Saturday, November 7, 2009

Cubaan seterusnya... kuih wajik

Projek seterunys utk weekend ni adalah membuat kuih wajikkkkkkkkkkkkkk..... Mengidam ke apa Mummy ni??? Hihi tak de mengidam tak der apa, tetiba mood rajin untuk memasak amat2 lah tinggi. Sebelum mood ni drop balik baik Mummy teruskan projek kuih wajik ni.

Wajik ni bahan asas dia cuma beras pulut, gula pasir, gula merah, gula melaka, santan kelapa dan durian (klu nak bubuh ler). Garam pun bubuh sikit. Pesanan khidmat masyarakat dari Mummy..."jgn beli yg dlm guni timbang kilo2 tu tau, sebab yg tu banyak campuran beras. Beli yg dah siap pack sekilo2... emmm dgn kata lain belilah pulut yg ada brand sikit... bukan nak masak berpuluh2 kilo pun...hihiih...floral pun ok...)"....


Gulu pasir + gula melaka + gula pasir + air + daun pandan didihkan. Bila dah mengelegak dan semuanya dah cair angkat dan tapis. Emmm kalau tak tapis alamat makan wajik rasa basir berbiji2 ler....
Pas tu santan kelapa ngan daun padan campak dalam kuali. Tengok ler puny ebesar kuali Mummy gunakan...cam nak masak wajik seploh kilo untuk kenduri ler pulak. Nak buat camana, ni lah kuali yg Mummy boleh guna, kuali lagi satu tu amat ler comel nye....Dah campak dalam kuali tu jangan lupa kacau2 ler sikit...(seambil layan FB pun boleh gak... cam Mummy ni....)


Bila santan dah mengelegak, masukkan lah air gula yang kita dah tapis tadi. Kacau sampai agak likat.


Masukkan lah pulut yang telah ditanak atau dikukus. Mummy tanak jer pulut tu, Mummy takut kalau kukus nanti pulut tu tak masak sangat. Mummy tak suka wajik 'sembor'. Mummy suka wajik yang lembut @ lembek2...


Pas tu kacau lagi sampai nampak berkilat dan pekat. Aktiviti mengacau wajik ni dipercayai boleh membakar sehingga 2000 kalori. Lepas ni bukan setakat lemak2 kat badan Mummy terbakar tapi muscle kat lengan semua dah naik... sementara wajik tu likat, alas ler dulang ngan daun pisang dulu. Kalau tak ada daun pisang alas jer ngan plastik. Plastik pun tak de? Emm tak yah alas ler. Tapi nak kaw memang kena alas ngan daun pisang ler, cam Mummy buat ni.

Bila wajik tu dah pekat, tuang dalam loyang, tekan dan rata2kan. Ha kan dah siap. Mummy dapat dua loyang lagi.
Kita close-up sikit kuih wajik Mummy ni. Camana? Tergoda tak? Klu nak jom la datang rumah. Wajik ni masih panas, belum boleh potong lagi. Nanti klu dah sejuk Mummy potong dan tepek gamabar dia yer (hah! nak potong ke tak payah potong...hihi..comercial break kejap yer...).
Finally selepas sejuk, boleh ler wajik Mummy ni dipotong. Nah amik la sorang sepotong. Jangan gaduh ada lagi seloyang setengah kat dapor.

5 comments:

  1. La kau ni mimpi apa tetiba buat itu ini,risau lak aku. Are you ok?

    ReplyDelete
  2. tu nak kata orang buang tabiat le tu.....

    ReplyDelete
  3. esok dia tengok entry baru dalam blog ni lagi dia kata mimpi dapat baju ajaib pulak....

    ReplyDelete
  4. thanks resipi ni...jumpa blog ni semasa buat carian dekat google. good job..siap ada gambar dia lagi.

    ReplyDelete
  5. ROssie -u r welcome.... dah buat ke wajik tu?

    ReplyDelete