Sunday, November 8, 2009

Projek Nasi Ambeng

Projek eksperiment terakhir Mummy utk minggu ni (tak abis lg ke Mummy bereksperimen????), buat N.A.S.I A.M.B.E.N.G (versi Mummy Gee lee). Dah janji ngan Mama Miraki projek besar2an kita orang ni. Mama Miraki ni beria janji kata nak bertolak dari rumah dia lepas subuh. Ni dekat kul 10am sampai rumah Mummy. Tu pun selepas 20x phone call agaknya disamping bantuan GPS (tu lah lain kali tu klu ada driver jgn tido jer dlm keta, kan dah tak tau nak dtg sendiri...padan muka). Nasib baik lauk pauk Mummy tak hangit disebabkan gangguan telefon Mama Miraki tu...hiii. So sementara nak tunggu Mama Miraki sampai, Mummy start masak dulu lah.

Menu pertama Mummy masak ni, ayam ungkep @ dodoh . Sebelum tu nak tunjuk ler gara2 nak asah pisau tu, mata pisau dengan lajunya dah menyujuk hujun gibu jari Mummy... (jadi drakula ke org yg Makan masakan Mummy nanti...hehehhe????). Main ingredient selain ayam mesti le ketumbar jintan, halia, kunyit dan segala bawang2 tu. Mummy memang suka tumis dulu semua2 tu sebab nak amik feel bau...hiii. Pas tu campak le ayam tu dan garam + perasa. Selain masukkan ayam, jangan lupa masukkan sekali sudu besi dalam periuk. Mummy kan guna ayam tua @ ayam pencen so sure berejam nak masak ni. Dan ni guna periuk biasa jer, klu guna pressure cooker setengah jam jer. So balik pada tujuan masukkan sudu kat periuk tu, orang tua2 kata kalau sudu tu dah empok maknanye ayam tu pun dah empok gak....hihih....boleh caya ke? Nanti kita kaji dari segi fizik yer... Tutup periuk dan sesekali kacau jangan smpai rentung kat bhg bawah pulak. Dah empok angkat ler. So jadi ler masak ungkep. Tapi disebabkan Mummy nak masak 'ayam dodoh' Mummy letaklah sikit santan pekat, so jadi le 'ayam dodoh' pulak. Perhatian : Sepanjang masak ni aroma ketumba jintan memenuhi ruangan dapor yer.... memang terus lapar ler...

Sementara tunggu ayam ungkep @ ayam dodoh masak, Mummy gi goreng ayam pulak. Hah ayam lagi? Nak masak apa pulak? Ayam daging ni Mummy nak masak kicap @ semur la pulak. Macam masak kicap biasa tapi tak tau masak kicap ni menjadi ke tak, pastikan kicap tu memang melikat dan melekat kat ayam. Bukan masak kicap yang kuah cair boleh buat mandi tu yer... untuk info ni Bibik Era (maid Mama Miraki yang masak yer...). Masa bawang2 dan lada sulah ditumis anak2 semua bising sebab dia orang kata bau busuk. Dia orang tak suka bau lada sulah tu, tpai bila ayam dah masak, ha meratah ler dia orang.

Menu ketiga adalam sambal goreng jawa. Bahan asa tauhu, tempe dan kentang kena la goreng garing dulu (minyak lagi?????....tak healthy langsung). Nak ngamkan ikan bilis tu kena tumbuk kasar2 sikit. Menu ni Chef Mama Miraki tolong masak. Ha cantik kan nampak hijau je kacang panjang tu. Kalau emah ngan abah ada lagi sure dia kata kacang tu kalau campak kat tanah boleh tumbuh lagi...

Menu terakhir mee goreng kicap. Syaratnya kena guna cili api dan kena tambah lada sulah. Goreng cam goreng mee biasa le. Mee ni kena goreng kering. Jangan gatal2 nak buat mee goreng basah ler pulak. Mana 'sesui' untuk nasi ambeng.

Pukul 1pm semua dah siap masak, so lepak2 dulu kejap dan sampai ada org terlelap dan mengigau suruh Mummy makan dulu lah pulak... ntah apa2 le Mama Miraki tu, letak kepala tak samapi 5 minit dah mengigau. Tu ler malam3 asyik jadi kelawar jer, tak reti nak tidor2.

Lepas zuhor baru le kita orang makan. Sebelum tu dah berangan2 nak makan kat dulang style nasi ambeng betul2 tapi cam tak cukup korum le pulak, nanti terbuang nasi. So makan berhidang jer lah.

So inilah menu untuk hari ni, bukan nasi ambeng ler tapi lauk pauak semua memang lauk pauk untuk nasi ambeng. Ayam dodoh, ayam kicap dan serunding kelapa.

Ikan masin bulu ayam, sambal goreng, mee goreng dan tembikai (yg tak berapa nak manis, dah ler org tu jual RM2.50 sekilo). Nak ambik gambar punye pasal kena ler hidang guna mangkuk2 corell yer...hiii.... bila lagi nak menayang.... mangkuk2 jer ada, pinggan2 makan corell tu tunggu Mummy beli dalam masa terdekat yer (tengah kenen kat Daddy ni...)

