Monday, November 30, 2009

Langkawi Trip - Day 2

22/11/2009 (Ahad) - Lepas breakfast budak2 terus terjun kolam. Masing2 memang breakfast nak cepat jer. Tengah makan pun mata melilau jer jeling kat kolam. Kolam tu betul2 bertentangan dengan cafe. Makan sesuap jer sibuk kata dah kenyang. Mummy bagi dia orang masa sejam setengah jer untuk berendam.

Aksi gumbira anak2 kat kolam renang. Pagi2 lagi so tak ramai sangat lagi orang yang berendam kat kolam.

Dan hari ni pagi2 lagi dah gerimis. Walau gerimis takkan nak duduk kat hotel jer tunggu hujan teduh je kan. So pukul 10.oo kita orang start meronda. Tak pe lah gi jer ronda2 dulu mana tau siang sikit nanti hujan teduh. So plan hari ni nak g ke Pantai Pasri Hitam dan ke tempat beras terbakar kat Padang Matsirat. On d way ke Pantai Pasir Hitam we all singgah dulu ke Pantai Tanjung Rhu. Patutlah dia namakan Pantai Tanjung Rhu, sebab sepanjang nak ke pantai tu penuh dengan pokok2 rhu. Pasir kat pantai ni pun putih bersih. Hujan dah berhenti so boleh ler jalan2 kat pantai kejap.


Pantai Tanjung Rhu yang putih bersih. Tak de org mandi pun.

Pas tu daddy dan Abg Brahim decide nak gi keliling pulau la pulak. So kami semu memang ngam2 untuk satu bot.Pakej tu bawak kami gi tengok hutan paya bakau, eagle feeding, Gua Kelawar dan last ke Fish Farm untuk lunch.

Mencabar gak nak naik bot tu. Tinggi nak panjat!

Tengok le bebudak tu, happy jer atas bot tu. Yang Mummy ni jantung berdegup punyalah laju. Fikir yang bukan2 jer. Dalam hati doa tak putus2 biar selamat dan cepat le balik semula ke pantai.


Tapi dalam takut2 tu tetap posing gak ler...hihihi

Cik nyet ni menyambut kita orang masa kat hutan paya bakau. Masa ni dah start hujan gerimis. So monyet2 tu kesejukkan rasanya. Gambar bawah tu masa tengok eagle feeding. Kat kawasan tu memang tempat helang berkumpul. Pemandu bot tu bawak umpan kulit ayam. Bila tabur ke permukaan air cepat jer helang2 tu datang menyambar! Budak2 lah paling suka.

Laluan teruwong dalam gua tu menuju ke Gua Kelawar. Pemandu bot yg terror jer boleh bawak bot lalu terowong tu sebab terowong tu sempit dan tajam. Kalau air pasang terowong tu tak boleh dilalui.

Ha, ni lah Gua Kelawar. Memang penuh dengan kelawar dan tahi kelawar. Bayaran masuk RM1 dewasa dan RM0.50 kanak2. Sewa lampu picit RM1. Keadaan dlm gua memang gelap gelita dan licin. Bibik dan Dafiy tunggu kat luar jer.

Dari Gua Kelawar bot bawak kami ke Farm Fish. Masa tu hujan gerimis. Memang pedih le bila air hujan masuk ke mata. Masing2 kebasahan terutama yang duduk kat seat depan.

Kat Fish Farm. Bosar2 ikan dia bela. Tangkap la mana ikan atau udang yang berkenan dan chef siap sedia masakkan untuk kita. Sediakan jer RM nye.

Nampak tak anak2 semua basah kuyup kena hujan. Suka betul dia orang dapat bagi ikan2 tu makan.

Perut dah lapar, so apa lagi orderrrrrrrr jer lah. Ikan fresh beb. Separuh restoran ni penuh dengan pengunjung. Paling ramai mat2 arab le. Biasa ler bulan okt-dec memang time org2 Arab dtg bercuti.

Menu for lunch tomyam ayam, tomyam seafood, butter prawn, sotong goreng tepong, ikan goreng, kailan ikan masin, kerabu mangga dan aneka air ikut tekak masing2. Semua lapar, so everything clearrrrrrrrrrrrrr.

