Sunday, December 13, 2009

dah balik

13/12/1009 (Ahad) - Mummy dah balik dr kg Daddy petang tadi. Sampai Bangi dalam pukul 2:30pm. Lepas tolong bibik kemas2 barang Mummy zzzzzzzzz kejap. Baru sekarang ni terasa letih dan mengantuknya. Kalaulah esok cutiiiiiiiiiiii...tapi tak leh cuti esok ada meeting kat UiTM kul 10am. Ni tengah buat kerja kejap sambil mata dah semakin kecik. Mmg tak sempat nak mengupdate blog. Petang esok le.

Petang tadi Mummy sempat buat lawatan ke 'mini kebun' kat belakang rumah. Mak aiiiii kenapa pokok2 Mummy layu2 belaka. Sembang ngan jiran sebelah dia kata dua hari ni Memang tak ada hujan, so pokok2 Mummy tu kira kehausan la...kesianya pokok2 tu......

Pas tu sempat transform rendang yang bwak dari kampung menjadi serunding daging yang amat enak sekali. Selepas proses pengubahsuaian dilakukan, tambah cili + rempa ratus + kerisik ....sodap... sungguh sedap dimakan begitu saja (nyanyi ikut iklan roti Gardenia tau...). Makan ngan roti or pulut masa sarapan mmg ngam....(hentikan Gee, mana boleh makan semua...high calories tu....kau dah lupa esok hari utk diet semula....waaaaaa..... potong stim betul le...)

No comments:

Post a Comment