Tuesday, December 22, 2009

Lagi dan lagi ....

Tak ada ribut, tak ada amaran ancaman tsunami tetiba satu lagi berita bangunan runtuh berlaku. Hal Stadium Sultan Mizan yang runtuh dulu pun tak habis cerita lagi. Kali ni bumbung kat Terminal Pengangkutan Awam Hulu Terengganu berdekatan dengan pasar Kuala Berang pulak. Alhamdulillah tiada sebarang kemalangan maut tapi 4 orang cedera. Cam biasa lepas ni laporan penuh akan disiapkan cuma cam biasa juga kita tak tau apa dibuat dengan laporan berkenaan. Dan percayalah selepas ini akan berlaku tuding menuding cam lagu 'bangau oh bangau' .



Keadaan bumbung terminal bernilai RM4.2 juta yang runtuh


Pengikat panel bumbung yang tak kukuh dipercayai punca bumbung runtuh ni. Mungkin besi panel ni tak cukup % kandungan protein dan zat besi kut, tu yang runtuh. Manalah mamat yang dahwa makcik jual belacan dulu tu, kita tunggu apa tindakan mamat tu.


Stadium Sultan Mizam bernilai RM292 juta yang runtuh sebelum sempat digunakan pun....


Kes Stadium Sultan Mizan yang runtuh dikira selesai setelah punca sebenar diketahui. Rupa2 nya ada raksaksa kat bawah tanah stadium tu, so ultramen telah bergaduh sakan dan meng'fire' raksaksa tu. 

4 comments:

  1. Agaknya Trengganu ni dah kena sumpahan sampai 7 keturunan cam Langkawi kut mulut pompuan ni bisa kan tengok cam Mashuri,baik cepat2 cari mamat suruh jumpa makcik belacan tu sebelum banyak bangunan2 lain akan runtuh d Trengganu minyak maaf banyak2.BELACAN cuma RM2.50 tapi bangunan yang runtuh juta2 nilainya beb x sayang ke

    ReplyDelete
  2. Anonymous - agaknye Terengganu kena tukar nama jadi Darul Runtuh kut...

    Project juta2 tapi kualiti hampeh...belum guna or baru guna setahun dua dah runtuh or bocor sana sini

    => Dewan Sekolah Menangah Wakaf Tapai - RM2 Juta ++
    => Stadium Sultan Mizan - RM 292 juta ++
    => Kolam Kompleks Akuatik Terengganu - RM18 juta++
    => bumbung Masjid Kampung Batu Putih - RM2.1 Juta ++
    => Terminal Pengangkutan Awam Hulu Terengganu - RM4.2 Juta ++

    ReplyDelete
  3. Kalau d campurkan ke semua sekali yang mummy gee senaraikan tu berjumlah rm 318.3 juta,satu jumlah yang agak besar beb kalau juta rupiah no hal la ahahaha..........

    ReplyDelete
  4. tolak duit denda makcik belacan tu tinggal brapa yea

    ReplyDelete