Showing posts with label aaron aziz. Show all posts
Showing posts with label aaron aziz. Show all posts

Sunday, November 11, 2012

Kerana kau....

Kerana kau ku masih di sini
Kerana kau ku bisa menangis
Dan kerana kau yang menghancurkan
Ku tiada berteman
Terkenang wajah mu aku pilu
..... itu kerana kau dari Alleycats ni nak cerita 'kerana kau' gak le...

Alkisahnya dah lama sangat rasanya Mummy tak beli surat khabar. Bosan la balik2 keluar cerita dan propaganda yang sama jer. Kalau nak baca pun baca jer la on9 sikit... Tapi kan hari ni Mummy sudah pecah rekod, awal pagi balik dari hantar daddy ke KLIA mummy dah tangkap paper Berita Minggu... ni semua gara2 ada cerita Mummy punya ex la....hehehh....


Dan mummy semata2 baca section BPop jer, pages yang lain bagi kat bibik sebab dia nak lap cermin tingkap...heheh. Memang parah betul le fenomena Adam Hawa ni...

Wednesday, May 30, 2012

Aaron Aziz Juara Masterchef Selebriti

Kalau Aaron Aziz masuk Masterchef Selebriti , Mummy berani jamin confirm jadi juara terus kalau keputusan ditentukan menggunakan  undian SMS. Confirm ramai makcik-makcik, awek-awek dan gadis-gadis yang tak henti undi dia...heheh. Mummy? Setakat minat je la idaknya nak buang RM nak undi2....hahahah




Org klu dan encem pakai apa pun tetap encem...hehehe

Monday, April 9, 2012

Keputusan ABPBH 2011 - Nasib baik Aaron tak memang semua anugerah!

Uhuk...uhuk...encemnya la....


AARON AZIZ DINOBAT SEBAGAI BINTANG PALING POPULAR ABPBH 2011 , akhirnya Aaron Aziz berjaya membuktikan kemampuan lakonan beliau dengan kemenangan 
untuk kategori utama ABPBH 2011 iaitu Bintang Paling Popular Berita Harian setelah memperoleh undian sebanyak 87,669. Selain itu beliau menang anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular. Tahniah tahniah tahniah ...HARIS tahniah SETH.... you're the best!!!

Rasanya beliau adalah bintang yang paling layak untuk menyandang gelaran tersebut dengan rekod lakonan dan imej bersih yang beliau ada tanpa sebarang gosip-gosip liar untuk tujuan publisiti. Naiknya nama beliau dalam industri hiburan tanahair adalah dengan bakat dan kesungguhan beliau yang ditunjukkan dalam setiap tugasan yang diberikan. Syabas skali lagi AA. 
Jangan lupa bawak i ronda2 ya...

Nasib baik AA tak menang semua kategori yang dia bertanding, sebab dia kata kalau menang semua anugerah nak lari pakai boxer jer... i tak sanggup nak tengok u berlari dengan boxer je u. Lain kali u jangan janji2 cam ni lagi ye, tak baik tau.
Berikut adalah keputusan penuh ABPBH 2011 :
  • Artis Berkumpulan / Duo Popular : Jacklyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah
  • Artis Baru Wanita Popular : Tasha Shilla
  • Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail
  • Artis Komedi Wanita Popular : Didiey Alias
  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Dato’ Sheila Majid
  • Pengacara TV Lelaki Popular : Zizan Razak
  • Artis Baru lelaki Popular : Johan Asaa’ri
  • Pelakon TV Lelaki Popular : Fizz Fairuz
  • Penyampai Radio Wanita Popular : Fara Fauzana
  • Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana
  • Artis Komedi Lelaki Popular : Johan Raja Lawak
  • Anugerah Seri Perak : Dato’ Siti Nurhaliza
  • Penyanyi Lelaki Popular : Hafiz
  • Pelakon Filem Lelaki Popular : Aaron Aziz
  • Pelakon TV Wanita Popular : Fasha Sandha
  • Pelakon Filem Wanita Popular : Maya Karin
  • Penyanyi Wanita Popular : Yuna





Thursday, March 15, 2012

Marathon...

Marathon layan 24 episod Nora Elena dalam masa 3 hari. 3 hari tu bukan le 72 jam okey. Lebih kurang 5-6 jam sehari je... lunch hour layan sejam, malam layan 4 jam... la ni kan cuti sekolah, anak2 homework pun dah siap so banyaklah masa2 Mummy yang terluang tu...hihih. Masa cerita di ditayangkan diTV masa tu Mummy tak de bibik so tak sempat nak layan sepenuhnya... tengok sikit2 je...


Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu....




Lepas ni nak layan drama2 ni pulak :
  • Rahsia Hati
  • Cinta Gila
  • Stanza Cinta
  • Jiwa & lara
  • Kekasih Awal & Akhir
  • Habil dan Qabil 

Friday, November 13, 2009

Kasih Tercipta

Alamak camana ni, Mummy dah terjatuh cinta lagi sekali. Habislah kalau Daddy tau...(psttt.... jangan bagitau Daddy yer. Jatuh cinta ngan siapa? Meh sini Mummy bisik....jatuh cinta ngan drama Kasih Tercipta kat Astro Prima tu. Alah yg lelaki pujaaan se Malaya si Aaron Aziz jadi hero ngan Nasha Aziz jadi heroin tu. Selain tu ada gak Erra Fazira, Fauziah Ghous dan few lagi muka2 yang top le. Mummy ni bukan ler kaki drama atau telenovela. Tengok tv pun sesekali jer tu pun secara kebetulan. So memang dah lama tak follow apa2 cerita kat tv. Kebetulan malam tadi tak de mood nak 'fbooking' lepas harvest apa2 yang patut dan anak2 pun dah zzzzzzzz so Mummy tengok ler tv dan terbuka channel astro prima. Masa tu cerita Kasih Tercipta baru nak start... so Mummy layan jer la.... tapi tu lah dah episod 9 ... apa hujung pangkal cerita ni. Tapi yang pasti nampak cam best jer. Lakonan bersahaja Aaron dan Nasha. Si Fauziah Ghous tu nampak cam dibuat2lak lakonan di atak natural. Tapi overall Mummy rasa cerita Rashid Sibir ni best. So malam karang kena layang episod yang tertinggal kat youtube ler....

Sapa lagi cun? Nasha ker Erra? Rasanya Mummy lagi cun kut...hihihih