Wednesday, December 2, 2009

Cuti lagi...

2/12/2009 (Rabu) - Hari ni turn Mummy cuti lagi. Xtvt cam biasa la, pagi2 cuci kain baju. Hari ni budak2 nak makna nasi goreng cina. So layan jer la. Lepas hantar Danish g sekolah Mummy & Danny g kedai cari barang2 dapor sikit. Daddy belum pegi ke office lagi so Mummy tinggalkan Dafiy ngan Dania.

Balik dari kedai Mummy tengok 2-3 orang kawan si Danny dah tunggu depan pintu. Biasa la cuti2 sekolah cam ni seawal 8.30am door bell dah berdingdong-ding ding-dong je. Silih berganti kawan2 Danny dan Danish datang. Sekejap dia orang main PS2, kejap tengok VCD kejap main komputer. Dah boring kat rumah Mummy dia orang berpindah rumah pulak. Lepas tu datang lagi, cam tulah aktiviti dia oarnag sampai nak masuk maghrib. Makan tengahari pun masing2 terlupa bila dah leka main.

Tengahari Mummy masak sempoi jer. Goreng ikan, masak sup bodoh dan panaskan lemak cili api semalam. Petang Mummy buat almond choc cake. Alah sebenarnye choc cake yang macam biasa Mummy buat tapi masa Mummy kemas2 kabinet tadi terjumpa baki almond nib, so Mummy masukkan ler dalam adunan tu sekali. Jadilah almond coh cake...hihihie

Kawan Daddy masa belajar dulu, Kamal datang ke rumah dengan anak dia. Dia orang ada kerja kat Kl so singgah la rumah Mummy kejap. Maummy jamu nes-o dgn pau kelapa, karipap dan keropok lekor je. Cadangny anak masak mee bandung tadi, tapi tak sempat sebab dia oragn kejap jer singgah.

1 comment:

  1. Rehatlah sikit cikgu2 dia orang...masa nilah cikgu2 tu rehat, makan angin, tengok kartun, tanam pokok bunga, ziarah sana, ziarah sini. Emak2 pulalah yang penat melayan anak-anak...

    ReplyDelete