Tuesday, November 3, 2009

Exam Week

Minggu ni dan minggu depan exam week untuk anak2 Mummy. Daniel hari ni start exam sekolah kebangsaan dan minggu depan exam untuk sekolah agama. Anak2 yang nak exam Mummy pun sibuk sama la. Buat ulangkaji dengan Danny. Hari ni subjek lukisan dan pendidikan kesihatan. So malam tadi Mummy ajar le dia camana nak guna water color (emmm dah hujung tahun baru petang semalam beli water color)...ya la selalu lukisan cikgu suruh guna pensil warna je, so bila exam ada kena guna cryon la, water color la dll. Lukisan tu cikgu dah beri 5 tajuk awal2 , antaranya kraftangan buat tikar, buat topeng, buah2an dan ntah apa lagi, so paling seang buat jer lukisan gambar buah2an...(hihih teringat lak zaman dulu2 sekolah pun cikgu asyik suruh lukis gambar buah2an tempatan....evergreen betul ler tajuk lukisan tu??? Cikgu Bahrin sebagai guru lukisan sila komen sikit!!!)

Malam tadi gak jenuh ler ajar si Danny math. Nak bezakan antara 'edge' ngan 'corner' utk 3D shapes, konfius dia tak tau mana satu edge mana satu corner, pas tu susah betul dia nak imagine 3D shape, pada dia 3D tu cam 2D je, nasib baik paper math hari Jumaat so still got time to teach him.

Si Danish kat Smart Reader hari ni start exam juga. Since dia tadika so Mummy tak der lah strict sangat kat dia, tapi tahun depan masuk darjah satu dah kena treat dia sama cam Danny lah.

5 comments:

  1. Ala lukis je gmbar tembikai, nenas n pisang je kan senang sikit

    ReplyDelete
  2. x pun buat je lukisan "bebas" ngan "pemandangan" yang ada bukit pas tu ada matahari kat celah2 dia tu

    ReplyDelete
  3. Pas tu bawah kaki bukit ada batas padi,pondok kecil,anak sungai n 2 batang pokok kelapa yg dah nak tombang kan hihihi!!!!tu kan lukisan kita zaman dulu2 masa kat sekolah sentang batu

    ReplyDelete
  4. betul lah...tak kreatif langsung....mana ni cikgu bahrin kita??? tengah cari idea nak berhujah ke???

    ReplyDelete
  5. cikgu bahrin tu paling tinggi buat lukisan "binatang peliharaan saya"....pas tu anak murid dia buat gambar "Ba....."

    ReplyDelete