Sunday, December 6, 2009

Balik kg PS

5/12/2009 (Sabtu) - Balik dari graduation Danish we all g lunch kat Restoran Anje makan briani gam. Briani gam kat sini memang mantap, cam ni baru la boleh claim briani gam batu pahat @ johor ni kekadang tu ada kedai guna jer nama briani gam batu pahat tapi rasa ntah2 apa ntah, kekadang rasa cam nasi minyak biasa or nasi ayam...hehehe... Mummy klau buat jamuan memang selalu order kat Restoran Anje ni, kira regular customer sejak 5 thn yg lepas ler.


Restoran Anje kat Sek 15 BBBangi. Apa kami makan? Daddy makan briani ayam, Danny briani ayam kampung, dania briani daging dan mummy briani ayam. Nak makan briani ni ken atunggu perut betul2 lapar, klu tak sure tak habis sebab nasi dia banyak!

Lepas makan terus balik rumah. Mummy memang macam lipas kudung, jemur kain baju yg tak habis sidai dan nak berkemas kain baju bawak balik ke kg lg. Si Dafiy biasalah walaupun Daddy ada asyik mengejar ke Mummy jer, dipeluknye kaki kita sampai tak boleh gerak. Selagi Mummy tak dokong dia selagi tu dia tak lepaskan kaki Mummy. So terpaksa layang dia pulak Kul 2 Mummy dah siap semua barang2 yg nak bawak balik kg. Mummy tak sempat pun nak masak apa, so bawak jer apa2 buat budak2 makan kat kg nnt. Kul 3 kami gerak ke PS. Mummy drive dan Daddy pegang Dafiy duduk ops bukan duduk tapi tidur kat belakang (siap berbantal dan berselimut lagi...jeles betul). Hway banyak kereta tapi tak de la sampai jam. Baru jer gerak si Som call kata dia baru keluar Tol Sedenak (Mummy tipu dia kata dah sampai Seremban...hehehhe). Kira oklah tu nanti sampai lebih kurang masa yang sama (tapi harap2 dia sampai ler dulu...hehehe). Sepanjang jalan semua zzzzzzzzzzz so Mummy tak de singgah mana2 kecuali isi Minyak kat R&R Seremban.

Mummy exit tol Tangkak sebab nak g beli murtabak spore. Sejak ada 2nd bridge ni Mummy kerap exit tol Tangkak, klu tak kerap exit tol Pagoh. Lepas daripada Sg Mati tu Mummy ada ternampak sign board nasi ambeng. Ni dah kira cantik ni, disebabkan Mummy tak sempat masak so bawak balik mertabak spore nagan nasi ambeng jer la. Tapi tak tau ler pulak kedai dia belah mana. Nak toleh2 masa drive bahaya pulak.

Semua tersedar masa Mummy dah park kat depan restoran murtabak spore tu. Masa Mummy sampai ramai gak pelanggan yang tengah makan. Cam biasa ler layanan memang ditahap yang tak memuaskan tapi nak buat camana, dah murtabak dia sedap buat dah jer la. Lama gak Mummy tunggu ada 20 minit kut. Hairan lak Mummy sebab dah banyak murtabak yang dibuat dan dibungkus tapi disimpan dalam kotal polisterian pulak. Ada orang dah order kut.

Mummy beli 3 murtabak saiz besar. Masa nak bayar makcik tu siap bagi business card lagi. Pas tu dia sound lain kali kalau nak beli telefon dulu sejam lebih awal, sebab kalau tak memang kena menunggu....perhhh sejam awal tu...pizaa hut pun tak cam tu...oh ya sekarang dia dah buat delivery services ke Muar area, dah maju setapak lagi tu...


Kiri - Murtabak yang dah nak siap, tengok tu dah ditabur ngan daging pun....
Kanan - Berapa hargamurtabak dia? Hah tengok la tanda harga tu. Special RM 13, Besar (RM10) dan Kecil (RM6). Memang cam mahal sikit le harga dia, tapi apa nak buat, ada rupa ada harga la!!!

Bangun tido dia orang lapar so ngam dulu ler murtabak tu. Masa nak chow dari restoran murtabak spore tu ternampak lah pulak restoran yang jual nasi ambeng tu, selang 3-4 kedai jer dari restoran murtabak sport tu. So Mummy singgah beli nasi ambeng la pulak. Masa tu tinggal sebungkus la pulak. So kena lah tunggu gak. Mummy beli 4 bungkur. Sebungkus RM2.50, bungkusan dia ala2 nasi lemak ler saiz dia.



Kiri - Har tu dia Nasi Ambang 500 M (rasanya 1KM lebih restoran tu dari signboard yg dia letak)
Kanan - Nilah kedai yang jual nasi ambeng tu , RM2.80 sebungkus.

