Saturday, November 7, 2009

Lagi cubaan .... serunding kelapa

Hari ni memang hari experiment Mummy .... lepas berjaya buat wajik durian, Mummy sambung projek buat serunding kelapa. So puan2, ini bahan2nye yer...


Bahan utama kelapa parut ler (bukan air kelapa tau), ikan bilis (kalau guna udang kering lagi sebab tabi disebabkan bibik allegic pada seafood Mummy ganti ikan bilis la...emmm untung bibik dapat majikan cam Mummy ni...hihii), bawang merah, bawang putih, halia, kunyit , serai, ketumbar dan jintan manis. Blend le semua bendalah tu kecuali serai (ketuk2 jer). Oh ada bahan lain lupa nak snap gula merah or gula melaka, gula pasir dan asam jawa (glamour kan orang Jawa ada asam sendiri...)

Tumis ler bawang2 ngan halia sampai naik wangi baunya (klu tak wangi2 gak...ngkorang spray jer la perfume!!!). Pas dah agak garing masuk ikan bilis yang dah diblend tu. Kacau2 lagi.

Masukkan pulak ketumbar dan jintan, garam, serbuk perasa. Sambil2 tu bancuhlah asam jawa tu. Jangan la banyak sangat cam nak buat asam pedas pulak!!!

Hah tuang jer air asam jawa tu. Masukkan gula merah dan gula melaka yang dah diracik.

Dan masukkan kelapa parut. Kacau2 la yer sampai garing...make sure api sekecil yg boleh. Karang hangus tapi tak garing pulak....

Sambil kita kacau2 nak bagi serunding tu garing apa kata kita 'main jentik'. Hah main jentik? Apa tu? Camna nak main? Main ngan apa? Ha tadi kan kita buat air asam jawakan. So biji dia tu jangan la buang, kita boleh buat main ni (ini kes ganti biji saga la). Sebelum tu cuci bersih la biji2 asam tu. Main jentik ni at least dua orang. Mula2 pegang semua biji asam yang ada.

Kiri - Taburkan biji asam tu ke lantai. Cari dua biji saga yang kedudukan dia berdekatan (bukan rapat tau) agak2 jarak sekurang2nya jari boleh masuk. Kalau tak ada yang jarak dekat2 yang jarak jauh boleh gak tapi chances nak mengena nipis ler...
Kanan - Lalukan jari tu kat ruanag antara dua biji asam yang kita pilih tu.

Kiri - Gunakan jari dan jentik dari salah satu biji asam tu supaya kena yang lagi satu
Kanan- Bila dah jentik sure kedudukan dah berubahkan.

Kiri - Kalau jentik mengena biji asam lagi satu tu, kira berjaya la. Boleh ambik sebiji daripada biji asam tu. Teruskan hingga jentik tak mengena. Kalau dah tak kena kena tukar turn le. So ulang2 cam tu sampai la habis.
Kanan - Ha main2 gak, jangan leka ngan serunding tadi. Karang hangit. Nyanyi tak berlagi karang. Kacau la serunding tu campai agak kering (jangan kering sangat la).

Kiri - Inilah serunding Mummy yang dah siap.
Kanan - Gambar ni tiada kaitan dengan projek serunding kelapa Mummy yer. Tadi Daddy ada golf tournment. So lucky draw Daddy dapat la hamper ni.

Serunding kelapa dah siap so nak kena ada benda untuk dicicahlah kan. Ubi rebus ker, pulut ker or kuih tradisional gemblong. Takkan nak makan ngan maggi goreng pulak kan. Tunggu entry seterusnya kalau nak tau Mummy makan serunding ni dengan apa?

5 comments:

  1. Serunding kelapa yg ori bukan camtu la bahan2nya pun banyak yg dh lari,mana ada serai halia semua pas tu mana d bancuh semua tu,kau ciplak resepi dari mana. Itu bukan resepi turun temurun tau,kan ke d gaul semua bahan2 tu dgn klpa hinga mesra baru panaskan minyak d grg ngan api yg kecil

    ReplyDelete
  2. alah gee tu pakai resepi dari Belanda kot......naisbbaik x letak daun kunyit, belimbing buluh ke ntah apa2...

    ReplyDelete
  3. sapa ajar ngko wat cam ni gee...kalau mak ada lagi mesti dia marah tau...mengubah resepi....hihihihihihi....aku x makan serunding2 ni...aku makan chicken chop dgn chopstick je...sebab aku kan toke batu serai...

    ReplyDelete
  4. ikut suka aku lah, kan aku chef nye.... aku kan rajin tu yang buat asings tak dicampur semua sekali...hihi

    ReplyDelete
  5. Ai tokeh batu serai pun dh pandai komen,apa cite dgn batu serai ada ong x

    ReplyDelete