Wednesday, December 30, 2009

break down

On d way gi meeting kat Jalan Duta tetiba kereta rasa bahang jer, sircond terpasang tapi cam tak function. Langsung gak sejuk cuma dengar cam kipas berpusing jer. Pas tu tengok light hot temparature dah terpasang, panic Mummy kejap. Nasib baik kereta tak berasap. Masa tu Mahameru Hway jam lah pulak dan Mummy kat lane paling kanan....Mummy g meeting ngan kawn Mummy.



Masa ni dah tak menyala2 lagi sign hot temperature tu...

Last berjaya menyusur ke tepi dan berhenti betul2 sebelum Istana Negara. Dah berpeluh2 badan ni... call daddy... daddy kata air kering kut suruh letak air.. mak aiii mana nak cari air dalam kereta ada air teh herbalife jer, boleh ke tuang... nanti kereta Mummy semakain mengecik la pulak , memang pun hari ni bawak keta kecik...Agak2 kalu masuk istana mintak air sikit boleh tak??? Nak bukak cover enjin tu pun menjajau cari mana satu button nak tekan (cari button kat keyboard lagi senang...).


Terkial2 cari button nak bukak cover dopan tu...nasib baik jumpa...

Call Daddy lagi, daddy kat tunggu kejap biar kete tu sejuk dan pas tu bwk slow2 cari nearest petrol station. Daddy suruh masuk ke Jln Brickfield. Masa tu adalah mamat berhenti tanya nak mekanik ke tak. Kawan Mummy cepat2 kata dah panggil dah..heheh. So bila keta dah agak2 sejuk sikit dan masa Mummy pasang enjin tu sign hot temperature tak menyala lagi Mummy pun drive ler slow2 masuk Jlan Brickfield. Nasib baik petrol station betul2 jer kat simpang masuk dia.

Call daddy lagi, nak letak air biasa ke nak letak coolent. Daddy kata letak jer air dulu lain kali dia bawak kete gi workshop utk service.


Mamat bangla ni tolong Mummy tuang air. Masa bukak penutup ni berasap wap panas keluar...
Tima kasih ya 'baya' ...

Moral of the story jangan pandai drive kereta je, satu benda pasal kereta pun tak tau....at least kena tau function button2 yang ada dalam kereta tu...

2 comments:

  1. heiii tau abwak kereta pun dah kira bagus tau orang pompuan ni...x yah nak susahkan laki gi hantar sana sini kan....hehehhehe

    ReplyDelete
  2. Aku rasa keta ko ni akan jadi macam stream aku... biasanya bila overheating dia punya head akan bengkok dan kena top overhaul. Bila kita tuning engin pun dia tak akan stabil.
    Mintak2 tak la kan...

    ReplyDelete