing2 ada hal. So Mama Miraki ler yang jadi supirnye. Dengarnya sesat sampai Subang Jaya....apa raaaaaa


Em! Dah datang awal tu tolonglah sikit kat dapor...hiiii...Mummy dera dia orang mintak bancuhkan kuah pecal...
Rasa2nya Mummy tak tentukan theme color utk open house ni, tapi ramailah pulak yang pakai warna biru...bluesssssssssssssss

Posing lagi sebelum ramai tetamu datang...

Posing lagi
Kiri : Kak Mah, kut ye pun haus duduk ler dulu
Kanan : Nak ambik makanan pun kena beratur yer....anak2 saudara Mummy yang dah besar panjang

Lepak'ing' selepas full...
Kiri : Makanan banyak lagi rasanya tapi apasal Abg Rin tu makan asap ek...lagi sedap ker???
Kanan : Kak Mah ni makan pun sampai tertidur. Mesti sebab sangat ni, kira menghayati nikmat makan sampai terlelap...heheh

Kiri : Hi, busyuknye ketik Abg Arif ni...agaknya itu yang Dafiy nak cakap
Kanan : 3 Mak Dara

Kesesakan lalu lintas di meja buffet. Mana ni polis trafic tak bertugas ker??? Nasib baik lah Mummy dapat 'pramusaji' segera yang tolong top-up lauk pauk yang kurang. Terima kasih ye Arif, Arul, Iwan, Ayu dll anak buah mummy.
Kiri : Satu2nya makcik Mummy yang masih ada, Mak We pun datang gak. Mak We datang dengan Long Bani dan Long Semah.

Kanan : Anak2 Long si Atin ngan hubby dan anak2, Izam dan Wawa pun datang gak. Tak apa kat khemah luar tak muat akan kat dalam pun boleh gak...

Ramai kawan2 masa Mummy & Daddy kerja kat Accurate Information System @ eNCoral Digital Solution yang datang. Mazia & anak2, Ummu, Suhaimi & Yati, Ijah & family, Hamizal & family, Aliza & family, Adzman, Nieza, Hamdan & family, Taib Pardi & family. Mungkin ada lain yang datang tapi Mummy tak perasan.

Kiri : Kut yer pun nak sembang tu duduk ler dulu
Kanan : Adzman Shah member baik Mummy masa buat project kat Wisma Putra. Diala member makan ikan bakar kat belakang Istana Negara. Kawan dengan dia ni best, always happy. Semua benda senang pada dia.

Kiri : Apalah yang si Mazia, Ummu & Yati tu tengok dan gelakkan
Kanan : Buat apa tu Mazia?

Kiri : Aliza & family
Kanan : Daddy & Hamizal

Staff & e-staff Mummy pun ramai yang datang. Syahril & anak2, Laila & family, Zana & family, Shahrul & family dan Azarita (Chef in the making)


Kiri : 1-2-3 smile...my ex-staffs
Kanan : Amik je makanan tu Lel tak yah pandang camera
Kiri : Zul & family

Kawan2 Daddy lagi ramai yang datang. Kawan office, kawan golf, kawan ngeteh & customers. Dan sebahagian dari wife kawan2 Daddy tu dah jadi member baik Mummy pulak. Gambar kawan2 daddy yang lain tak sempat la Mummy nak snap. Antara kawan2 Daddy yang Mummy kenal datang Asrol & Monik, Nasim & family, Arman & family, Madshah & family, Rustam & family, Harrash & family (tetamu terakhir ni...hihih...all the way baru balik dari BP, sebab tu lewat), Abu CIDB & family dan lain2 la.


Kiri : Ketibaan bapak Asrol dan Ibu Monik....
Kanan : pst...bila lagi laki kita nak ajak gi shop2 kat Bdg ek...Monik, Emi, Adriana. Ahh Monik tu tiap bulan balik Bdg tak heran dah nak shopping...


Best friend Mummy masa kat U dulu pun datang. Member2 gelarkan kami '3 stooges'. Kami semua ada gelaran masing2. Baju cokelat tu Shila (Achik), Mummy (Angah) dan Lina (Mumzie). Sampai sekarang kekal nama gelaran tu. Selalunya mana2 pergi memang kami bertiga la. Duduk kat dewan kuliah pun bertiga gak. Kira cam tungku masak ler, kalau satu tak ada kuali akan senget...hehe. Achik dan Mumzie ada 3 orang anak. So kira Mummy lah juara sebab ada 4 anak. Ha Achik Mum, sempat lagi kalau nak rmapas trofi dari Angah...hehehe


Kiri : Dulu , Kini dan Selamanya... rasa2nya compare dengan zaman kegemilangan masa kat U, masing2 dah tambah 1 or 2 size bigger...hiii...alah biasa ler askar pun dah berderet kat....(alasan le ni...)
Kanan : Senyum semua.....

Anak bungso masing2 dah besar, so gang apa lagi...sorang lagi la....hihih...anak pencen..

Kawan2 dan jiran2 Mummy masa kat Nilai pun ramai gak yang datang. Shikin & family (terima kasih la bagi kek dan serunding daging tu...sedapppppppppppp sangat...), Sue & anak2, Dewi & anak2, Ida & Anak2, Chef Kadir & family, Teacher Erlina & family dan lain2 yang Mummy terlepas pandang.
Dania dengan bestfried dia masa kat Tadika Krista Desa Anggerik BBN, Sofea Irdina dan kakaknya. Apasal masam je Dania, kawan2 semua senyum lebar


Yang baju putih tu Dina, best friend Mama Mirakai masa kt Poly. Husband Dina ni satu office ngan Daddy so tiap kali Mummy buat jamuan dapatlah Mama Miraki jumpa member dia ni. Kalau saja2 nak jumpa kat luar gebang2 memang susah ler sebab masing2 'handbag' kanan kiri...hihihi

Selain dari makan2 rupanya ada games utk budak2 ye..tak perasa le pulak. Ni semua bakal 'Tiger Wood' ni..Baik2 semua, nanti ada yang terkena putter atau bola kat muka, mau lebam mata....


Kiri : Cuba teka ni sapa punye makanan?
Kanan : Besarnye gelang Kak Tipah....

Kepada semua yang datang ke open house kami, terima kasih banyak la yer. Maaf le kalau ada kekurangan apa2. Panjang umur ada rezeki lebi, insyallah raya tahun depan adalah open house lagi....