Thursday, December 24, 2009

nak beli ke tak ek???!!! yessssssssssss akhirnya..

Ingat lagi n3 Mummy pasal nak beli ke ta ek???!!!  Akhirnya apa yang diidamkan berjaya dimiliki. Sekarang ni kan tengah Year End Sales (Y.E.S). Siapa kata ekonomi Malaysia gawat, cuba jengok shopping2 mall orang q kat kaunter sampai pusing keliling cam tawaf. Tak caya tanya member2 yang ada gi JJ semalam atau hari ni, kan JJ buat JCard punye sales, nak parking pun susah.

So Mummy pun menyibukkan diri dan memeriahkan pesta membeli dan membelah kesukaan rakyat Malaysia ni, ya la klu kita x membeli camana tokey mall nak untung, klu tokey x untung mesti ada pekerja diberhentikan, klu pekerja diberhentikan kesian anak bini dia orang. Mummy ni kan cepat kesian so utk elakkan keadaan ni, Mummy tolonglah dengan ikut serta shop2 ni. Apa yang Mummy shop2 kan..



Habib Jewel pun tengah buat sales, 70% utk diamonds dan RM6 off utk gold 916. Sales dia til 4 an 2010 klu tka silap Mummy. Cantik tak cincin ni. Buy 1 get 1 free maaaaaa



Louis Vuitton 50% for all handbegs. Nilai handbeg lagi mahal daripada duit kat dalamnye....hahahah



Gray silk blouse by Zara... dah pasti tersangatlah lembut kainnye...Pakai ngan sluar hitam sure vogue!



Ha ngkorang jangan salah anggap. Gambar2 di atas tu sekadar untuk hiasan dan tidak ada kena mengena langsung dengan 'benda' yang Mummy beli ni, nak tau sangat apa Mummy beli jom followwwwwwwwwwwwwwwww kat bawah ni.....





Ni la tapak banglow yang Mummy nak beli. Nampak tu duit Mummy ada 1,043,111



Taraaaaaaaaaaaa dah berjaya beli banglow idaman ku....kwang kwang kwang.... duit tinggal 43,133 jer, nak kena berkebun lagi kuat ni, nak kumpul duit untuk besarkan ladang pulak!



Close-up sikit bunglow yang Mummy baru beli ni.

1 Juta beb harga dia. Punye lama Mummy kumpul duit. Beli banglow siap dapat 2 orang 'Pak Guard' lagi. Rasanya tak payah dah buat renovation, cuma mungkin nak besarkan kawasan rumah tu je. Dah beli banglow besar rasa tanah sempitlah pulak kawasan rumah tu, tak boleh nak buat landskap apa2. Nanti klu Mummy buat house warming Mummy jemput korang semua ya ... hahahahhaha

2 comments:

  1. Siot je ko ni..........buat penat aku baca

    ReplyDelete
  2. Anonymous - cantik x banglow baru Mummy tu... nanti masa house warming jgn lupa datang tau...

    ReplyDelete