Sunday, November 29, 2009

Langkawi Trip - Day 1

21/11/2009 (Sabtu) - Hari ni pagi2 lagi anak2 dah bangun, biasalah dia orang tu bila nak berjalan excited memanjang. Orang belum suruh mandi pun dah berebut2 nak mandi. Selalu tu Mummy dah terjerit2 baru le nak g mandi. Lepas breakfast kami bersiap2 untuk ke airport. Mummy dan anak2 naik naza dan mintak tolong si Ariff hantar. Mek & family naik cab.Nasib baik pagi ni tak hujan.

Kiri - Masa pegi masing2 bawak dua beg jer.
Kanan - Tunggu Daddy check-in

Kiri - Ahli rombongan Cik Bedah ke Langkawi.. dua family with 5 kids dan sorang bibik
Kanan -Mummy & Daddy...gambar ni ambik masa anak2 sibuk gi kedai choc. Klu tak sure mencelah je dalam gambar

Kiri - Mek & Family
Kanan - 2 pompuan yg dah tak sabar nak menghabiskan RM...

Wajah2 ceria bibik masa kat LCCT sebelum dapat berita yang menyedihkan dari Indon.

Boleh tahan gak ramainya orang kat airport. Cuti sekolah so masing2 bawak anak2 berjalan2 la. Flight sepatutnya pukul 10.35 tapi kul 11.oo baru take off. Kul 12.00 sampai Langkawi Airport. Masa landing hujan gerimis ler pulak so terpaksa ler berpayung nak ke terminal. Biasalah 'tambang murah' (ya ke murah!!!) terpaksa ler berjalan dalam hujan...hihii.

Dania ni akan berposing tak kira tempat. Tu berpayung masa turun dari flight kat Langkawi Airport.

Alhamdulillah selamat sampai ke bumi Mahsuri... tengah tunggu luggage

Daddy terus survey cari kereta sewa. Kereta sewa kat airport pun almost habis dan harga jangan cakap ler, memang naik lebih dari 30% dari normal price. Plan kami nak ambik dua kereta. Tapi yang ada cuma serena dan wira auto. Abang Brahim tak biasa bawak kereta auto so we all sewa jer Serena untuk 3 hari. Berhimpit le sikit, kalau dapat Pergio sure ngam2 jer. Tak per lah daripada tak ada.

Destinasi utama ke hotel ler tapi on d way kena la isi tangki dulu. Bukan setakat tangki kereta yang dah merah berblink2 tapi tangki kami gak....lepas makan terus check-in. We all duduk kat Century Suria Condominium. Condo 3 bilik. Ada satu king bed dan dua queen bed. Kalau nak masak dapor dan periuk belanga pun boleh sewa.

Persekitaran Century Suria Condominium Langkawi

Ruang condo yang amat luas. Boleh duduk 3-4 family. Nak masak pun boleh sewa gas dan periuk belanga.

Kiri - As expected sampai bilik jer Daddy terus zzzzzzzzz for half an hour. Bayar hutang tidor sebab malam td dia balik lewat siapkan tender.
Kanan - Ready to go.... daddy jadi pilot dan Abg Brahim jadi co-pilot. Map kat tangan masing2 tu...alah tak sesat la, Langkawi tu kecik jer, pusing2 sure jumpa jeti or airport semula.

Lepas solat jamak start keluar meronda. Destinasi pertama ke Underwater World kat Padang Matsirat.Tak pe lah layan jer lah kehendak anak2...agenda untuk Mummy dan Mek (shopping le apa lagi!!!) nanti2 ler... Ticket masuk RM28 for adult dan RM 18 for kid (ni Malaysian punye harga yer). Utk non-Malaysia RM 38 for adult dan RM 28 for kids.

Camera Mummy ni cokia sikit so gambar2 kat dalam Underwater World tu tak clear sangat. Ni jer yg ok. Klu tak boleh tunjuk gambar ikan pelik2 yang ada kat situ.



Mummy & family kat Antartica. Terror tak kita orang. Kat Antartika boleh lagi pakai baju biasa jer... sure lemak kami tebal kan sampai boleh jadi penebat....hihihi

Anak2 Mummy dah bertukar jadi penguin la pulak...

Besar tak ikan yang Mummy angkat tu!!!

Balik2 gambar si Dania kan??? Memang pantang nampak camera budak ni. Paling tak ada gambar si Danish.

Dah penat jalan2 kat Underwater World isi tangkilah pulak. Hujan2 so perut pun asyik berbunyi jer. Memang diet Mummy untuk 3-4 hari ni hancus la!!!
Kiri - Tak yah nak tinjau2 dari luar la Mek, masuk je dalam kedai tu, klu berkenan amik jer, klu RM tak cukup sebelah kedai tadi tu kan ada ATM...apa lagi ...cucuk jer lah...hehehe
Kanan -Dania dan Dafiy main kat timbunan beg2. Janganlah beg2 tu tumbang.

Dari Underwater World lalu kat Pantai Cenang, malas nak turun sebab gerimis memanjang so cuci mata je la. Anak2 semua dah merenggek ajak balik hotel jer, ala Mummy tau ler dia orang sibuk nak berendam kat swimming pool jer. Tadi masa sampai kat hotel itulah tempat pertama dia orang tuju. On day way balik hotel, singgah dulu kedai jual minyak gamat. Apalah ertinya ke Langkawi tanpa beli sebotol dua minyak dan hasil gamat yang lain.


