Sunday, November 1, 2009

Makan durian & mandi sungai...

31/10/2009 (Sabtu) - Nak gi mana Mummy? Itulah pertanyaan anak2 setiap kali Mummy suruh dia orang mandi. Agaknya klu tak gi kemana2 tak boleh mandi agaknye. Bila Mummy kata nak gi dusun durian dan mandi sungai dia orang menjerit suka. Tapi lepas tu si Danny tanya balik, dusun tu apa?
Sebelum pegi Mummy buat meehoon dan nasi goreng untuk breakfast dan bekal. Sebenarnya destinasi kami anak beranak hari ni ke dusun durian boss Daddy kat Behrang (sempadan Selangor Perak jer).

Kiri - PLUS highway lengang jer, maklum ler cuti.
Kanan - Serius jer daddy tengah drive.
Tengok ler muka dia orang bila dapat gi berjalan2.
Ni Danish ngan Dafiy apasal serius je?
Kiri - Ok gak Danny amik gambar Mummy ni, tak der la senget benget.
Kanan - Jalan kampung menuju ke desun. Konvoi ini dalam 10 kenderaan la.
Kiri - Yessss, akhirnya sampai ke dusun durian, tengok durian dah menunggu kami kat bawah rumah.
Kanan - Rupanya bukan setakat durian jer yang tunggu, 'Cik Nyet' pun setia menunggu. Tengok si Danny siap tutp hidung lagi sebab bau t*** Cik Nyet...

Kiri - Daddy tanpa malu2 terus jer ngap durian tu...Mummy kena control ayu ler, walau hati mendesak nak makan dalam hati...hihih
Kanan - Waaa tipah tertipu...ingatkan dah sampai kawasan dusun, rupanya tu rumah penjaga dusun, kawasan dusun ada kat belakang, so terpaksa ler hiking....kira mencabar gak ler...
Kiri - Berpeluh gak ler bibik dokong Dafiy. Mummy ngan Daddy bawak barang2.
Kanan- Bukan setakat jalan kat kawasan kebun2 tapi kena seberang sungai dengan jambatan yang hampir reput. (Alhamdulillah jambatan reput tu tak putus atau runtuh cam kat Kg Dipang tu...)
Kiri - Sepanjang perjalanan durian merata2 kat bawah pokok, ada yang baru luruh dan ada yang dah lam aluruh tpai tak dikutip pun.
Kanan - Geram betul tengok pokok cempedak ni, lebat betul buah dia.


Finally selepas berjalan hampir 20 minit sampai ke kawasan dusun. Ada pondok lagi untuk lepak2. Kami masing2 bawak tikar so bentang tikar terus lepaskan penat.
Penat2 pun Mummy sempat posing tau. Ada gak yang pasang khemah untuk tukar baju lepas mandi sungai nanti.
Sebelum mulakan apa2 aktiviti , kita posingggggg dulu. Senyum... Budak2 tersangat ler sukanya sebab boleh main bakar2 sampah. Jangan sampai terbakar dusun orang sudah ler nak oiii.
Kiri - Ok jom kit ag kutip durian! Hai, 4 orang pegi dapat 2 biji jer ke. 3D's dgn Untie Nieza.
Kanan - Wow, inilah sebahagian durian yang dah berjaya diharvest. Emm gara2 gi makan durin ni Mummy paksa Mam Miraka harvest pumpkin ngan Tulip Mummy kat ladang...tima kasih yer Mama Mirakai, klu tak sia2 lah tanaman tu...

Kiri - Daddy tengah tunjukkan skil kopek durian. Buat elok2 Daddy jgan tak terbukak durian tu, buat malu orang Perak jer...
Kanan - Ha nak tau sapa yang petik cempedak tu? Em, sapa lagi Mummy ler, klu ikutkan rasa cam Mummy nak tunjukkan skill memanjat Mummy jer untuk petik cempedak tu. Tapi segan ler pulak, terpaksa la control ayu, guna kayo jolok cempedak tu...hihihi. Kalau tak sure jadi tajuk hangat kat FB.

Dusun ni kedudukkan dua betul2 kat tepi sungai. Tu yang budak2 tak sabar2 nak gi mandi bila dengar bunyi air mengalir. Tapi Mummy ngan Daddy memang tak bagi mandi dulu. Lagipun air sungai agak dalam sebab malam tadi hujan, dan pakcik penjaga dusun @ org kg situ dah pesan klu nak mandi kena hati2 sikit, kalau gerimis jer kena terus naik, sebab takut air deras dari belah hulu sungai (yer ker hulu?? tak tau ler hulu ke muara, tapi yang pasti yang belah atas ler)
Sebelum mandi Mummy bawak jer budak2 tu tengok2 dulu keadaan sungai. Ikutkan dia orang nak terjun jer tu, lagi2 bila tengok ada member2 tengah berendam. Tapi Mummy suruh tunggu Daddy dulu.

Baik2 Dania, licin batu tu.
Air sungai ni betul2 sejuk. Mummy setakat rendam2 kaki jer ler. Pokok ni Mummy nampak betul2 tepi sungai, tak tau ler pokok apa, tapi cantik sangat buah dia, warna purple.

Posing dan posing lagi...
Yezzzz, finally Daddy dah tukar short, so budak2 pun burrrrrrrrr terus masuk dalam sungai.
Dania dan Danish, tak takut langisng. Tu tengah buat slide ler kononya.
Tengoklah, laju betul air sungai ni kan.
Mummy setakat main kat gigi air jer lah. Tak bawak baju pun nak mandi.

Budak2 memang seronok habis, susah betul nak suruh dia orang naik. Masing2 dah mengiggil dan kecut2 kulit pun nak berendam lagi. Cakap pun gigi dah berlaga kesejukkan. Mummy rasa sungai ni bersih sangat dan tak tercemar sebab lokasi dia betul2 kat dalam kampung yang berlapis2. Kampung dalam kampung dalam kampung...(berapa banyak kampung dah....). Memang tak tercemar langsung. Yang tak bestnye satu jer, si pacat, Mummy ngan Danish antara mangsa si pacat2 ni...overall memang best sungai ni. Kalau gi camping pas tu buat BBQ ...best wei...
Mama Miraki, camana project ke sungai cuti sekolah ni, Gabai ke Tekala ker, mana2 ler...santai2.

5 comments:

  1. mandi sungai jauh ke dalam hutan cam tu bawak baby kecik2 ni kureng sesueiii lah....hihihii gi Agrotek kat Hulu Langat aje lah...bestnya durian tu...jom nak join x kita gi Agrotek ni....mandi sungai gak..sunagi yang dah dimodenkan

    ReplyDelete
  2. Dah ada tempat yg senang mandi kt wet world ke g yg jauh2 dlm kpg jangan nanti saman pemilik dusun sbb kena gigit pacat sudah, zaman skarang x leh salah sikit asik hentam menghentam

    ReplyDelete
  3. alah saman menyaman kan cara mudah nak dapat duit banyak (emmmklu menang saman ler...hihihi)

    ReplyDelete
  4. not bad jalan cerita mummy gee ya...tiba2 lak terselit gambat auntie nieza hehehehe...

    ReplyDelete
  5. Ala durian dah terkeluar senarai makanan yang boleh aku makan... dah kira racunla tu...
    Nikmat makan dah kena tarik...

    ReplyDelete