Monday, December 7, 2009

balik kg ... best tapi kiciwa

6/10/2009 (Ahad) - Mummy nak sambung cerita pasal balik kampung PS baru2 ni, hari tu tak sempat habis cerita, almaklumlah busy jadi bibik.
Pagi2 kita orang dah bangun (emm tak der lah pagi mana pun, masa tu org sembahyang subuh kat surau pun dah balik hehehe). Anak2 semua masih zzzzzzz kecuali dua Angah (Danish & Hafis) yang tengah main games. Malam tadi dah plan ngan Som (bukan Mat Som Sodono tau, ni Kalsom kakak Mummy) utk gi cari kuih utk breakfast, kena pegi awal sebab nanti kuih2 habis dan klu anak2 dah bangun susah kita org nak pegi semua nak mengekor.

Sementara tunggu si Som, Mummy snap2 gambar dulu le... suasana pagi kat kampung memang best, ngan angin yang agak sejuk dan matahari yang nak naik memang best.

Kiri - Ada dua keta jer, klu raya tu penuh cam parking lot le pulak
Kanan - Mummy suka gambar ni, cantik...( puji sendiri lah dah ngkorang tak nak puji)

Kiri - Pelita masa raya masih elok jer tersusun atas para tu. Agak2 sempat sampia raya tahun depan yek ek!
Kanan - Kebun kelapa sawit seberang rumah yang dah ditebang, ntah tau ler tuan dia nak buat apa, tanam semula ke apa.

Kita orang plan nak cari kuih kat Pt Tegak dulu dan balik baru singgah kedai Abas. Alamak sampai kat kedai selalu Mummy beli kuih tu, kita org tengok tak der orang berniaga pun. Eh mana org jual kuih ni, tak kan kul 7.15am dah habis semua jualan. Ahhh ni sure dia tak berniaga hari ni. Frust betul le, tak dapat nak makan kuih kasui yang tersangatlah sedapnya. Kira kuih2 yg dia jual ni memang semua sedap2 tapi favourit Mummy kuih kasui dia lah. Dah kedai tu tutup Mummy lajak ke kedai depan dia sikit. Nak beli roti canai ke nasi lemak le.

Kiri - Pondok tempat Mummy selalu beli kuih yang sedap2 kat Pt Tegak
Kanan - Kat kedai ni lah Mummy beli roti canai dan soto.

Kiri - Roti canai 10, cepat sikit ye bang!
Kanan - Sementara tunggu roti canai siap snap2 sikit, ni pokok teratai kat dlm parit. Tapi tak ada bunga pun.Wife bro yang tengah tebar roti canai kata org jual kuih tu cuti dua hari sebab jiran dia buat kenduri kahwin. Alah kenapa lah time ni jiran dia buat kenduri kahwin yer, kempunan la Mummy nak makan kuih kasui sedap. Dari Simpang Tiga tu kami lajak ke PS nak g beli kuih2, takut lah pulak nanti kat Kedai Abas habis pulak kuih2

Kiri - Nak cepat ambik sendiri dik yer. Murah2 jer singgit 5 keping.
Kanan -Som tengah memilih kuih.

Masa nak balik ke rumah dari PS singgah kejap kat kedai Abas. Alamak aku kiciwa untuk kali kedua. Kuih pau kelapa yang sedap hari ni tak ada. Assistant Abas kata (masa tu Abas tengah sibuk goreng ayam kat dapor) org yang buat kuih tu tak hantar kuih sebab ada kenduri kahwin gak. Apalah nasib badan...ni betul2 tak de rezeki namanya. So cuma ada karipap je kat kedai Abas. Emm nasib baik dah beli kuih2 kat PS tadi, klu tak mau kena patah balik ke PS...heheh...nasib baik tak jadi cam lebai malang


Kiri - Tengok2 kuih2 yang kira org beli lepat ubi RM1, bom pisng RM 2, kasui RM1, koci RM 1, pulut panggang RM1, abuk2 RM1 dan karipap RM1.50. Soto RM4 (2 bungkus) - tak sempat amik gambar le pulak
Kanan - Walau dah banyak kuih2 dan roti canai utk Daddy tersayang (hihihi...) Mummy tetap gorengkan nasi. Nasi goreng udang sepcial tu!

