Thursday, December 31, 2009

Last day 2009

31/12/2009 (Khamis) - Hari ni Mummy cuti urusan sekolah anak2. Danish daftar masuk darjah 1. Awal lagi dia dah bersiap. Pukul 7.30am dah ajak Mummy dan Daddy pegi sekolah. Mak aii sekolah tu 2 minit jer dari rumah buat apa ler nak g awal2 Danish oooii. Registration start 8.30 am.

 
Ready nak gi sekolah ... dah pakai tie nampak handsomlah pulak anak Mummy ni yer...hihihi

 
Posing2 dulu ngan Mummy & Daddy sebelum g sekolah

 
Semua nak ikut hantar Danish gi sekolah...

 
Kiri - Sampai sekolah check dulu dia masuk kelas mana. Ha nampak tu nama dia...ADAM DANISH...dalam kelas 1 IKHLAS. Kedudukan darjah satu ni bercampur-aduk tak ikut ranking lagi. Dalam masa dua minggu cikgu akan buat accessment baru la cikgu akan rearrange class. Add 11 kelas utk darjah 1. Dan ada 48 student dalam waiting list. Sekolah tunggu kebenaran utk tambah another class. Average satu class ada 40 org. So ada hampir 450 student darjah 1.
Kanan - Parents hantar card kesihatan, gambar , bayran utk name tag dll. Yuran belum boleh bayar sebab belum dapat kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri.

 
Danish dalam kelas...

Lepas register, Mummy dan Daddy balik dulu dan tinggalkan Danish kat sekolah. Taklimat pukul 11am. So Mummy pergi sekolah agama bayar yuran. Dari sekolah agama pegi lak bayar yuran dan beli uniform utk Dania kat SmartReader. Dah last minute baru g beli saiz baju pun almost habis. Dari SmartReader balik rumah dulu kejap hantar Daddy sebab Daddy ada meeting kul 11. Nasib baik uniform Dania tu muat cuma besar sikit jer. Tapi kasut dia tak muatlah pulak, aduhhhh satu kerja nak tukar lagi. Kul 11am pegi semula sekolah utk dengar taklimat. Masa tu tak start lagi pun.

 
Kiri - Keadaan dalam kelas
Kanan - Taklimat. Masa ni pukul 11.15am tapi tersangatlah panasnya, ruangan foyer pun tak muat nak menampung jumlah ibubapa. Mummy duduk kat anak tangga jer dengar taklimat ni.

Habis taklimat, Mummy gi SmartReader semuala utk tukar kasiu Dania...aduh penat betul...urusan selesai dan samai rumah smula kul 2.15... lepas makan dan solat...zzzzzzzzzzzz kejap

No comments:

Post a Comment