Friday, November 6, 2009

Cubaan 1-2-3

Hari ni Mummy taksabar betul nak balik rumah. 5.30 pm on the dot Mummy dah chow. Ada project nak buat hari ni. Projek apa? Sabar ler dulu...baca terus...Sampai kat skolah Danny dia tak kluar lagi sbb baru kul 5.50pm. Exam week ni hari2 balik kul 6.00pm. Singgah kedai dulu. Nak beli apa??? Kelapa parut ngan tepung pulut. Dapat agak dah apa Mummy nak buat???? Yezzzzz Mummy nak buat kuih rangin @ dangai. Ni cubaan pertama ni, hendaknye menjadi lah.
Sampai rumah main2 kejap ngan Dafiy dan Mummy terus singsing lengan masuk dapor. Projek Mummy pun bermula.

Kiri - Ni bahan2 nak buat rangin. Kelapa parut, tepung pulut dan gula pasir. Semua warna putih kan...
Kanan - Campak sikit garam kat kelapa parut. Jangan lupa renjiskan air gak kat kelapa parut tu.
Kiri - Masukkan campuran yang belum dicampurkan dengan gula ke dalam loyang (sekadar menutup bahagian bawah loyang).
Kanan - Masukkan gula dalam baki campuran tadi. Pas tu tuang le semua dalam loyang.
Kiri - Siap untuk dibakar. Masuk dlm oven 180'C utk 10-15 minit
Kanan - Hah nampak dah kuning tu, boleh angkat ni...
Kiri - Ni lah rupa kuih rangin Mummy selepas diterbalikkan.
Kanan - Nah, jemputlah makan.
Emm...sedap ke tak???? Sepanjang operasi pembakaran, aroma kelapa dibakar menyusuk2 hidung. Anak2 pun cakap wanginya Mummy buat kuih raya ker???? So conclusionnye:
  • dari segi bau boleh dapat markah 100%.
  • rasa 80% - memang ler rasa kuih rangin, makan panas2 memang sedap walau pun tak begitu gebu cam yang jual kat HSA JB.
  • texture kuih 60%...bahagian bawak keras skit. Mummy rasa sebab terlebih gula dan kelapa parut tu pun kelapa dah ada tomobong pun...

Dah tinggal separuh pun dingap. Si Danish suka lah, habis 2 potong dia makan. Lain kali memang kena cuba lagi ni... kesimpulannya Mummy tak berapa nak berjaya buat rangin ni...hihih....tak apa Mummy pegang kata2 semangat dari pakcik saudara Mummy, Thomas Alva Edison dia kata “I haven't failed, I've found 10,000 ways that don't work” ....boleh gitu....

p/s Tunggu project lain yang akan Mummy laksanakan esok...insyallah...tunggu

2 comments:

  1. Anta ler barang sekeping kat kakak kau ni, cuma dapat tengok je dlm blog x kesian ke?

    ReplyDelete
  2. tahniah...cubaan hampir berjaya....lepas niwat wajib pulak yea....aku teringin nak makan

    ReplyDelete