Mari2 beli, murah2. Minyak gamat ada, bam gamat ada, gel gamat ada, ibu gamat ada...macam2 ada! Murah jer minyak gamat ni 12 botol baru RM 8.50.

Kiri - Mummy setakat beli minyak gamat dan balm kayu putih jer.
Kanan - Tengok si Mek tu memborong segala macam minyak yang ada kat kedai tu. Nak jadi tukang urut apa!!! Dia kata kawan2 pesan...ya la tu...

Daddy bawak semua balik ke hotel tapi Mummy dan Mek singgah kat pekan kuah untuk xtxt 'survey menyevey' (hihi...tak survey pun ada yg terus beli jer gak). Masuk kedai keluar kedai compare price, tapi almost harga barang kat kedai2 sama. Selalunya kalau pegi ke Langkawi orang akan ambik peluang beli sama branded pinggan mangkuk, branded choc atau kain batik. Pinggan mangkuk tu almost semua kedai harga sama, choc pun harga antar akedai hampir sama kalau ada bezapun setakat 10-20 sen jer.
Mummy tak der benda lain memang target Corell jer la...nak buat camana dah 'terbekenan' sekian lama. Tapi Mummy tak beli terus pun set Corell tu, plan nak beli last dah nanti je, yg penting dah tau kedai mana nak beli dan design mana dah pilih.

Woit ralit betul Cik Mek kita ni shopping kain batik. Tak toleh kiri kanan langsung. Mummy tak beli pun kain batik. Lagipun Mummy cuma pakai kain batik masa dalam pantang jer. Kat rumah pun ada kut dlm 15 helai yg tak pakai lagi, ada yg beli ada org bagi.

Ha, ni lah pinggan corelle yang Mummy terbekenan tu. Ada jual set 16pcs dan 20pcs. Yg loose pun ada gak tapi bil akira2 yg loose tu lagi mahal. Pinggan round tu dah biasa so Mummy nak bertukar ke pinggan square le pulak. Ligat kepala otak buat calculation campur tolak bagi darab semua ada...

Kalau dah ada pinggan, rasanya akan lagi berseri kalau ada casserole set same design kan??? Ada 3 set boleh pilih. 3pcs (1L, 1.5L & 3L), 3pcs (1.5L, 3L & 5L) atau 5pcs (1, 1.5L, 2L, 3L & 5L). Pilih je la mana berkenan. Berkenan di hati dan berkenan di poket!!!

Kiri - RM 259 (Normal RM 380)
Kanan - RM 359 (normal RM 460)

Kiri - RM 499 (normal 650)
Kanan - Set cawan dan piring ni Mummy tak berapa berkenan sepat saiz cawan dia kecik sangat. Rasanya kalau letak aiar dua teguk jer dah habis.

Agak2 kenapa Mummy beria2 amik gambar pinggan2 tu? Emm..pandai! Mummy nak tunjuk kat Daddy pinggan yang Mummy terbekenan nak beli tu, harap2 Daddy 'sudi' sponsore ler...hehehe
Ikutkan kati nak meronda sampai kedia tutup tapi bila teringat anak2 kat hotel kesian pulak kat dia orang. Sure dia orang kelaparan lepas berengang. So we all tapau dinner bawak balik hotel. Balik ke hotel ambik cab jer, murah jer dua orang cuma RM6. Lagi pun hotel kami duduk ngan pekan kuah tu dalam 5-6 minit jer naik kereta. Nampak nasi jer terus budak2 ngap.

1st day is over. Kena tido awal, esok banyak lagi xtxt nak buat!

5 comments:

  1. klu dh namanya pompuan nampak benda2 camtu mustahil klu x beli, ala takat beli pinggan mangkuk bnyak tu x habis pun 1/10 gaji kau layan aja ler hati tu kalau dah teringin.

    ReplyDelete
  2. beli ajelah...nanti kempunan pulak.....kat rumah mama ni hah...ntha bila nak bertambah koleksinya....hihiih tunggu2 gak kalau ada orang nak sponsor

    ReplyDelete
  3. Anonymous - apa pulak x habis 1/10 gaji... tak usik pun gaji bulan ni sebab gaji tahun lepas kan belum guna lagi....hahahah

    Mama Miraki - 1st day kan baru survey...tak beli lagi tu...

    ReplyDelete
  4. ala cam aku kalau teringin pun pegang2 aja le mana mampu nak pakai corell.pakai pingan kedai rm2 aja le.kalau teringin nak makan kat pinggan corell kena le g rmh ko, itu pun nasib tak baik ko bagi pakai pinggan milamin aja yg dah kuning2 kena kunyit. hihih...

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Saje nak share..saya ada menjual Corelle daripada USA dengan harga yang murah daripada pasaran. Ada ready stock dan ada juga pre order.

    Bayaran boleh dibuat secara ansuran dan tidak lama lagi, pembayaran secara kad kredit pun boleh.

    Jomlah layari http://corellemalaysia.com/ sekarang utk jamu2 mate..hehe.. Jumpa anda di sana :)

    ReplyDelete