Sunday, December 20, 2009

Dari Perak ke Melaka

19/12/2009 (Sabtu) - Masa Mummy buat n3 ni Mummy baru siap dengan project homemade chocolate. Tengah nak bagi choc tu keras dlm peti sejuk. Klu project tu menjadi nanti Mummy buat n3 dia yer..hihhi...klu tak menjadi tunggu dah success baru snap gambar cun2...hihihi

Pagi tadi Mummy buat breakfast nasi goreng dan mee goreng basah. Kali ni bukan mee goreng bodoh yer tapi mee goreng pandai sebab banyak binatang dan aksesori lain. Banyak gak Mummy goreng mee ni sebab ada saudara mara Daddy nak datang rumah sebelum kami sama2 bertolak ke Melaka. Hari ni kenduri kahwin belah lelaki pulak, minggu lepas kenduri kat kg Daddy. Kira nak menghantar pengantin le ni, tapi pengantin dah balik dulu pulak...tak pe la.. kira pergi makan kenduri la.

Pukul 10.45 kami bertolak ke Alor Gajah Melaka. Kita orang tak de la ramai sangat 3 MPV dan 1 kereta je. Janji tunggu kat tol Alor Gajah. So terserah ler sapa nak drive laju ke lambat, target kat tol dalam kul 12.30pm. Masuk hway jer nampak kereta cam banyak jer, tu tanda2 awal nak jam tu...heheh



Kiri - Tengok le kereta yang berbaris panjang tu. Standard la sapa yg tak sabar tu mesti guna emergency lane. Rupa2nya ada accident sebelum tol Senawang, tu yang jam tu.
Kanan - Kita org sampai Ayer Keroh betul2 kul 12.15pm.

Kawan Daddy masa kat Jepun dulu, Abg Mat & family yang sekarang kerja kat TDC Melaka pun ikut sama . Dia tunggu dekat2 rumah pengantn lelaki tu.


Inilah family Abg Mad @ Syed Ahmad. Wife dia Kak Ilham asal Jedah. Anak dara dia Ibtisam dan anak bujang si Ziyad. Masing2 dah besar dia orang ni. Last Mummy jumpa raya dua tahun lepas. Dulu dia orang tinggal kat KL. Tapi Abg Mad kena pindah ke TDC kat Melaka 2 tahun lepas.


Pengantin bersanding untuk kali kedua. Jangan salah paham, pertama dulu sanding kat Trolak, la ni bersandin kat Alor Gajah pulak. Dua kali ler tu....


Mummy, Daddy dan pengantin.


Kiri - Danny & Ziyad
Kanan - Dania & Ibtisam (makna dia senyuman, sebab tu dia ni tersenyum je...senyum tau bukan ketawa)



Dania dan Ibtisam


Kiri - Mummy & Kak Ilham
Kanan - Woit pengantin tak sampai seminggu kahwin apasal pipi dah tembun!!!


Aksi2 gedik dania, ntah sapa ler ajar buat style cam tu.

Lepas pengantin sanding dan makan, hujan turun selebat2nye. Pengantin kut yang berdoa biar hujan turun lepas sanding tu..heheh...Kenalah tunggu sampai hujan reda baru boleh balik. Kereta parking agak jauh gak. Sepanjang jalan balik Bangi gerimis + hujan jer... Daddy bawak kereta pun dah gelong sebab ngantuk, so terpaksalah Mummy amik alih tugas pilot...

Malam ni Mummy tak masak sebab dari Melaka tu dia orang bagi berkat nasi untuk 40pax. So makan nasi berkat je la.

No comments:

Post a Comment