Hampir 4 jam juga le kami keliling pulau. Lega betul bila dah jejak ke pantai semula. Dengan baju yang lembab dan hidung yang dah start selsema kami pergi ke Pantai Pasir Hitam. Dinamakan Pantai Pasir Hitam sebab pasir kat pantai tu memang warna dia hitam. Bukanlah semua pasir warna hitam ada gak yang warna putih. Nak tau cerita asal usul Pantai pasir Hitam pi tanya kat pakcik google. Kat sini selain kain batik banyak dijual hasil laut. Ikan bilis dan ikan masin memang tersangatlah freshnye. Mummy beli gak ikan masin, ikan bilis, udang kering dan gajus. Kejadian tak diingini berlaku, si Dafiy jatuh kena buju tembok. Tersiat kulit muka dia dekat dengan mata.

Dari Pantai Pasir Hitam pergi ke Kg Beras Terbakar kat Padang Matsirat. Bukan nak tengok sangat pun beras terbakar tu tapi nak tengok apa yang boleh dibeli dan dibelah kat situ. Kat banyak kedai2 kat Padang Matsirat tu....hehehe. Selain dari minyak gamat boleh beli gajus (bakar, goreng atau panggang), udang kering, ikan masin, ikan bilis dll). Mummy beli t'shirt (K.Noor kirim), gajus dan ikan bilis.

Kenangan kat Kg Beras Terbakar

Dari Padang Matsirat balik ke hotel, tapi on d way singgah kat Pantai Cenang. Mummy malas nak turun sebab gerimis. Dalam malas2 tu terpaksa keluar gak sebab si Dania sibuk suruh Mummy ambik gambar dia.

Aksi gedik Dania kat Pantai Cenang. Masa tu tengah gerimis sibuk dia suruh Mummy ambik gambar dia gak. Oh ya, tu baju baru beli kat Pantai Pasir Hitam, terus pakai...heheh


Dari Pantai Cenang kami terus balik ke hotel. Masa tu dalam pukul 6:00 PM. Mummy plan nak keluar lagi ke Pekan Kuah dengan Mek lepas maghrib. Sampai hotel lepak2 la selepas penat seharian berjalan dan mandi hujan. Confirm lepas ni ada yang demam atau selsema.

Tengah lepak2 kat bilik, si bibik menjerit panggil Mummy. Dia baru dapat call yang anak dia si Dani baru je meninggal dunia. Innalillah hiwainnalillah hirrajiun. Rasa terkedu dan terkejut. Mummy terus bagitau Daddy dan yang lain2. Bibik meraung macam orang kena histeria. Ya lah, sesiapa pun mesti akan emosi macam. Anak yang setahun lebih tak nampak tetiba pergi untuk selamanya. Mummy sekadar boleh mintak bibik bersabar je. Bila bibik menanggis si Danny pun ikut menanggis. Lastnya Dania pun menanggis bila tau bibik nak balik ke Indon.

Daddy pun suruh bibik siap2 untuk balik ke KL malam ni gak. Daddy akan balik ke KL dengan bibik dulu.Pagi2 esok Daddy akan hantar bibik ke Pelabuhan Klang utk naik feri ke Indon pulak. Mummy dan anak2 tinggal kat Langkawi dengan family Mek. So lepas maghrib kami semua pergi ke airport. Alhamdulillah, tiket flight ada lagi. Air Asia last minute baru beli memang la mahal sorang hampir RM 400, nasib baik kontra dengan tiket yang dah beli sebelum ni, so tinggal bayar dalam RM300++ . Flight MAS kul 9pm ada kosong lagi tapi mahallah pulak sorang RM400. So naik Air Asia kul 10.30. Sementara nak tunggu Daddy & bibik check-in kami g dinner kat Pantai Cenang.

Satu masalah pulak masa nak balik ke hotel. Abg Brahim tak biasa bawak kereta auto. Tadi bila check dengan agent kereta sewa nak mintak tukar kereta manual, tak ada lah pulak. So nak tak nak terpaksa lah Mummy yang drive. So sepanjang perjalanan dari Airport ke hotel si Dafiy nanggis memanjang jer sebab nak ikut Mummy. Alhamdulillah sampai gka ke hotel.

Malam tu Mummy tak boleh nak tidor. Teringatkan bibik jer, camanalah perasaan dia masa ni. Mesti dia tak tido malam ni. Atau dia harap semua ni mimpi je.

No comments:

Post a Comment