Monday, December 21, 2009

Misteri enjin terbang ....




Satu Malaysia menerima hadiah "terbaik" sempena sambutan Maal Hijrah 1431. Hadiah yang merupakan berita tentang "hijrah" nya sebuah enjin jet F-5E milik TUDM yang bernilai RM50 juta ke sebuat syarikat antarabangsa dari sebuah negara berpangkalan di Amerika Syarikat.


Hairan bin ajaib sungguh...Kenapa???.. sebab enjin pesawat tersebut bukan enjin kereta potong yang boleh dibeli kat kedai-kedai potong. Ini bukan setakat hilang rifel M16, ini maruah negara. Takkan enjin jet ni 'boleh terbang' sendiri. Ini barang kawalan hak kerajaan Malaysia @ rakyat Malaysia, jikalau dalam Malasyia hanya TUDM sahaja yang menggunakan nya. Macam mana boleh bolos enjin tersebut kalau bukan ada kerjasama dari 'orang dalam', 'orang dalam' pula kalau hal macam ni bukan setakat koperal atau sarjan. Dan 'orang dalam' ni mesti work dengan 'orang luar' yang ada international networking.  Tak perlu tuduh si anu atau si anu cuma apa yang diharapkan oleh Mummy Gee sebagai rakyat Malaysia, pihak yang terlibat dan bertanggung-jawap terhadap kejadian ini mesti dihukum dengan sewajarnya tanpa mengira siapa mereka. Jangan ada pihak yang rela menjadi 'kambing hitam'....
 
Kat bawah ni Mummy ada listkan antara link berkenaan hal ni. Kalau rajin bacalah, kalau nak tau what going on in our country...
 

Imagine klu enjin yang hilang tu diguna balik untuk attack Msia...mintak dijauhkan


Rasanya jet ni tak pernah digunakan lagi pun kan. Klu guna pun untuk latihan je sebab mana kita pernah attack negara luar


Ok gak klu ada jet persendirian cam ni ek....


Isu Enjin Jet F5E Hilang: Apalagi Selepas Ini?
Enjin Jet Hilang: Jeneral TUDM Diarah Bersara
Bagaimana ENJIN JET PEJUANG boleh hilang?
Enjin pesawat pejuang pun boleh hilang?
Enjin Jet Terbang Sendiri?
PM: Tiada niat tutup kes enjin jet TUDM hilang
Kes enjin jet TUDM hilang selesai (apa yg selesai?????)


Comment Mummy Gee - Kalau enjin jet yang besar gedabak beserta rekod penyelenggaraan semua dah dijual ada kemungkinan rahsia pertahanan negara pun turut dijual sama. Apa yang tinggal untuk kita sebagai rakyat biasa? Fikir2 kan la... manusia semakin tamak apa yang boleh dijual semua nak dijual tanpa memikirkan kesannya kepada orang lain.

3 comments:

  1. Ingat lagi x kes mak cik penjual belacan yang d kenakan denda atau penjara sebab jual belacan x cukup kandungan protin???????????Ha tu dia cuba bukak mata buntang2 bila ikan bilis senangnya masuk jaring tp kes enjin jet hilang tutup terus ke ,jerong ke todak yg buat kerja berapa th nk kena penjara,berapa rm nak kena denda ,itu lagi petualang bangsa,penghianat, penderhaka X KAN BUAT2 TAK KESAH KUT X ADIL TU nanti berat kena pikul enjin tu kat akhirat. Ingat2 sikit dosa, dunia dah nak kiamat,taubatla dan mengakulah siapa punya kerja ya!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Rasa macam dah x selamat duduk di M'sia. Yela yg kat imigresen berapa ramai yg kaya raya sebab bg PATI masuk. Kedaulatan negara dah hancur oleh sitamak lahoba. Rakyat M'sia mesti bangkit... tak kes engin jet nak diselessaikan macam kes Altantuya... Siapa menteri pertahanan masa tu... lu fikirla sendiri.

    ReplyDelete