Monday, December 21, 2009

Terlupa...

Alasan yang paling common orang guna pakai kat dunia ni ada dua iaitu TAK TAU dan TERLUPA. Dua2 alasan cam tak boleh nak dipercayai sangat sebab dah disalahgunakan. Dua2 alasan tu cara mudah untuk melepaskan diri dari sesuatu atau mengelakkan diri dari dipersalahkan. Betul tak? Ntah apa2 lah mukadimah n3 Mummy ni kan...

Alah ni cerita Mummy (emm Mummy ke Daddy yer???) TERLUPA ('ter' di sini bermaksud tak sengaja yer...hihih) nak renew roadtax dan insurance MPV kami. Dah hampir 3 minggu road tax dan insurance mati. Sempat lagi kami sekeluarga balik Perak, balik PS, pegi Melaka dan last semalam gi ke birthday anak Iwan kat Seri Gombak dalam tempoh 3 minggu ni.

Mummy terperasan ('ter' lagi...) masa balik dari rumah Iwan petang semalam. Masa kat MRR2 tu Mummy perati roax tax yang bertampal kat cermin keta tu nampak ler NOV 2009. Ni Dec dah hampir ke hujung. Mummy terus bagitau Daddy. Daddy yang sebelum ni bawak lane kanan terus pindah lane tengah. Terkezut gak la dia, kalau tau roadtax dan insurance mati sure tak bawak keta ni.

Bila dah tau keta x de road tax dan insurance automatik perasaan masa bawak kereta pun berubah. Takut ngan was2 la jugak. Alhamdulillah selamat sampai rumah tanpa sebarang kejadian yang tak diingini dan tanpa sebarang road block polis or JPJ. Klu tak terbang RM.

Aduh time2 kritikal ni la pulak nak mati roadtax ngan insurance. Road tax RM800++ insurance RM1500++ wa dekat 2.3K terbang ni...poning den... Atau hold je la dulu nak renew roadtax ngan insurance keta ni. Tapi tu la Jumaat ni nak pi penang camna? Klu dah terpaksa berhimpit sikit la dalam kereta Daddy nanti.


Tengok tu 28 NOV 2008 roadtax mati.....

4 comments:

  1. Dah perasan roadtax mati tu jangan cuba2 bawak lagi,tu le gayanya ya org ada kreta smpai 3 biji.apa susahnya naza mati,mers ada,mers mati myv ada klu 3 3 mati tuannya ada kahkah...........

    ReplyDelete
  2. orang banyak keta kan...sampai tak ingat bila roadtax mati....nasib baik bukan banyak bini yea...kang tak inagt lagi pulak bini tu idup lagi ke x....hihihihi

    ReplyDelete
  3. MMiraki - banyak bini jangan sebut...tak sayang mulut

    Anonymous - apa lak 3 biji kereta, keta si Dafiy 2 biji tka kira ke...

    ReplyDelete
  4. Ari tu ko cakap kat aku dah bayar incometax kena bayar roadtax lg kerr... Kah (5X). Kita serupa. Aku roadtax mati 5 Nov sedar 26 Nov.. kira samalah 3 minggu. Pas tu Kembara aku 21 Nov mati roadtax ni tgh ambikkan belum dpt lg.
    Ingat lagu kumpulan Headwind "Kita Serupa".

    ReplyDelete