Sunday, November 29, 2009

Salam Aidil Adha

26/11/2009 (Khamis) - Hari ni Mummy dan Daddy cuti. Aktiviti Mummy kemas rumah dan melipat kain baju yang melambak. Semalam dah basuh tapi tak sempat lagi nak lipat.

Tengoklah baju yang melambak kat ampaian. Mana2 baju basuh semlam yang tak kering terpaksa jemur semula. Nasib baik le si Danny datang angin rajin dia, nak ler dia tolong sidai sebahagian dari kain baju tu.

Nah ngko 3 bakul kain yang tak berlipat lagi.

Tengahari Mummy masak sempoi jer, kari ikan tenggiri + parang dan goreng ikan masin jer. Petang ni Mummy & family akan balik rumah inlaw. Esok kan raya, tak kan nak balik tangan kosong, ye tak? Heheh.... So Mummy decide nak rebus ketupat segera dan buat sambal kacang jer, tapi terfikir lak, tak kan rendang tak de, so Mummy suruh le Daddy g kedai beli daging dan bahan2 lain untuk buat rendang. Dah namanya pun lelaki, Mummy suruh beli barang bukan banyak cuma 4 jenis jer, daging, kelapa parut, cili kering dan kerisik. Tu pun 2-3 kali Daddy call Mummy (pst...mengumpat Daddy ni, jangan bagi tau dia tau...hehehe). Lepas siap masak barulah Mummy kemas kain baju nak bawak balik ke kampung.

Lepas solat Isyak pergi house warming jiran depan rumah. Terjumpalah pulak dengan coursemate cum 'block-mate' Mummy masa kat UTM dulu. Rupanya jiran Mummy tu kakak dia. Sembang2 iti ini, kul 10.00 pm baru kami bertolak balik kg. Sebelum tu kawan Daddy ada call, dia kata PLUS hway arah ke utara daripada Sg Buluh lagi dah tak bergerak. So Daddy ikut Gutrie Hway baru masuk PLUS, so tak der la sangkut kat jam sangat. Tapi kereta memang la banyak. Mummy sepanjang jalan mata macam kena gam tak boleh nak bukak. Kami singgah kat hentian sebelah Behrang sebab Daddy mengantuk sangat. Itu pun susah betul nak dapat tempat parking. 1:30am baru kami sampai rumah. Terus angkat beg2 ambik bantal dan zzzzzzzzzz.

27/11/2009 (Jumaat) - Selamat Hari Raya Aidil Adha. Tahun ni beraya di rumah inlaw. Kat kampung Mummy tahun ni tak ada siapa pun yang balik beraya. Mesti orang2 kat surau hairan tengok rumah kami sunyi jer tanpa sebiji kereta pun. Tak apa lah Insyallah, tahun depan raya haji giliran beraya di PS. So menu pagi raya ketupat palas + rendang kerang, nasi himpit + rendang daging + sambal kacang. Cam tak cukup sifat jer kan aksesori nasi himpit Mummy tu. Ya, betul lah tu tak ada masak lodeh. Heheh... malas ler nak masak. Walaupun raya haji tapi ada gak 2-3 group budak2 datang beraya, dia orang masuk sekejap jer, dan selamba jer cakap pakcik tak dapat lagi duit raya ni...hey...budak2 sekarang. Tak de pun snap gambar masa raya ni. Malas ler nak ambik gambar, bawak baju kurung pun tak pakai. Mood raya haji tak sama ngan mood raya puasa!

28/11/2009 (Sabtu) - Daniel & Danish ikut FIL gi tempat orang sembelih lembu korban. Semalam si Danish jer yang ikut so hari ni pagi2 si Daniel dah mandi sebab takut kena tinggal. Kat kampung inlaw ada 8 ekor lembu dikorbankan. Semalam dah dapat daging korban , hari ni pun dapat lagi daging korban, Mummy rasa ada dalam 4-5kg gak la dapat. Daging banyak so SIL Mummy plan nak buat BBQ petang ni. Selain dari daging korban kami bakar ayam dan udang gak. Orang sibuk membakar2 Mummy sibuk merayau keliling rumah dan petik jambu bol lagi.

Daging dan ayam yang dah diperah dan yang dah masak. Potong nipis2 so terasa rempah dia sampai ke dalm....

Mana tukang jaga BBQ ni, dah naik rentung udang2 tu cik kak ooiiii.

Masa pusing2 keliling rumah PIL sempat lagi snap apa yang patut dan tak patut...hihih

Kiri - Lama tak nampak buah koko. Dulu2 kita orang makan cam gitu jer isi koko tu.
Kanan - Tergoda tak tengok jambu bol tu. Rendah jer buah dia u, Mummy capai jer dari bawah.

Berjenis2 spesis pokok keladi hiasan yang MIL Mummy tanam.

Bentuk daun cam nak sama tapi warna lain2kan.

Lagi pokok2 keladi...

Banyak gak spesis kaktos yang ada.

Kaktos ni boleh meninggi. Yang ni dah banyak kali kena cantas.

Kalau pokok kaktus berbunga kat bawah dia ada batu permata tak???? Heheeh

Lagi spesis kaktus

Lepas solat Maghrib kami siap2 untuk balik ke Bangi. Alhamdulillah, selamat sampai Bangi dalam pukul 9.30pm. Home sweet home.... ahhhhh nak kena operasi kain baju lagi. Kain baju hang basuh sebelum balik kg pun belum habis susun dlm almari lagi.