Monday, December 14, 2009

merajuk

ditinggalkan 3 hari sbb balik kg Daddy weekend lepas, pokok2 Mummy dah merajuk. Masing2 layu jer sebab tak dapat air. Selalu tu hujan jer bila petang, ni bila Mummy balik kg langsung pulak hujan tak turun so mmg kekeringan le pokok2 tu....

Kiri - Pokok daun kesum yang dah menguning...tak tau la ada harapan utk panjang umur ke tidak pokok kesum ni
Kanan - Pokok terung dan cili yang Mummy baru pindahkan ke tanah dua minggu lepas pun ikut layu gak

Nasib baik pokok tomato dan kacang botol ni tetap subur.

Kiri - Pokok2 jagung yang dah start berbunga pun nampak layu sikit.
Kanan - Pokok ubi yang Mummy baru cacak minggu lepas, baru naik daun kecik selai dua

Pokok pandan dan lengkuas ni je yang tetap subur menghijau.

1 comment:

  1. Amboi!!!!!!!!!!rajinnya tanah sekakgkang kera pun dapat macam2 kau tanam ye baguslah tu sahut seruan kerajaan kekalkan bumi hijau

    ReplyDelete