Wednesday, December 23, 2009

Kena Tag dengan MM

Kita tengok sapa yang kenaaaaaaaaaaaaaa. Mummy dah kena tag ngan Miss Mirror. So Mummy layan jer la...... sapa sudi tag la diri sendiri yer... hahaha

===========================================

1.Adakah anda rasa anda HOT?
- Kekadang bukan jer rasa HOT tapi VOGUE gak
- Klu anak2 x dngr kata mmg ler HOT
- Klu mkn sup mest masa HOT, klu blh betul2 baru angkat dr periuk


2.Upload gambar yang anda suka.



3.Cerita pasal gambar

 Tu rumah pusaka peninggalan emak dan abah Mummy. Kalau rindu kat kampung, Mummy tengok la gambar ni. Terlalu banyak kenangan kat rumah ni. Gambar ni masa raya tahun ni. Tu yg cam meriah, siap pasang langsir lagi kat pondok kecik tu...

Tak tau kenapa lepas no 3 terus no 7, kena tanya Miss Mirror

7.Selain nama sendiri,apa panggilan yang orang guna untuk panggil anda?

Poji & Uji (nama masa kecik2 tak tau bila dah besar boleh tukar jadi Gee la pulak... nak glamour sikit kut...hahahah).
Fozi - nama ni abah jer sorang yang guna
Kodi - rasanya dulu atuk panggi Mummy 'Kodi'
Ogy - digunakan oleh one of my x-officemate, kat FB pun dia panggil Mummy guna nama ni lagi
Kerempeng - digunakan oleh Kak R** member tempat kerja lama Mummy


8.Tag lagi 6 orang...

 Mummy tag kawan masa main pondok2 dulu lah yer ....
  • Aaron Aziz
  • Dr Sheikh Muzaffar
  • Brad Pitt
  • David Backem
  • Upin & Ipin
  • Semua reader blog Mummy yang berani sambut tag ni
wa semuanya hero2 pujaan ni, harus daddy jeles nanti....hahahah
9.Siapakah gerangan no 1 pada anda?

Sudah gaharu cendana pula... malu lah nak jawab.... dia ni peminat Mummy la... eh silap Mummy peminat dia... Suka tengok dia berlakun 'Kasih Tercipta' ngan Nasha Aziz dan Erra Fauziah Fazira


10.Kata sesuatu mengenai orang no 5..

Member kamcing anak2 Mummy


11.No 3 ada hubungan apa dengan anda?

 Dia ni anak saudara sepupu makcik Mummy belah atuk lelaki sebelah abah. Cam tu lah hubung kait kita org. Klu nak paham korang kena draw family tree la... hihihi



12.Bagaimana pula dengan no 4?

 Dia ni patutnya tak payah penat2 main bola la. Berlakon er sudah la


13.Pesanan kepada orang no 6..

 Ada berani??? Klu berani jawap lah tag ni

14.Kelebihan pada no 2?

Handsome, kacak, macho, ganteng dan yang sewaktu dengannya.

1 comment:

  1. hahahaha... t.kasih Mummy.. and tahniah! sbb Mummy Champion ~ jd first reader blog MM yg menjwb soalan2 tu.

    kenapa dr no. 3 tetiba terus ke no. 7.. entah la.. masalah teknikal kot sbb td just copy paste dr blog Cikgu Amira yg tag MM tu.

    Anyway.. Thanks sekali lagi.

    ReplyDelete