Thursday, November 5, 2009

Nasi Ambeng

Tak tau lah kenapa sehari dua ni mummy asyik terfikir pasal makan jer. Dan makanan yang Mummy fikirkan tu makanan zaman masa kat kampung jer. Kalau malam tadi Mummy buat entry tentang kuih nagasari, hari ni Mummy nak buat entry tentang nasi ambang @ nasi ambeng (versi jawa kena sebut cam ni).


Lamanya tak makan nasi ambeng...cam mengidam le pulak. Nasi ambeng ni nasi yang diletak dalam dulang besar dan di atasnya diletakkan berbagai lauk pauk, kebiasaanya ayam masak kicap, mee goreng, sambal goreng jawa, serunding kelapa dan ikan masin. Lauk pauk untuk nasi ambeng ni memang selalunya dimasak kering dan tak berkuah, ya lah klu masak berkuah meleleh jer kuah tu nanti bila dihidang atau dibungkus. Tapi sekarang nasi ambeng dah ada pelbagai versi lauk pun dah banyak diubahsuai tapi pada mummy lauk yang dulu2 gak yang best.


Kalau buat kenduri kat kampung (kecuali kenduri kahwin la....) selalunya memang nasi ambeng la jadi hidangan. Cuma sekarang ni dah ada berbagai versi dari segi laukpauk dan cara susunan.



Nah ni le nasi ambeng yang dah siap untuk dihidang. Mesti alas ngan daun pisang tau. Baru ler terasa aroma nye....kg Mummy tak de lah letak mee siput goreng ngan rempeyek. Adal 4 mee siput so ni untuk hidangan 4 orang jer tau...


Hah yang belah kiri ni nasi ambeng yang dah dipermudahkan susunannye. Lauk dah siap2 masuk dalam takung daun pisang (??? panggil takung ke???). So jangan rebut2 lauk tau... Tengok daun pisang untuk alas nasi tu, satu pelepah digunakan. Klu potong bulat ikut saiz dulang mesti comel kan....Yang kanan tu cam malas sikit rasanya tuan rumah ni nak ambik daun pisang, tu yang guna dulang kecik jer utk letak lauk pauk.



Kiri- Mee goreng kicap. Salah satu lauk untuk nasi ambeng ni (yer ker lauk!!! ke sayur?? apa2 lah, yang pasti memang kena ada. Mee ni masa goreng kena letak lada putih baru kau...
Kanan - Sambal goreng jawa. Sedap dimakan begitu saja.....



Kiri - Serunding kelapa (bukan serunding daging, ayam atau ikan tau). Buat serunding ni kena letak asam jawa sikit. Dulu klu emak buat serunding ni kita orang berebutkan biji asam jawa. Nak buat apa??? Buat main jentik ler apa lagi. Nak cari biji saga susah so main guna biji asam jer la.
Kanan - Ikan masin bulu ayam. Bukan tak boleh guna ikan masin lain tapi yang ni memang best, gaul sikit ngan tepong baru goreng garing. Pas tu campak dalam serunding kelapa tu. Buat cicah makan ubi rebus..perhhhhhhhhh mantap

 
Kiri - Ayam masak kicap. Ayam masak lain boleh gak tapi tak berapa ngam la ngan nasi ambeng. Ayam masak kicap ni kena letak lada putih banyak2 barulah wangi. Pas tu kena letak segala macam rempah ratus dan yang pasti kicap tu kena pekat sampai melekat kat ayam yang dah digoreng tu.... Ayam masak kicap ni makan ngan nasi putih panas2 pun sodappppppp.Tengok ayam kicap ni terliur dah...nak lagi klu ayam kampung!
Kanan - Mini nasi ambeng yang ada dijual dikedai2...nampak penuh ngan lauk jer kan...hihihi


Kiri - Ni le rupa nasi ambeng yg dah dibagi2kan dan sedia untuk dibungkus.
Kanan - Ha dah siap pun berkat ni...besar betul kan, tu makan satu family tak habis tu, boleh buat sarapan nasi goreng lagi...


Masa kecik2 dulu sanggup berjaga malam dan tunggu sampai abah balik dari kenduri semata2 nak makan nasi berkat ni. Satu dulang dibletak ayam suku ekor so dibahagi2lah, so ada lah yg dapat part kepak skit ke tengkok.hihihi. Sekarang ni ayam tu dah dipotong kecik2 biar senang sorang amik seketul.


p.s Mama Miraki, jom kita main masak2 weekend ni buat nasi ambeng. Nak tunggu kenduri kat kg lambat lagi ni.

3 comments:

  1. Ajak mama miraki aja ke? Kita pun nak join gak,tp nasi ambeng yg kau tunjuk tu kureng la satu menu lagi x de,nk tau apa? sayur kacang TO--?????nya syh!!!!mana ,kluarga wak manah je yg x ketinggalan menu ni

    ReplyDelete
  2. hihihihi...rancangan ni akan dipertimbangkan dan dibawa ke mesyuarat Parlimen...kebetulan ahad ni hubby ada hal kat luar...hihihihi cam cantekkkk aje idea ni....lepas kita masak tu gee.kita hantar berkat rumah kekanda2 kita kan gee....hihihihihi sedapnya...

    ReplyDelete
  3. janji tau anta berkat, jangan x antar

    ReplyDelete