Monday, November 30, 2009

Langkawi Trip - Day 3

23/11/2009 (Isnin) - Pagi2 cam biasa lepas breakfast anak2 semua g berenang. Si Dania dah demam dan batuk selsema, itupun merenggek nak gi berendam kat kolam lagi.

Ini lah luka kat muka Dafiy skibat jatuh kat Pantai Pasir Hitam semalam. Bengkak gak mata dia.

Hari ni kami cadang nak gi Pekan Kuah lagi sekali (dalam tak ada laki dan kena jaga anak 4 pun semangat shopping tak padam lagi ni...heheh)... Nasib baik Abg Brahim dan confident nak drive kereta, klu tak sure melalak si Dafiy sepanjang jalan. Pagi ni gerimis lagi. Kami parking sedekat yang boleh dengan kedai2....

Mummy tak boleh aktif sangat nak snap gambar sebab dokong si Dafiy. Dia langsung tak nak jalan sendiri. Senget gak ler pinggang Mummy...hehhehe. Nasib baik le dia nak dengan si Shafik , so boleh ler berhanti kejap ngan Shafiq. Si Dania pulak dah merenggek sebab dia tak sedap badan. Dia start menanggis penat nak jalan, so terpaksa Mummy dokong sekejap.

Dalam sibuk urus anak, finally dapat gak Mummy beli pinggan corell Mummy tu. Beli je kat kedai yg dekat ngan parking so tak der lah teruk nak mengangkut ke kereta. Mummy beli 2 dinner set 16 pcs each, 1 set casserol dan loose pinggan nasi 2 dan mangkuk besar 4... cost??? larilah jugak belanja dapor dan pasar Mummy untuk bulan depan....waaaaaaa.... padan muka Mummy nak sangat pinggan mahal.... lepas ni makan nasi ngan telor goreng or ikan masin je.

Kiri - Anak sapalah yang merempat tu???? Heheheh....Dania, dah tak larat sangat. Kat bangku depan kedai dia boleh terlelap.
Kanan - Mana Mummy ni? Dah penat Dafiy tunggu!

Mek tersenyum lega bila barang2 yang dia nak berjaya dibeli...Setiap kali turun ke Pekan Kuah sure 2-3 beg dapat...shopping sakan cik kak ni.

Lepas shopping kami gi lunch kat KFC je. Budak2 dah jemu makan nasi so nak makan fried chicken, so kami layan jer lah dia orang.

Abang ni kacau lah Dafiy nak bawak kereta.

Tak kira tempat si Dania melandingkan badan...

Lepas lunch kami terus balik ke hotel. Layan mata dan kemas2 apa2 yang patut. Budak2 turn kat lobby main snooker ngan Abg Brahim.
Petang kami keluar ke Dataran Lang pulak. Masih tetap gerimis gak. Tak ambik gambar pun sebab dah gelap. Makan malam kat situ jer.

Balik hotel sambung kemas barang untuk balik esok.

1 comment:

  1. ala setakad beli pinggan corell tak jadi hal la duit pada ko,duit sampai bawah2 bantal ko simpan sbb bank dah tak terima. apa susuh belanja dapur ko kan diet tak makan,ambik pinggan tu tenung lama2 mesti kenyang punya tak yah beli jusmate.hahaha.. jangan mareeee...

    ReplyDelete