Wednesday, December 16, 2009

morning xtxt

Good moniang (baca 'morning') jangan miang2...(peringatan kepada reader yang gatal miang - klu ada lah...heheh). Hari ni free skit sbb smlm dah siapkan apa2 report yg patut. Kul 10am td baru sampai opis.

Apasal lambat?
Ada sikit hal juga...
hal apa?
Gi shopping la....
ha gi shopping pepagi buta? Gi beli corelle lagi ke? Melampau tul, tgh bulan ni baru 16 Dec, menuju waktu2 kecederaan dan kekeringan sebelum rimau ATM mengaum lagi utk bulan ni ...


Mak aiii boleh tahan gak Mummy 'shopping' tgh2 bulan ni, sampai 4 beg plastik tu. Yg pasti dlm beg2 plastik bukan corelle yer puan2... so apa Mummy beli awal2 pagi ni??? Nak tau? Jom tengokkkkkkkkkkkkkk


Tak baik ngkorang buruk sangka kat Mummy. Tak de nye dah shopping corelle hujung2 tahun masa sekolah nak bukak ni. Mummy gi beli buku2 sekolah le pepagi ni. Yang ni buku2 untuk Daniel, tahun depan dia masuk Darjah 2.


Ni pulak buku2 utk Danish. Danish baru nak masuk darjah satu.


Tengoklah senarai buku2 yang panjang yang nak dibeli. Tu pun ada sebuah buku yg tak beli lagi sebab buku tu x sampai kat koperasi lagi. Untuk 2 org anak Darjah 1 dan Darjah 2 tadi Mummy kena RM 247.20... kalau darjah 5 ke 6 lebih lagi le harga buku2 tu. Kesiannya kat org2 kat kg yang kerja motong, bulan 12 ni kan asyik hujan jer. Harap2 dia org adalah punca rezeki lain utk beli buku anak2.



Sebelum beli buku kat koperasi Mummy amik report card Danny kat bilik guru. Daniel dapat 5A 1B (bukan UPSR tu 5A je ke??? ntah le tp yang B tu utk Bahasa Arab. Percentage 86.5%. Dapat no 17 (bukan 7 yer tapi 17 diulangi 17 ) daripada 42 student dlm kelas dia. Kalau keseluruhan darjah satu sure no 100++. Mak aiii banyaknye no Danny oooiiiiii....Tahun depan masuk kelas 2 Dinamik. Mak aiiiiiiii tu kelas ke 4 tu klu ikut ranking daripada 10 kelas darjah 2. Darjah 2 tahun depan ada hampir 400 students. Average 40 org dlam setiap kelas. Nampak gaya Mummy kena xtrrrrrrrr rajin ler mengajar anak2 buat ulangkaji. Persaingan semakin tinggi. Yang masuk kelas pertama tu percentage semua 95% and above.

14 comments:

  1. heiii kau jangan salah sangka kat orang kg..kau ingat cam orang kg dulu2 ke...harga getah naik ler beb...diaorang lagi senang & mewah dar orang bandar tau..hihihi x caya tanya Abas

    ReplyDelete
  2. yalah walau harga getah sekilo RM100 pun klu hari2 hujan camana cik kak oiiiiiiiiii... nak letak payung ke kat pokok tu...hihihi

    ReplyDelete
  3. saperlarr tak sayang anakk kannns.. ehehe

    ReplyDelete
  4. Kalau kesian orang kg ari ujan bantu jangan cuma kesian di mulut je oh ya....ya cakap2 kesian dgn org kpg sbb x dpt motong apa hal dgn org bandar yg gaji kecil tp saingannya hebat2 belaka.

    ReplyDelete
  5. Ko cakap Danny darjah 2 ranking kelas ke 4... risau aku siHarith. Hari Jumaat 18/12 dia ada ujian untuk tentukan kelas agama... dia tu pemalu... nanti jawapan yg senang pun x dpt jwb. Minggu dpnnya ujian diagnostik sekolah kebangsaan pulak. Mak bapak pulak yang risau anak dpt kelas hujung...

    ReplyDelete
  6. Apa lak risaunya Yin mak bapak bukan calang2 cikgu anak mesti datuk atau nenek cikgu,kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi hihihi...........

