Friday, November 20, 2009

From 'Muo' With Love...

20/11/2009 (Jumaat) - Kakak Mummy yang kat Muar (bunyi 'Muo' yer..) , Mek (nama glamour ni...), Ang Brahim dan Shafiq datang sekeluarga ke rumah Mummy. Ya la, Mummy kan nak g cuti2 Malaysia dengan family Mek ni. Dia orang sampai dalam pukul 6pm. Si Mek ni pun dah mewarisi sifat emak ngan abah kalau berkunjung ke rumah anak2 atau adik beradik memang tak pernah lupa bawak 'jajan'..... tengoklah apa yang Mek bawak ke rumah Mummy.

Kiri - Ayam masak ungkep. Sedapnye...mummy ratah sampai dua ketul...
Kanan - Tumis biji ranti + tempe + petai. Ni menu tradisi kegemaran adik beradik Mummy le (kecuali Mummy). Si Mek memaksa Mummy makan sayur ni. So Mummy makan le sikit.... emm bolehlah makan... Tips nak masak sayur ni minyak kena lebih sikit dan yang pasti mesti guna cili apa 2-3 genggam baru kawkaw..(sapa tak tahan memang sakit perut ler lepas makan ni.....)

Kiri - Yesssssssss.... akhirnya dapat makan kuih dangai @ rangin yang amat sedap. Lembut, gebu , manis semuanya cukup. Sampai 3 keping si Mek bawak.
Kanan - Koci labu. Pun sedappppppppp yang amat.

Kalau korang terror cuba teka apa benda ni? Kacang peas? Salah. Apple hijau putik? Pun salah gak. Kalau nak tau inilah sayur biji ranti. Selaind ari bawak yang dah dimasak, yg mentah pun Mek bawak gak untuk adik2 dan kakak2 kat KL ni.

Inilah hasil dari 'farmville' Abg Brahim. Ada limai kasturi, limau manis dan buah naga lagi.

Lepas maghrib tadi Mama Miraki sekelurga pun datang ke rumah Mummy. So apa2 yang Mek bawak tadi Mummy bagi kat dia utk bagi pada kakak2 yang lain le. Kut tinggal kat rumah Mummy nanti basi ler pulak. Oklah nak zzzzzzzzzz dulu, tido lambat nanti terlambat bangun pulak, ada yang tertinggal nanti..