Sunday, December 27, 2009

Penang Trip - Part I

25/12/2009 (Jumaat) - Yeyey, hari ni cuti lagi...long weekend lagi. Hari ni Mummy dan adik beradik yang lain akan ke Penang utk majlis resepsi anak saudara Mummy si Arif . Majlis akad nikah dan bersanding esok tapi pagi ni Mummy dah bertolak.

Kak Long & Family dan Yin dah sampai ke KL malam tadi. Dia org lepak rumah Datuk T & Datin S. So dia org nanti konvoi le. K.Lah pulak semalam lagi dah pegi ke Penang, excited betul la dia org ni...hahha...Mummy dan Mama Mirak janji nak konvoi dan jumpa kat mana R&R nanti. Kak Mah & family dan Mek & family tak dapat join. Bestnye dapat berjumpa dan berkumpul ngan adik beradik lagi....


Okey semua dah siap...jom kita mulakan perjalanan ...Bismillah....



Hentian pertama (Hentian Sebelah Behrang)... kalau jalan jauh bawak anak2 cam ni lah, bersilih ganti nak kencing lah nak itulah...tak taulah sebelum sampai ke destinasi berapa perhentian kami stop. Tunggu Mama Miraki kat sini api dia jauh lagi so kita org jalan dulu.


Start daripada Behrang keta kat hway dah banyak. Sekejap2 cam tak gerak la pulak. Cam ni kalu pukul berapa nak sampai ek...



Hentian ke-2, R&R Tapah. Sementara tunggu Ika, Iki & Amir (anak2 MMiraki) sempat anak main kat playground dulu.



Cam biasa makanan memang agenda utama fmaily Mummy kan, so Mummy ngan MMiraki siap bawak bekal lagi. Pengalaman lepas2 kalu long weekend ni nak berhenti makan kat mana R&R memang bercinta la, dah le orang ramai makanan pun kekadang ntah apa2 rasa...(hihih....camlah kita org masak sedap sangat). Mummy bawak nasi putih, ayam masak kicap, sampal ikan bilis dan nugget. MMiraki bawak nasi putih, awam sambal & meehoon goreng. Air jer kami beli kat R&R (nak jimat lah ...hahahah)


Cam biasalah, bila MMiraki dah ada xtvt snap2 memang aktif. Tension dia tgh makan Mummy suruh dia snap gambar Mummy ngan Daddy...


Lepas dia ambik gambar Mummy sure Mummy kena ambik gambar dia pulak. Tengok tu puny berselera makan laki bini.


Teruskan lagi perjalanan, lepas daripada Ipoj kereta semakin banyak. Ni nak lalu dalam tunnel pun bersusun kereta. Anak2 memang suka kalau lalu dalam terowong ni, selalu dia org cakap kenapa la pendek sangat terowong ni...sabar jer la...


Kanan - Nasib baik tak banyak keta kat Penang Bridge. So perjalanan lancar je la...
Kanan - Pulau Jerjak nampak jelas dari Penang Bridge. Sekarang ni dah ada resort kat situ, dulu jadi tempat tahanan ISA je.



Kiri - Tengok dari daun pokok klapa tu cam angin tiup kencang jer kan...
Kanan - Ha sapa kata kat KL jer ada twin tower! Kat Penang pun ada twin tower gak cuma tak setinggi KLCC jer


Alhamdulillah akhirnya pukul 3.00pm Mummy & family selamat sampai ke hotel. Masa Mummy sampai Kak Long, Kak Nor, Yin, Kak Lah dan Som ngan family masing2 semua dah sampai. Long weekend ni most of the hotels memang dah fully booked. So terpaksa ambik bilik2 jer sebab tak dapat nak ambik apartment. Kami ambik 9 bilik dan satu apartment. Mummy duduk bilik 107 connected room dengan Mama Miraki (106) dan Som 108. Yin 110 dan KLong 111. Datuk T dan Datin S  & anak2 dan Klah dapat kat tkt 3, bercinta dia org turun naik tangga...hahahah

 
Kiri - Sampai je sang pria terus layan hp masing almaklumlah aa WIFI kat hotel tu...Kanan - Sampai2 jer anak2 tak de tempat lain yg dituju, swimming pool. Belum tukar baju renang lagi dah rendam2 kaki kat kolam

(masa ni si isteri tengah sibuk angkat beg2 masuk bilik yer...ni kira penderaan ke tak ek!!! hahaha),


Si kenit Dafiy & Amir pun merengek2 gaknak terjun kolam gak...tengoklah muka masing2 tu happy je

No comments:

Post a Comment