Ha tengok ni, anak2 semua makan dalam dulang. Tak nostalgia ker? Sampai sikecil Dafiy dan Amir pun joint sama. Dan yang pasti tangan2 dia orang ni asyik bersilang2 ambik lauk (kes ceroboh kawasan ler...hihihi). Seronok tengok dia orang makan camni. Ada rasa cam masa sambutan Maulud Nabi kat sekolah pun adakan....

Lepas makan kita orang melepak2 ler. Lepas tu baru projek membungkus berkat. Ikutkan hati nak jer hantar ke semua rumah kakak2 Mummy, tapi nak buat camana masing2 bukan dekat semuanya. So hantar mana yang dekat jer lah.

Rajin anak dara Mummy si Dania ni tologn lap daun pisang yer? Tengok tu orang yang memotong wajik tu punye lurus garisan cam guna pembaris. Wajik ni bungkus ngan daun pisang yer puan2 bagi wangi sikit. Mak air besarnye ayam? Tak potong ke? (hihi...iklan potong lagi. Biasa le untuk berkat nasi ambeng ni ayam seekor kena potong 4, tak best ler potong kecik2. Cuba teka, sapa yg tengah bungkus ayam tu??? Kau betul bagi hadiah berkat satu.

Hajat memang nak bungkus lauk pauk tu stail berkat cam kat kampung. Campur semua lauk pauk tu kat daun pisang dan letak atas nasi. Tapi takut ler basi. So, Mummy masuk jer dalam plastik. Tapi tang nasi tu memang kita orang bungkus cam style berkat ler. Guna daun pisang dan surat khabar (tak main ler guna plastik atau kertas brown bungkus nasi lemak tu...). Tradisi okey...Kuiz seterusnya, jari jermari siapakahyang runcing itu? Kalau betul jawab hadiahnya sebiji batu permata dari pokok serai berbunga.

Yessss...berkat dah siap. Tengok tu siap ikat lagi ngan tali rafia tau. Tinggal nak hantar jer rumah jiran tetangga (hihi ....pengsan ler pulak jiran tetangga ku klu dapat berkat ni). Perhatian yer, TESCO tak terlibat langsung dalam projek nasi ambeng Mummy ni. Dia orang juga tak terlibat dalam penajaan apa2. Patut dia orang bayar Mummy saguhati ke apa sebab promoto TESCO tak secara langsung...hihiii

Lepas bungkus projek berkata, Mummy siap2 nak gi rumah Kak Lah, hantar berkat. Mama Miraki pun pergi sama. Bibik ngan Dafiy tinggal kat rumah sebab Mummy, Daddy dan anak2 pergi kejap jer. Aktiviti kat rumah Kak Lah tu refer blog Mama Miraki yer... tunggu next weekend untuk projek eksperimen Mummy yang seterusny....(panjang senara dalam kepala otak ni... bukan apa, sekadar nak mengembalikan kenangan silam...silam???? cam ler Mummy ni dah tua sangat...I'm still young you. Tak reach 40 pun lagi...)

8 comments:

  1. wahhhhh aku dah lapar balik lah tengok gambar2 ni

    ReplyDelete
  2. balik ni nak ratah jer lah ayam masak kicap yang masih berbaki tu... tpai makan nasi putih ngan serunding dna ikan masin tu pun sedap gak kan...hihihi....

    ReplyDelete
  3. aku dahbeli ubi kayu....hihihi nak rebus..makanngan serunding....

    ReplyDelete
  4. Eleh udah ler kau aku tunggu berkatnya smpai kul malam abuk pun tarak buat aku terliur je, raya aji ni aku nak wat sendiri la

    ReplyDelete
  5. nasi ambeng ki aorang tu limited edition. Cuma cover area bangi, ampang, cheras dan sebahagian gobak jer...hihihi. Klang tu diluar kawasan ler....kikhihihihi

    ReplyDelete
  6. Kalaulah orang SOMALIA tu tengok blog kalian sure jeoules tersangat-sangatnya...sentiasa RAYA 365 HARI...kalaulah Msia ni perang (NAUZUBILLAH)alamat koranglah yang pengsan dulu.

    Apa pun TAHNIAH kerana korang boleh masak semua jenis RESEPI, sure suami kalian tidak akan lari punya.

    ReplyDelete
  7. Betul kata MSOM tu, MAKAN memang agenda utama keluarga kami tak kisah di kg atau di rumah sendiri. Tengok le saiz kami adib beradik, kan ke 'ramping2' belaka .... hihiihih

    ReplyDelete
  8. memang suami x rugi kahwin ngan we all ni..hihihi buy 1 free 5 tau..berdikari...boleh masak, kemas, kerja, jaga anak dll..hihihihi..meghabiskan RM lagi boleh...hihihihihi...

    ReplyDelete