Monday, November 30, 2009

Langkawi Trip - Day 4

24/11/2009 (Selasa) - Hari ni Mummy tak plan nak ke mana pun. Lepas breakfast Mummy tunggu budak2 mandi kat kolam. Mek dgn Abg Brahim pergi meronda ke pekan Kuah Lagi. Puas budak2 mandi hari ni hampir 2-3 jam dia orang berendam, sampai kecut2 semua. Walaupun masing2 badan dah dedar dan selsema sebab semalam kena hujan tapi masa mandi semua tu automatik hilang. Lepas tu Mummy sambung kemas dan pack barang2.

Hairan gak pegi masing2 dua beg jer kenapa bila nak balik beg tu beranak pulak ek. Itu pun daddy dan bibik dah bawak sebahagian baju2 kotor dan barang2 yang dah beli. Kena sumpah Mahsuri ker????

Tepat kul 12pm kami check-out. Since flight ke KL kul 3.30 so ada masa 3 jam lebih lagi, so we all gi ke Makam Mahsuri. Mummy tunggu jer kat kereta dengan si Dafiy. Yang lain semua masuk la. Hari ni cuaca panas terik. Rugi betul sebab last dah nak balik baru cuaca elok, sebelum ni gerimis memanjang jer 3 hari berturut.

Kat Langkawi Airport sebelum berlepas balik KL.

Flight delay dalam 45 minit. Si Danny sempat terlelap lagi kat balai berlepas. Deman2 si Dania tetap posing!


Sampai KL dalam pukul 5pm. Daddy jemput kami. On d way balik singgah rumah lama kat Nilai dulu sebab nak Daddy nak bayar upah orang betulkan bumbung bocor. Singgah kejap rumah Kak Pah ambik frozen pau kelapa dan beli tart nenas. Sampai rumah Bangi dalam pukul 6.30pm. Lepas solat Mek & family sambung perjalanan balik ke Muar. Tak sempat dinner pun, Mummy sempat buatkan nes-o jer untuk dia.Mummy terus marathon cuci kain baju yang melambak. Daddy pulak settledkan hal anak2. Tengah malam gak lah baru habis cuci kain. Lepas tu nak update blog ler cadangnye tapi modem streamyx kong la pulak kena kilat. Nasib ada jiran yang baik hati bagi guna streamyx dia...walaupun signal tak berapa kuat janji boleh connected ke internet....hehe...tima kasih yer jiran sebelah...

No comments:

Post a Comment