Friday, December 18, 2009

xtxt Maal Hijrah

18/12/2009 (Jumaat) - Selamat Menyambut Maal Hijrah. Semoga hari ini dah hari2 yang akan mendatang lebih baik daripada semalam. Dan ini antara ucapan Maal Hijrah yang Mummy terima daripada kenalan.

Semoga Allah jadikan Subuhmu cahaya,
Zohormu gembira
Asarmu bahagia
Maghribmu keampunan
Isya'mu keberkatan
Dan doamu tidak tertolak
Diluaskan rezekimu
Serta ianya tidak diambil ablik
Dan dibuka kepadamu
Pintu Syurga tanpa sempadan.

Apa xtvt Mummy cuti2 cam ni? Boleh tahan gak le. Seawal pagi (tak de la awal sangat pun, kul 6.30am baru bangun...), pas tu buat breakfast. Mummy goreng nasi dan buat meehoon goreng 'bodoh' (meehoon tu bodoh sebab tak cukup aksesori, binatang2 tak ada masuk sebab masih keras dlm peti sejuk, lupa nak keluarkan awal2). Lepas brekfast Mummy gi pasar ngan daddy. Danny, Danish & Danish sibuk nak mengikut.

So destinasi pertama Pasar Besar Kajang. Mummy je yang turun g pasar, daddy dan anak2 tunggu kat kereta je. Hari ni memang Mummy spent d dalam 30 minit je kat pasar. Mummy terusu tuju kedai yg selalu Mummy beli lauk pauk, kedai sayur2 dan kedai bawang2. Dan hasilnye satu troli penuh stock untuk seminggu.


Hah apa ada dalam troli ni??? Cam biasa la ikan parang , tenggiri, kembung, merah, kerisi, ikan kucing, ikan bawal dan sayur2 segala. Udang dan sotong Mummy tak beli sebab ada lagi stock kat rumah.

Dari pasar Kajang, terus ke Tesco kat Prima Saujana pulak. Masa sampai Tesco tu dalam pukul 10.30. Mak aiiiiiiii ramainya orang, rasanya masing2 ambik kesempatan cuti Maal Hijrah ni untuk beli keperluan sekolah anak2 dan barang2 dapor. Mummy memang barang2 dapor dah almost habis. Ya la selalu hujun g bulan pegi shopping barang2 dapor, ni dari hujung bulan nov sampai middle dec weekeden tak der kat rumah jer tu yg tak sempat nak beli barang2 dapor. Kalau ada yg kurang barang dapor Mummy singgah kedai runcit masa balik kerja je.


Dah agak kali ni memang banyak nak beli barang so siap2 dah ambik 2 troli. Tengok le si Danny tu nak gak duduk dalam troli. Jenuh le Mummy nak menolaknya.


Mula2 cari keperluan sekolah anak2 le... gi je lah baju2 Canggih (ye ke tak canggih...tengok cam biasa je...). Dari jauh tengok price yg dipamerkan tu nampak cam ok jer tapi bila sampai dekat tu semua harga minimum @ Dari... (utk saiz paling kecik le tu...)


Boleh lah Daddy, muat ni...


Mummy tukang pilih dan daddy tolong anak2 cuba. Sepanjang beli baju ni si Danny sibuk remind Mummy jangan beli baju kecik sangat nanti nampak perut di boncit...heheh...(dah pandai nak jaga penampilan anak Mummy....)


Pose dulu kat cristmas tree....


Pas tu cari kasut sekolah la pulak... Mummy tinggalkan Daddy dan anak2 cari kasut sekolah sebab Mummy nak g cari barang2 dapor dan keperluan lain.


Dah penat shopping anak2 laparlah pulak. So Daddy ambikkan potato bun dan dougnut. Tapi masa nak bayar plastik ni jer yang tinggal...yg lain dah selamat dalam perut Daddy dan anak2...


Ni lak lebihan fresh oren yg Mummy ngap sebelum bayar (haus gilossssssssss....). Dania le tukang perabih..... Masa nak bayar ni kena tunggu lama, walaupun lebih daripada 15 counter untuk bayar dibukak kena tunggu dalam setengah jam gak nak bayar.


Nah ngko, dua troli penuh ni. Apalah yang dibeli ek!!! Agak2 berapa ketul habis??? Lu fikirlah sendiri....heheh


Nasib baik le 'bonet' besar sikit... klu tak ada yang duduk atas bumbung kereta. Cam nak buat kenduri jer...hehehe.... Ni memang semua keperluan bulanan tu tak termasuk lipstik ke bedak yer.... Tengoklah apa yang kami beli...


Keperluan diri dari ubat gigi, shampoo, body shampooo dll....


Ni lak bahan2 keperluan utk bibik buat kerja rumah... dari sabun cuci pinggan ke sabun cuci baju dan lain2.


Cam nak bukak nursery pulak kan... susu2 & diapers utk Dania & Dafiy. Si Dania ni dah 'tua2' malam pun nak kena pakai diapers lagi, klu tak mau ler berlaku 'kebanjiran' atas katil. Tu susu 4 kotak dan 3 beg utk Dania tak cukup un utk sebulan. Dafiy selalu 5-6 kotak dan Dania 4-5 beg (kekadang si Danish dan Danny pun tibai susu Dania ni...)


Keperluan asas yang mesti beli beras 20kg, minyak masak, gula pasir, tepung, kicap, segala sos dll.


Baju sekolah Danny & Danish. Masing2 dapat dua pasang baju sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Kasut Danny baru beli sepasang sebab saiz dah habis. Beg sekolah belum beli lagi sebab cam mahal je tadi. Beg sekolah harga dekat RM100 mengarut jer, handbeg Mummy beli masa offer 70% kat S*G* pun tak sampai cam tu pun.

Dah penat shopping, lunch hari ni masak sempoi je. Masak kari ikan merah, goreng ikan kucing, sup sayur dan sambal petai ikan bilis. Ikan masin tak tinggal yer... kami lunch lepas Daddy balik dari sembahyang jumaat.

Lepas lunch lepak2 dan terus terzzzzzzzzzzz. Plan Mummy nak g bakery shop kat Sek 15 nak cari bahan2 utk buat cake terbantut sebab Mummy zzzzzzzzzz sampai kul 6. Pas tu hujan ler pulak...

Iwan (anak buah Mummy) hantar sms, jemput datang rumah dia Ahad ni, ada birthday party utk cucu Mummy si Echah tu.... nak beli hadiah apa ek?

3 comments:

  1. ya TUHAN ko ni soping barang2 cam orang anak sepuluh, abis ke barang2 tu untuk sebulan.setau aku ko pun bukan makan sangat, agaknya bagi kucing2 yang lalu depan rumah makan ya, sbb ko tak bela kucing....

    ReplyDelete
  2. X pe penuh 2-3 trolly, ala itu baru seciput je kluar rm kalau d bandingkan dgn income kau 2 org banyak lagi balance tu jangau risau kalau x xkan tengah2 bln boleh beli lagi baju smpai 4 pasang huhuhu.....kalau aku ya parah

    ReplyDelete
  3. Anonymous 1 : bukan setakat habis barang2 tu tapi klu susu & diapers tu selalu tak cukup pun. Anak2 tengah membesar la... makan x kira masa...

    Anonymous 2 : ye la tu seciput...tgh bln boleh shopping sbb masa hujung bulan belum g shop2 lagi la

    ReplyDelete