Friday, November 13, 2009

Kasih Tercipta

Alamak camana ni, Mummy dah terjatuh cinta lagi sekali. Habislah kalau Daddy tau...(psttt.... jangan bagitau Daddy yer. Jatuh cinta ngan siapa? Meh sini Mummy bisik....jatuh cinta ngan drama Kasih Tercipta kat Astro Prima tu. Alah yg lelaki pujaaan se Malaya si Aaron Aziz jadi hero ngan Nasha Aziz jadi heroin tu. Selain tu ada gak Erra Fazira, Fauziah Ghous dan few lagi muka2 yang top le. Mummy ni bukan ler kaki drama atau telenovela. Tengok tv pun sesekali jer tu pun secara kebetulan. So memang dah lama tak follow apa2 cerita kat tv. Kebetulan malam tadi tak de mood nak 'fbooking' lepas harvest apa2 yang patut dan anak2 pun dah zzzzzzzz so Mummy tengok ler tv dan terbuka channel astro prima. Masa tu cerita Kasih Tercipta baru nak start... so Mummy layan jer la.... tapi tu lah dah episod 9 ... apa hujung pangkal cerita ni. Tapi yang pasti nampak cam best jer. Lakonan bersahaja Aaron dan Nasha. Si Fauziah Ghous tu nampak cam dibuat2lak lakonan di atak natural. Tapi overall Mummy rasa cerita Rashid Sibir ni best. So malam karang kena layang episod yang tertinggal kat youtube ler....

Sapa lagi cun? Nasha ker Erra? Rasanya Mummy lagi cun kut...hihihih

No comments:

Post a Comment