Tuesday, December 8, 2009

serah tugas

Bibik dan Baby Dafiy kat rumah Nilai (masa ni Dafiy baru 7 bulan)

7/12/2009 (Isnin) - Petang semalam Mummy anak beranak g ke Port Klang ambik bibik balik bercuti kat Indon. Kul 7 am td bibik dah call dia kata kut 9am nnt dia akan bertolak ke pelabuhan Tnjg Balai. Mummy mencongak kalau ka tiket kata eri pukul 9 maknanya feri hanya akan bertolak dalam pukul 12 atau 1 pm. Dah banyak kali bibik naik feri u pergi balik ke Indon so memang tak boleh pakai ler time printed kat tiket tu.

Bila anak2 nampak bibik berjalan dari feri nak masuk ke tempat pemeriksaan kastam u dia org excited betul, terjerit2 panggil bibik. Ya lah dah masuk 5 tahun bibik duduk sama kami sure anak2 semua sayang kat dia.

Cuma Si Dafiy bila bibik nak ambik memang tak nak. Menjerit dan meronta2 tak nak dokong. Sampai pagi Mummy nak g kerja tu pun dia cam tak nak jer. Asyik mengekor pegang kaki Mummy jer nak ikut.

Masa on d way balik ke rumah bibik kata dia tak jadi nak berhenti kerja october 2010 ni, dia kata nak kerja dengan Mummy selagi badan dia sihat dan Mummy perlukan dia. Dia kata dia tak boleh nak duduk kat Indon lama2 sebab dia akan stress, asyik terbayangkan anak dia yang baru meninggal dunia tu. Ya la dia kerja dan kumpul duit selama ini pun dengan nia nak baiki rumah dia dan tinggal dengan selesa berdua dengan anak bungsu dia, so bila anak bungsu dia dah tak ada macam tak ada keperluan sangat untuk dia baiki rumah dia tu. Kalau kat Indon pun dia akan duduk sorang2 sebab 2 anak lelaki dia dah kerja dan duduk tempat lain dan anak perempuan dia lagi seorang dah berkahwin dan ikut suami. Itu yang dia decide nak kerja dengan Mummy.

Bagi Mummy dan Daddy, terserah pada bibik lah, selagi dia mampu dan nak kerja dengan Mummy kerjalah. So officially hari selasa tu serah tugas semula kat bibik ler dan mummy dari fulltime housewife tukar semula pada wanita berkerjaya...heheh...

Masuk kerja....waaaa banyak nye kerja nak kena buat .... kerja 3 hari dah nak cuti lagi sebab adik ipar kahwin....

4 comments:

  1. bukan senang nk dapat majikan yg baik macam mummy gee kannns.. ehehe

    ReplyDelete
  2. en_me = Pd saya majikan dan pembantu kena respect each other dan tahu responsibilities msing2. Klu sebelah pihak yg ok jer sure masalah juga. Alhamdulillah, dah nak masuk 6 tahun ni saya x de masalah dgn maid, harap2 berterusan. Yg penting jgn expect kerja2 maid tu perfect 100%. Mana yg kurang tu kita cover dgn mencari kelebihan lain yg dia buat.

    ReplyDelete
  3. Bagus la kalau semua majikan macam mummy gee tu maid x lari tapi maid kena ingat gak tujuan asal dia ke sini untuk cari duit so kerja la elok2

    ReplyDelete
  4. Oooo... lapangla dada kau... x perlu nak susah2 cari maid baru...

    ReplyDelete