Mummy sampai kg dalam pukul 6pm, masa tu family Som dah sampai dalam setengah jam (dah sempatlah Abg Enal mop lantai rumah.....heheheh selamat Mummy). Masa Mummy sampai si Som tengah operasi masak dan buat air kat dapor. Ya lah rumah tinggal semua terpaksa sediakan sendiri lah.


Abg Enal sempat lagi sapu daun2 kering dah bakar. Anak2 memang suka lah. Tengok tu si Danish Mummy suruh mandi dia berlari ke belakang tengok orang bakar sampah dulu.
Mummy biasalah dalam sibuk2 dokong Dafiy sempat lagi buat lawatan ke keliling rumah dan snap apa yang patut. Tengoklah apa ada kat rumah kita sekarang.



Kiri - Yang ni mesti ngkorang jeles kat Mummy ngan Som. Jambu bol kat tepi bilik air tu tengah masak berbuah. Besar2 buah dia. Pokok di atinggi so Mummy jolok ngan galah ler.
Kanan - Jambu madu pun berbuah gak, tapi yang ni Mummy tak petik pun sebab buah dia selalu berulat.

Kiri - Pokok2 pisang yang dah tak terjaga. Pelepah2 yang kering terbiar jer.
Kanan - Nangka 3 biji kat pokok belakang. Yang besar tu 3-4 minggu lagi masak kut.


Kiri - Pokok pisang berangan yang hampir menyembah bumi. Dah boleh tebang ni.
Kanan - Setandan pisang abu yang dah masak atas pokok. Sebahagiannye dah kena makan ngan cik tupai.


Nilah rupa nasi ambeng yg Mummy beli, makan sebungkus memang kenyang. Lauk dia ada ayam goreng (patut ayam kicap ni baru ngam), serunding kelapa, ikan masin bulu ayam, mee dan sambal goreng. Kira boleh tahan ler, Mummy bagi 3.5 bintang. Kalau ayam tu dia masak kicap Mummy bai dia 4.5 bintang.

Jagung yang Som beli kat PS. Dah susah nak dapat jagung rebus yang cam dulu2. Sekarang ni semua jagung manis. Dapat jagung yg cam dulu2 (Mummy panggil jagung ayam) mesti sedap.


Gambar ni Mummy ambik masa dah nak masuk maghrib. Rasa cam suram jer kan suasana dia.


Gambar ni Mummy ambik masa sembang2 ngan Som kat tangga depan. Sorry ler gambar blur. Guna camera hp yg cuma 3.2 pixel jer.

Menu makan malam nasi putih, masak lemak cili api ayam, sambal udang, ikan masin sepat (semua tu Som bawak), murtabak spore dan nasi ambeng. Kira ok lah tu menu kat rumah tinggal, makan jer la apa yang ada.



Budak2 malm tu sibuk main PS2. Anak si Som bawak balik PS2. Taktaulah sampai pukul berapa dia orang main dan tidor. Suasana malam kat kampung kali ni Mummy rasa tersangatlah sejuknya. Memang tahap menggigil, nasib baik ler Mummy bawak conforter dan selimut 3 helai. Tu pun tak cukup tebal Mummy rasa. Sejuk2 pun kami pasang kipas gak sebab nak halau nyamuk. Mummy terjag akul 3am sebab Dafiy nak menyusu. Dan masa tu memang sejuk yg amat sangat, so Mummy suruh Daddy tutup kipas je. Cam ni tak payah nak gi Cameron Highland la, kat kampung pun dah sejuk tak tahan.

8 comments:

  1. nasi ambang aku tak terliur sangat, tapi tang jambu bol tu yang terasa2 keharumannya. harap2 ada le orang antar rumah bagi aku rasa jambu bol, taak gitu mummy gee????....

    ReplyDelete
  2. aku pun bermimipi nak makan jambu bol ni.....sedapppppnya.....mana nak beli erk kat KL ni...nitahap mengidam ke apa ni..hihihi

    ReplyDelete
  3. Aku tak kira... balik dari PD ingat nak singgah rumah kampung kejab ambil jambu bol... itu pun kalau keluar awal... kalau malas terus balik Kulai coz dah 11 hari tinggalkan rumah Kulai.

    ReplyDelete
  4. hihi...nasib lah ngkorang, saja aku letak gambar bagi ngkorang jeles...haahah

    ReplyDelete
  5. Yin, selain dari jambu bol ngko boleh tebang pisang dan amik kelapa muda. Banyak kelapa mudah rendah2 ygki boleh ambik. Boleh buat jeli kelapa.

    ReplyDelete
  6. Klu aku jadi kau yin singgah kpg ,alang2 dah TAWAF biar 7 keliling kalau x x sah, rumah tu x lari punya. Th depan giliran aku pulak bila aku dah dapat 2nd driver Tawaf n Saei sekali aku buat jangan jelous......

    ReplyDelete
  7. Sedapnya jambu BOL tu.........! Ada lagi ker yg makan daunnya?

    ReplyDelete