Lepas breakfast ala kadar tu (ala kadar!!!) dan mandi (pst... masa gi beli kuih kat Simpang Tiga, PS dan kedai Abas tu tak mandi lagi tau..hehehe...nasaib baik org tu bagi beli kuih kan...) Mummy & Som pergi ziarah kubur emak dan abah. Dafiy Mummy tinggalkan dengan Daddy kat rumah. Yang ikut si Danny, Ijat, Aliya dan Dania. Yang lain tak nak ikut sebab sibuk main games. Ang Elam (hubby Som) gi rewang rumah orang kahwin (kira jadi wakil keluarga Arwah Hj Omar ler).
Selain dari nak ziarah pusara emak dan abah, saja je kami nak meronda dan tengok2 rumah2 kat Kg Pt Sentang Batu ni. Dulu2 kan kita orang sekolah rendah kat kg ni.

Tempat bersemadinya emah dan abah. Kubur pun berdekatan je kan.

Kiri - Pokok nangka yang lebat berbuah diperkarangan masjid @ kubur.
Kanan - Bahagia belakang masjid, ni bangunan lama, bahagian depan masjid dah dibuat baru.

Dari pusara emak abah kami plan nak gi beli kerepek2 kat Parit Lapis Laman (Mummy tak pernah pegi pun, ni first time nak gi la..). Masa ni drive lambat2 jer sebab nak mengingakti rumah2 yang ada kat kg ni. Ada rumah2 yg Mummy ingat lagi dan ada yang tak tau langsung rumah sapa. Ya lah dah banyak rumah2 kayu lama kat kg Pt Sentang ni bertukar jadi banglo or semi banglo.

Kiri - Milik siapaka kah banglo ini. 'Garden wedding' ni...
Kanan - Pucuk paku sepanjang jalan tu muda2 betul. Rasa manam nak berhenti dan kutip jer.

Kiri - Jalan masuk ke Parit Lapis Laman
Kanan - Sign ke kilang kerepek
Nota : Kualiti gambar amat tidak memuaskan, ntah ap2 lah si Som ni amik gambar! Bergoyang lak tu. Hampeh!

Kiri - Pintu masuk ke kilang @ kedai yang boleh tahan luasnya
Kanan - Mummy buat lawatan sambil belajar ke bahagian packaging, tu kerepek ubi pedas ready utk dipack. Kat kilang ni dia cuma buat segala kerepek2 yang berasaskan ubi jer. Yang pisang, keladi dan lain2 kerepek tu ambik dari tempat lain. Kira jadi tempat pengumpulan la.

Berjenis2 kerepek. Kira naik juling gak le biji mata. Memang diet dah hancus le... buat masa ni...hehhe

Kiri - Anak dara Mummy si Dania dan anak daya Som si Aliya
Kanan -Ni hero kecik Mummy si Danny la

Apa yang Mummy beli??? (Lupa la nak snap gambar). Mummy beli kerepek tanduk, kerepek keladi sarawak, kerepek ubi pedas, kuih kapit, bahulu dan mee siput pedas (rugi beli bungkus kecik, sedap rupanya...mee siput tu digoreng pas ti disira cam ubi kayu pedas). Kak Lah pun ada kirim kerepek2 gak.

Balik dari rumah aktiviti lepak2 jer lah. Hari ni malas nak masak tengahari sebab nak gi kenduri kahwin kan. So Mummy buat lawatan tak rasmi ke keliling rumah ler. Petang semalam tak habis melawat lagi kan sebab dah malam.

Kiri - Kawasan air bertakung akibat hujan lebat sebelum ni. Cam banjir sikit la kat tepi2 rumah
Kanan - Ni bukan padi yang tunggu masa nak dituai ye, tapi rumput yang dah diracun tapi tak mati sebab mengikut org yang meracun hujan turun dengan lepat selepas rumput2 ni diracun... panjang umur kan rumput ni dah diracun pun tak mati

Kiri - Pokok ubi yang sentiasa subur
Kanan - Ha Mummy siap dah kutip pucuk ubi ni, nanti balik KL boleh masak lemak pucuk ubi ngan buat sambal belacan dan goreng ikan masin. Bagi dua ngan Som ni...batang ubi tu Mummy nak tanam kat belakang rumah pulak. So lagi 2-3 bulan Mummy merasa la pucuk ubi sendiri tanam,

Pokok kelapa yang lebat berbuah. Sedapnye air kelapa muda ni. Masa suntuk so tak sempat pun suruh Daddy petik kelapa ni.


Kiri - Ni bukan batu nisan atau batu bersurat yer. Ni batu alas tiang rumah.

