Saturday, November 28, 2009

Jambu Bol


Ha, u all tahu tak kat atas tu gambar buah apa? Epal? Pandai lah ngkorang, epal apa rupa bentuk cam tu, epal kacukan PS ker? Hah, kalau you all nak tau itulah buah 'jambu bol' . Masa balik kampung inlaw raya haji, Mummy ni merayau2 le keliling rumah. Pas tu ternampak ler pokok jambu bol ni tengah berbuah. Mak aiii dah merah2 kenapa ler dia orang ni tak kutip. So Mummy apa lagi, kutip ler mana2 yang dah merah2, ambik untuk cukup makan jer la. Mak mentua Mummy kata memang jambu tu kerap berbuah tapi jarang dikutip sebab tak ada siapa pun yang nak makan. Jambu bol tu memang favourite Mummy dan adik beradik Mummy yang lain. Kat kampung Mummy ada dua pokok. Dan sampai sekarang masih tetap berbuah. Cuma pokok tu berbuah selalu tak kena masa ... bila kita orang tak balik kampun gtime tu lah dia berbuah.


Tengoklah dah masak2 kan buah jambu tu...yang rendah tu Mummy capai jer ngan tangan tak payah panjat2. Yang tinggi tu kena le guna galah. Segan pulak nak tunjuk skil panjat pokok tu!

Petang tadi masa SIL sibuk buat BBQ, Mummy sibuk kutip jambu ni nak bawak balik KL, so inilah hasilnya.

Ni kalau Mama Miraki nampak entry ni, mau malam ni ditujunya rumah Mummy ... hihihi. Emm, apa Mummy nak buat dengan jambu2 bol sebanyak ni. Hah, ni Mummy dah pelawa ni, kalau rasa teringin nak makan jambu ni dan tak malu tu datang le rumah Mummy ambik....hhihiih...sedap, manis, gebu dan yang sewaktu dengannya. Kalah semua buah2 lain...

Jambu yang kecik tu orang panggil (ker kita orang jer yang panggail!!!) jambu bujang. Lupalah pulak kenapa kita orang panggil jambu bujang. Yang besar tu tak pulak dipanggil jambu anak dara, dah kahwin, duda atau janda pulak.

Tengok lah isi dalam jambu bol tu, putih dan gebu kan...manis gilos....dan wangi lagi

Dah terlanjur buat n3 tentang jambu bol, ni ada info sikit yang Mummy tanya kat Pakcik Google.

==============================================================

Jambu bol atau dikenali dengan nama jambu kepal dan jambu merah adalah tumbuhan dari famili Myrtaceae. Jambu ini tidak sama dengan jambu air. Jambu bol dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia tetapi taburannya kini boleh didapati di India, Asia Tenggara hingga ke Kepulauan Pasifik. Ia juga ditanam di sekitar Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Jambu bol ditanam secara biji, keratan, kaedah tut atau cantuman. Pokoknya boleh tumbuh di kawasan yang banyak menerima hujan serta tanah yang berat.

Jambu bol boleh dimakan mentah dan rasanya agak masam sedikit. Putik berwarna hijau tetapi setelah masak berwarna merah. Buah ini sedap sama ada dicecah kicap bergula, garam atau sambal belacan. Ia juga boleh dicampur dalam rojak atau salad dan dibuat jus buah, jem dan jeli.

Dalam bahasa Inggris dikenal sebagai Malay apple, sementara nama ilmiahnya adalah Syzygium malaccense (yang berarti: ‘berasal dari Malaka’) menunjuk pada salah satu wilayah asal-usulnya.

Daun jambu bol yang dah tua memang 'berjerawat batu'. Daun yang muda licin je tak de lah mengerutu. Dulu2 masa zaman tok kaduk kan, kita orang ambik daun jambu bol yang muda ni dan bubuh dengan garam pas tu kunyah ala2 orang makan sirih.

Cantikan bunga jambu bol ni. Bila bunga ni luruh kan kat bawah pokok tu jadi cam hamparan carpet lagi...masa kecik2 dulu suka ambik bunga dia untuk main masak2.

Lebatnya buah dia....

6 comments:

  1. Sedapnya... dah lama cari buah jambu ne..
    tapi x jumpa...:(

    ReplyDelete
  2. eiza - memang susah nak cari buah ni...kat kampung2 pun jarang orang tanam...kebetulan kat kg Mummy dan kg daddy ada pokok jambu ni

    ReplyDelete
  3. salam tuan rumah, sbenarnya saya search kat google jambu bol sbb skrg tgh mengidam makan jambu bol.serata pasar malam kat shah alam saya cari jambu ni x jumpa.siap tanya member2 & sape@ yg kenal kot de jambu ni kat kampung.saya tengah mengandung masuk 3 bulan.memang terliur sangat dengan jambu ni. kalau saya nak beli jambu ni dari tuan rumah boleh tak? x kisah la tuan rumah nak caj berapa pun. please email saya kat robiaha@aam.org.my

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam Pn Robiah, alah kesiannya mengidam nak makan jambu bol. Kat kg Mummy dan PIL memang ada pokok jambo bol ni cuma tak sure berbuah ke tidak. Weekend ni Mummy balik kampung nanti Mummy tengok ada buah ke tidak.

    ReplyDelete
  5. salam, ada x buah jambu bol ni?

    ReplyDelete
  6. salam ade buah jambu bol x? isteri sye mengidam sgt buah ni. kt mne yer nak cari buah ni.? email sye helmikamarul94@gmail.com

    ReplyDelete