Tuesday, December 15, 2009

Kamalia & Zaifan Wedding : Majlis Pernikahan & Berinai


11/12/2009 (Jumaat) - Majlis nikah adik ipar Mummy , Kamalia & Zaifan dibuat lepas Asar. Berinai pulak dibua lepas solat maghrib hari yang sama. Masa majlis berlangsung memang Mummy tengah bersilat krung krang kat dapor tolong siapkan hidangan utk tetamu. Jiran2 yang datang tolong dari pagi kebanyakkannya dah balik so tinggal adik beradik dan saudara mara je yang buat kerja. Tu yang tak sempat Mummy nak melaram ni...(langsung gambar Mummy tak ada masa majlis nikah dan berinai...muka oily beb so malas nak bergambar ngan blouse ngan jean jer... penampilan kena jaga...hahahah). Bukan setakat tak sempat nak melaram dan amik gambar sendiri tapi nak amik gambar pengantin pun tak sempat. Mintak Daddy amikkan gambar ada ler beberapa ketul jer dia snap2...





Inilah pengantin pompuan, Kamalia (Mummy punye SIL)





Pelamin turquoise blue + white. Fresh blue & white roses.





Bilik tidor pun blue & white gak...









Hantaran daripada pihak pompuan






Hantaran daripada pihak lelaki






Selepas acara akan nikah.




Pulut kuning ni sepatutnya nak dipotong selepas acara berinai tapi dah ter'hidang' selepas majlis akad nikah, so lepas majlis berinai tu tak jadi ler acara nak potong pulut ni...sebab dah dipotong lagi awal.


Dalam sibuk2 bancuh nes-o nak bagi kat tamu lepas majlis berinai tu Mummy dah 'terminum' nes-o ajinomoto. Al-kisahnya kakak ipar dan biras Mummy tugas bancuh air. Lepas buat teh-tarik dia org bancuh nes-o la pulak, lepas rasa tak ok gak dia org suruh Mummy rasa pulak, dia org kata dia org jarang buat nes-o so tak sure ok ke tak. Bila Mummy rasa je sesudu terus Mummy raya loya dan temuntah2 (ni betul2 muntah ni...), lain macam jer rasa nes-o ni, ps tu baru le Mummy perasan balang yang dia org sangka isi gula tu sebenarnya berisi ajinomoto. So terpaksa buang ler nes-o satu jug besar. Patutlah org kata makan ajinomot banyak2 nanti kepala botak yer, mummy yang minum nes-o tu dalam sesudu tu pun terasa kepala terus mendenyut, rasa loya tak hilang2...telan 2 biji limai sunkist baru la hilang loya....

5 comments:

  1. Kok goblok sangat ajinomoto ngan gula guna tak tau nak beza. Kat bentuk dia lain... kalau gula butir2 dia segi 4 sama dan kalau ajinomoto halus agak panjang2...

    ReplyDelete
  2. Ni yang buat air ni mesti x prnah ke dapur kalau x masakan gula n ajinomoto x tau beza betul tu kata rin n lagi satu kalau gula dgn garam tersilap masih boleh d terima lagi sbb 22 tu bntuk lebih kurang. Pas ni kena pastikan tiap2 balang tu berlabel utk mengelakkan kekeliruan

    ReplyDelete
  3. Ha! tenguk tu YIN yang orang lelaki pun tau nak bezakan antara gula dgn ajinomoto ni lak pompuan x reti malu dong.............ai dapur x pernah berasap ke?????????????rajin2lah keapur walaupun zaman dah berubah jangan asyik makan kat keai je nanti suami lari baru nak menyesal

    ReplyDelete
  4. huhuhu..bisanya komen....hihihi tapi betul tu...cam langit ngan bumi beza gula & ajinomoto...hahahah...tapi kalau bagi pengantin minum mesti dia kontrol ayu je..time atas pelamin tu....hihihi

    ReplyDelete
  5. bekas gula ngan garam letak sekali..mane x tersalah.time kelam kabut mcm2 leh jadi..hahha

    ReplyDelete