Kanan - Dulu2 abah tadah air hujan dalam tempayan besar ni untuk masak. Kalau dekat dan ringan mau Mummy angkut tempayan antik ni balik ke KL. Boleh jadi hiasan landskap ni!

Ni lah 'penjaga' rumah pusaka emak abah, si Fasha (lupalah camana kita orang boleh panggil kucing niFasha Sendat). Asyik lah beranak si Fasha. Kali ni dua ekor. Tu menyusukan anak dia dalam almari antik.

Bahan bukti yang Mummy pergi ke kenduri kahwin rumah jiran Mummy kat kampung.

Ni jer n3 balik kg kali ni, ops lupa pulak, masyarakat kampung berkurangan sorang. Cik Basiran (bekas Ketu Kampung Batu 21) dah meninggal dunia 2-3 bulan yang lepas. Kebetulan masa Mummy g beli kuih kat PS tu Mummy jumpa anak dia si Sikin. Allahyarham meninggal di rumah Linda (adik Sikin) kat Shah Alam dan dikebumikan di USJ. Selain dari Cik Basiran orang kampung Pt Sentang Batu yang Mummy kenal pun ada yang meninggal sorang. Emak kepada Normah Sohod (best friend Mama Miraki masa sekolah rendah), meninggal dunia kerana dilanggar trailer di Batu 22 waktu suboh. Dengarnya kepala dan badan berkecai sehinga terpakasa dikutip satu persatu. Mummy tak lupa nama makcik ni. Semoga Allahyarham dan Allahyarhamad dimasukkan ke dalam golongan orang2 yang beriman. Amin.

Sekian laporan Mummy Gee untuk tv gee7001.blogspot.com... 1 2 3 4 lepas 4, 5 la (baca pantun ikut style Karam Sing Walia tua!!)

9 comments:

  1. Assalamualaikum! Apa pulak KICIWA? Tengok meriah betul atur cara balik kampung ni. Macam2 aktiviti yang dibuat. Mengalahkan lawatan Dato Noraini ke kampung2 di Pt Sulong.

    ReplyDelete
  2. GEE.penerangan dari mama ni
    1. pasha sendat tu, mama ler yang bagi nama sebab masa tu dia tengah top...kalau sekarang ni rasanya mama bagi dia nama...Nur Amina ke Adam ker ( cam citer Nur Kasih)
    2. Normah Sohod...( ni kawan baik mama ni..kat mana erk. dia sekarang ni....)
    3. Sebab mama tak balik kg..tu sebab Abas x buat kuih pau dan kedai kuih pt tegak pun tutup tu...
    4.KErepek untuk aku x ada ker

    ReplyDelete
  3. MSOM - kiciwa sebab tak dapat makan kasui sedap pt tegak dan pau klapa kedai abas.
    Miraki - si Normah Sohod tu duduk Taman Jaya (ye lah rasanya). Mee siput gee beli utk kau. Ole2 Lkawi pun tak sempat nak htr

    ReplyDelete
  4. nanti mee siput + ole2 langkawi..bagi sekali ngan ole2 penang kot gee...hihih,,heiii hari apa kita nak gi ni gee...

    ReplyDelete
  5. miraki - klu ada hotel lg kita g je la jumaat tu.. try call hotel yg knoor book tu

    ReplyDelete
  6. 'rumah terbakar nampak asap, hati terbakar siapa yg tahu kaans'.. ehehe, ikut stail karam singh walia..

    ReplyDelete
  7. Balik2 ole2 tu pusing2 sekitar lembah kelang je kau x ingat ke yang sorang kakak kau menetap d Pelabohan Kelang campak2 la kesini sikit

    ReplyDelete
  8. aduh tak sabar nak makan krepek kladi, petang ni le baru dapat.coklat dr lngkawi tak tau le kalau dah bertukar rasa, dah kuar masuk peti ais.tapi yang penting dapat coklat.

    ReplyDelete
  9. en_me = muka bedah banyak jerawat, terima kasih kerana melawat

    anonymous (k.mah) = utk makluman zon agihan ole2 terhad kawasan KL sahaja heheh...Port Klang tu diluar kawasan perkhidmatan

    anonymous (k.lah) = untuk makluman choc tu dah bertukar color...hihi dah jd putih kut, bentuk hershey dan toblerone dari 3 segi dah jadi bersegi2...hihiih

    ReplyDelete