    ReplyDelete
  7. ZAMAN ini zaman ..."No money no talk, no talk no money" Wang bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan Wang.
    (Ni mukadimah USAHAWAN sykt jualan langsung).

    Bayar jangan tak bayar, sebagai Guru Kelas saya biasa menerima pelbagai pengalaman. Ada ibu bapa yang bayar hutang buku ni sampai hujung tahun, esok nak cuti, hari ni baru terhegeh-hegeh nak bayar. Bukankah menyusahkan cikgu macam saya ni. Kadang2 tertunggak hingga tahun depannya. Siap bagi surat dua tiga kali. Tapi yang pelik SPOTRIM kereta berkilat!

    ReplyDelete
  8. Masalahnya mak bapak yg kalau boleh semuanya nak free... nak diskaun. Dulu mak bapak lbh susah tp jarang dgr masalah. Sekarang ni... spbt semua dpt, yuran sekolah free, yuran periksa free, uniform pun boleh dpt free, unifom pasukan beruniform pun boleh dpt free,nasib2 bantuan makanan pun boleh dpt, biasiswa lagi. Habis kalau semua free apa tanggungjawab sebagai ibu bapa... just produce a baby. Hp 3G, spotrim tiap tahun tukar, beli PSP/PS3, makan KFC/MD/MB dsb... geram aku tengok parent yg tak bertanggungjawab. Kalau betul2 tak mampu ok la... tapi tiap tahun tambah anak... alasan anak ada rezeki masing2 tapi kalau ibu bapa tak cari mcm mana.?

    ReplyDelete
  9. panas 3x ,kalau bahas bab perbelanjaan skolah ni, yang ada duit pun mengeluh apa lagi yang duit gajinya ciput aja. nak tak nak demi masa depan anak2 kena le usahakan. yang bab tambah anak tu CIK YIN sensitif, ya la musim2 ujan ujung taun nak motong gotah tak leh,abis xtvt apa lagi nak buat.xtvt yang yang relax dan santai aja le dlm rumah. tu yang dpt hasil setiap tahun. KAH KAH KAH......

    ReplyDelete
  10. diam semua ... cikgu besar dah on speaker...hehehe... aku rasa selalunya yang pot pet po pet pasal yuran sekolah dll tu bukan parents yang miskin atau betul2 susah tapi golongan pertengahan dan berkemampuan. Tengoklah kat tv bila interview pasal kenaikan yuran dll, parent yg mengeluh tu gelang kat tangan ngalahkan mummy jarum... tak caya tunggu bila sekolah bukak nanti sure ada ada cerita pasal yuran skolah...

    ReplyDelete
  11. hey...........hey........betul tu kata mummy gee yg selalu pot pet2 pasal yuran skolah dll tu org berkemampuan walaupun x kaya sangat cuba tengok bumbung rumah dia ada tiang astro x?

    ReplyDelete
  12. OO perbahasan bertajuk Parents Kaya VS Parents Susah ya...

    Pd pendapat MM, mmg la kelihatannya mungkin spt org kaya dan berkemampuan saja yg lebih suka potpet psl harga yuran sbb golongan ini ada confident level yg tinggi utk bersuara sementara golongan susah mungkin mereka tak berani, terhalang oleh perasaan inferiority complex dlm diri mereka dan bersikap redha atas apa jua.. ataupun golongan miskin ini mungkin anak2 mereka diberi bantuan biasiswa.. so, dah dpt biasasiwa.. tak kan nk potpet pulak kan.. MM rs sbb tu kot.. :)

    ReplyDelete
  13. ok...saya sebagai pihak pencadang...mencadangkan isu ini ditutup...nanti 4/1/10 pegi bank check dividen ASB dapat banyak mana...hah lepas tu keluarkanlah...kan banyak dapat tahun ni 8.55%,,hah mula2 bayar yuran anak dulu..pas tu baru ler pikir nak beli corelle ke..gelang mami jarum ker....tambah piring astro ker...hihihihi

    ReplyDelete
  14. aeee... bahas lum abis lagi, lagi sikit. mmg le orang BERWANG ni kadang2 bersikap cam BERUANG.. lagi banyak wang lagi menambah utang sampaikan yuran n buku2 sklh pun kalau boleh sume nak free.boleh tak nasihatkan orang2 yang dari spesis cam ni....

    ReplyDelete